Saturday, April 26, 2014

MASIHKAH ADA CINTA


Hari ini aku belajar untuk hidup tanpa cinta dari manusia.Sebab cinta dari manusia akan sentiasa dipenuhi dengan kelalaian dan tipu daya.Cinta dari manusia membuat kita kadang lupa pada pencipta makhluk itu sendiri. Cinta dari manusia menjadikan yang celik lebih buta dari mereka yang buta.Alangkah indah seandainya  aku mampu untuk menjadi sehebat Rabiah Al Adawiyah bersama kekasihnya yang tercinta.

الحب الذي لا تقيده رغبة سوى حب الله وحده
“Cinta yang murni yang bukan hanya terbatas oleh keinginan adalah cinta kepada Allah semata”

Cintakan makhluk pada pendapat Rabiah Al Adawiyah tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal. Cintakan makhluk seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, merana, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Bahkan Rabiah Al Adawiyah sentiasa menangis. Air matanya terlalu mudah tumpah walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah seberat mana, cuma lalai atau lupa pada Allah sedetik sahaja tetapi dirasakan terlalu besar dosanya.

Ada orang bertanya kenapa Rabiah Al Adawiyah mudah menangis? Rabiah menjawab, “Aku takut berpisah dengan Allah walau sedetik pun dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafasku yang terakhir, jauhkan dia dari-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku.”


Kejamnya manusia,dia persiakan kasih sayang yang Tuhan beri.Tak salah nak bercinta,tapi biarlah agama yang sentiasa dihadapan.Dan pada aku semua manusia itu sama.Mereka datang dan akan pergi.Lagi-lagi zaman 20-an ni lah.Masing-masing sibuk nak mencari pasangan hidup.Dan aku masih selesa begini.Bila orang sebut pasal cinta.Aku jadi blur.Aku rasa macam nak tikam-tikam orang yang tengah bercerita tu.part tu rasa nak tikam je,tapi bila masuk part mintak pendapat bagai.memang aku rasa nak pinjam Nasir Bilal Khan punya cangkul.nak tolong galikan kubur siap-siap untuk dia.masa waktu sweet-sweet tu bolehlah kau jaja cerita dialah yang paling romantic super duper gojes  limited edition abad ke 20.bila sampai waktu kejatuhan.barulah masing-masing nak buka aib pasangan sendiri.dialah yang curang,kaki perempuan,mulut macam longkang,muka pecah rumah.kalau MU punya tagline you will never be alone.Aku punya tagline,I’m rather be alone.hati kitorang ni bukan macam padang bola.kalau nak singgah,setakat nak buat perlawanan bola sepak  persahabatan.baik kau pergi stadium bukit jalil.dah lah mintak break up,lepas tu ada hati terhegeh-hegeh nak kawan dengan kita balik.Kenapa? tak cukup lagi ke umat manusia kat muka bumi ni nak buat kawan.maaf lah ye,kawan saya dah sampai maximum quota.awak dah terlambat.BYE.