Sunday, April 27, 2014

RIO 2

Kenapa wonderpet tak berpecah  sampai sekarang? Sebab dia tahu macamana nak hadapi situasi dan masalah dengan bijak.sebab dia tahu macamana nak bergerak secara berpasukan.sebab dia tak pernah tinggalkan kawan dia bila tiap kali mereka bekerja.sebab mereka dapat rasa yang mereka  tu saling memerlukan.Yang paling utama sebab dia amalkan etika professional bila bekerja.tak macam manusia yang  penuh dengan sikap P.O.Y.O dan perasan bagus. I wish I can be one of them.oke.nonsene.haha.


Minggu lepas lepak Mid Valley.sempat lah tengok cerita Rio2.sangat santai tapi membawa banyak mesej yang berguna. Kami vote untuk 5 bintang! Dalam kisah kali ni, Blu dan Jewel telah bawa anak-anak mereka menjelajahi Hutan Hujan Tropika Amazon untuk mengenali dunia sebenar sebagai seekor burung selain belajar untuk menjadi seekor burung yang mampu menjalani kehidupan harian tanpa sebarang ancaman. Menarik semasa perjalanan menuju ke Amazon, pelbagai kejadian  dan rintangan serta dugaan dilalui oleh mereka untuk tiba ke destinasi yang dituju.Tapi dengan semangat setiakawan dan kerjasama,tiada apa yang mustahil untuk mereka capai.


Kalau kita tengok sendiri, cerita Blu membesarkan anak-anak yang semakin moden juga adalah antara mimikan apa yang berlaku dalam kehidupan manusia kini. Blu juga teramat  sangatlah bergantung kepada kecanggihan alat GPS dan peralatan dalam pouch-bag  sampaikan dia tiada kemahiran semulajadi sebagai seorang burung.Sama seperti kita pada hari ini yang terlalu bergantung kepada alat teknologi  dan gadjet sehinggakan kita tidak sedar kemahiran dan bakat yang kita ada.eh?dah mula ke laut rasanya ni.Apepun, korang pergilah tengok sendiri nanti.Jangan lupa tengok tau tau tau! =D


P/s : Bila orang dah tak perlukan pertolongan  kita,itu bermakna mereka sudah miliki semua yang kita ada.Apa yang perlu kita buat?Stop giving them yours.Please give for the needy.lol.Bila orang dah tak nak kawan.Anda rasa diri anda umpama pohon kelapa di tepi pantai.Penat melambai tapi tak berbalas.Itu bermakna anda kena berjaga-jaga.Balik rumah,cermin diri dulu.Kalau masih cantik macam Dato Siti,itu bererti kawan anda tu yg sebenarnya mental. Jangan biarkan hidup anda diselubungi sentap setiap hari.Eh?