Hati ini
terlalu rindu pada yang bernama halaqah,Hati
ini meronta-ronta untuk ditarbiah,
Bila mana
hati mula jauh pada fitrah,sungguh aku jadi lemah,
Kerana saat
ini,hati ini terlalu kosong, Merintih untuk dibimbing.
Tercari-cari
erti keindahan islam yang semakin jauh untuk digapai.
Adakah ini
salah ku?
Allah.
Ampunkan
aku Ya Allah.
Susahnya
nak dapat rasa khusyuk dalam solat.mungkin juga sebab tak pernah nak kisah apa
makna yang kita baca setiap kali solat tu.Allahu.Jahilnya aku.Yang kita
tahu,kita solat biar dapat pahala,Biar Allah tak marah.Sekadar mengikut kewajipan.
Solat itu
dilakukan bertujuan membesarkan Allah atas segala nikmat kurniaan kehidupan di
dunia ini seperti kesihatan yang baik, zuriat, pasangan suami isteri, ibu bapa
dan keluarga.
Malah
amalan yang mula-mula sekali dihitung pada hari pembalasan kelak ialah solat.
Jika sempurna solatnya maka baiklah seluruh amalannya.
Nabi SAW.
bersabda: “Pertama yang akan diperhitungkan pada hari kiamat dari seorang hamba
ialah solat, maka jika cukup Allah meringankan kepadanya hisab, dan bila
kurang daripadanya, maka Allah berfirman
kepada malaikat: Apakah hambaKu ada solat sunnah, jika ada maka cukupkan yang
fardhu dari yang sunnat, kemudian jika telah cukup, maka dilanjutkan amal-amal
yang lainnya menurut itu”. (HR Al-Hassan
al-Bashri)
Doa Iftitah
Aku
hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan
suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik.
Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah,
Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan, dan
aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.
Bacaan
Al Fatihah
Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang
memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai
hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu saja kami
mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau
beri ni’mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka
yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami, ya Allah!
Ruku’
Maha Suci
Tuhanku Yang Maha Agung
I’tidal
Maha
mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah
segala puji.
Sujud
Maha suci
Tuhanku Yang Maha Tinggi
Duduk
diantara dua sujud
Ya Allah,ampuni aku,sayangi aku,tutuplah aib-aibku,angkatlah darjatku,berilah aku rezeki,berilah aku petunjuk,sihatkan aku,maafkan aku.
Takhiyat
Awal
Bacaan
Tahkiyat Akhir
Ya Allah
limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana
telah Engkau limpahkan selawat kepada keluarga Ibrahim. Berikanlah keberkahan
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana telah Engkau limpahkan
keberkahan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan
Mahamulia.
Salam
Salam
sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.
***
Psssst.Pssst. Mak pesan,kalau nak cari suami yang hebat, cari dimasjid pada waktu solat subuh. Saf paling belakang pun tak apa. Yang penting ada.*cekak pinggang.buat muka serius* :)