Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak
mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah
kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup dan menikmati udara yang
segar dibumi indah ciptaanNYA.
Dan alhamdulillah
sekali lagi,sebab malam tadi dengan jayanya dapat mengikuti satu lagi program anjuran Sekreteriat
Kesukarelawan Mahsiswa (SKM).Kalau sebelum ni dapat join team yg gagah perkasa
ni pergi misi bantuan kemanusiaan banjir di Kemaman,kali ni kite terjah pulak
KL untuk satu program bersama gelandangan.Orang kata program ni agak mencabar
fizikal dan emosi,tapi oleh kerana adenye aku yang memang perasan taff sentiasa tu.kami pun
pergi jugak.Ala,apa orang selalu kata tu,pengalaman takkan mampu untuk dibeli.ha.ecewah.inilah
semangat anak muda yang kita mahu.*ok,sila lah perasan sorang-sorang.*
Masa mula-mula
nak turun tangga bas tu,tudia,ketak lutut habak hang.ni menggigil satu
badan.nak turun.tak nak turun.nak turun.tak nak turun.kalau kena kejar
macamana?kalau sesat?kalau..serba serbi ‘kalau’ aku fikir. sebab apa?sebab aku
punya kaki ni dah lah pendek.mana boleh nak lari laju macam korang.
Kesian bila
tengok gelandangan tu.Salah diorang sendiri ke sampai end up macam tu? Hari-hari ke
diorang tunggu ihsan dari orang ramai untuk bagi makanan? Habis kalau tak de
orang datang bagi,maksudnya diorang tak makan lah.macam tu?Habis yang ada
anak-anak kecik tu pulak macamane?
masihkah ada sinar buat anak-anak kecil ini? |
Masa pak
cik bas tu tengah sibuk nak cari tempat parking tu kan,tibe-tibe aku nampak ada
satu kawasan ni penuh dengan orang ramai.Ada perhimpunan GST lagi rupenye.Mulalah
aku terfikir,macamane agaknya bila GST mula berkuatkuasa nanti? Makin ramaikah
yang akan menjadi mangsa gelandangan? Homeless.jobless..Adakah wajar sebenarnya
untuk Malaysia laksanakan GST macam negara-negara luar yang lain sedangkan hari
ini pun kita dapat lihat masih ramai lagi yang kecundang untuk meneruskan kehidupan
mereka.
“The rich
getting richer and the poor become poorer.” Adakah ini moto yang ingin dicapai
oleh negara kita selepas GST dilaksanakan?
Rasulullah SAW bersabda : “Takutlah kamu akan
berbuat zalim! Karena perbuatan zalim itu menyebabkan kegelapan di hari
Kiamat." (HR.al-Bukhary dan Muslim)