Saturday, October 26, 2013

APE KES?

Assalamualaikum and hello everyone..:)

*Rasa mcm nak demam*
Minggu depan dah nak cuti mid sem.tp semua org tak rasa eksited.

Ekceli mlm ni ade program dkt u.tapi since i ni mmg budak pemalas.so,i stay je lah kt rumah ni.boleh main golek2.hehe.

Bercakap mengenai bajet 2014 yg baru dibentangkan semalam tu.rata-rata ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati.Dengan subsidi gula yang ditarik balik.isu pengenalan cukai GST dan mcm-mcm lagilah.

Tapi malangnya i kurang berminat yg menyentuh mengenai isu diatas.lets we talk about BR1M.

*** Najib juga mengumumkan bahawa bayaran BR1M juga akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 untuk isi rumah berpendapatan RM3 ,000 sebulan***

What?BR1M naik lagi?oh common la..aku tak faham kenapa mereka lebih gemar memberi one off rather than guna dan laburkan duit tu sume untuk pembangunan or something else yg berkali kali lebih bermanfaat drpd BR1M tu.

Jom kita throw back ke zaman pemerintahan Dr. Mahathir dulu.bila sebut je nme dia.everyone akan memuji cara dia mentadbir.kalau tak kerana dia dulu,aku tak jamin klcc mahupun klia mahupun msc tu akan tegak kt negara kita sekarang.

Bukan niat aku nak memboikot BR1M cuma dari sudut logiknya lah,aku tahu diorg semua berikan BR1M tu supaya bila rakyat ada duit,diorg akan sumbang balik kepada kerajaan dgn membeli barang-barang di kedai.so,indirectly,ia akan memberi sedikit keuntungan kembali kepada negara.Tapi benda tu semua tak tahan lama kot.habis duit tu.habislah.

Tu satu hal dah.dan isu tanah yg dijual ke warga asing tu kes ape plak?

Hello..tanah kot yg korg nk jual tu.bukan biskut marie ke,kerepek ubi ke atau tikar buluh.tanah weyh,tanah.
Rakyat Malaysia ni pun sekarang dah cukup semput nk beli rumah.ni senang-senang plak nk jual tanah kt diorang.ingat diorang kisah ke korang up kan harga tu.diorang tu billionare millionare kot.tak mustahil nnt suatu hari johor tu akan dikuasai oleh warga singapura.

Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru.

Mengambil kira faktor :-

Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya

Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia

Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah.

Sekiranya perkara ni diambil mudah,tak mustahil Johor akan menerima nasib yg sama seperti yg berlaku kepada Palestin.dulu,asalnya tanah palestin sgt luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal.

Wallahua'alaam..