Saturday, June 21, 2014

REZEKI ITU MILIK ALLAH


Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah dihidangkan dengan daging dhab bakar lalu Baginda tidak mahu memakannya. Khalid bin al-Walid Radhiallahu ‘anhu lalu bertanya kepada Baginda:  “Adakah dhab itu haram wahai Rasulullah!?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menjawab: “Tidak, akan tetapi binatang itu tidak ada di bumi (lingkungan) kaumku, sehingga aku tidak menyukainya.”

(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kenapa kita dilarang sama sekali untuk menghina makanan? Ya, kerana sesungguhnya Allah lah yang menjadikan makanan tersebut! Inilah nikmat yang tidak terhingga nilainya. Layakkah kita menghina nikmat yang dikurniakan Ar-Rahim?  Siapakah kita berbanding Ilahi? Pernahkan anda terfikir tentang penduduk di Bumi ini yang tidak dapat merasai nikmat makanan walau sesuap nasi pun? Tidak, jangan sesekali kita mencemuh nikmatNya. Takut-takut nanti, tatkala Allah menarik nikmat makanan dari kita, tiada apa yang berguna lagi. Tak perlu berguru dengan kitab yang tebal kalau perkara macam ni pun masih diambil mudah.Muda atau tua,kaya atau miskin.Kita semua serupa di mata Allah.Jika kita tidak mampu untuk menegur kesalahan yang besar, inilah masanya.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)



Jadi,mulai hari ini,jom kita biasakan diri kita untuk tidak sewenangnya menghina rezeki kurniaan Allah! 

Awak,saya buat entry ni bukan nak tegur awak semata tau.tapi jugak sebagai reminder buat diri saya yang senang lupa ni kan.maklumlah umur dah makin meningkat.

Saya cuma tak suka bila awak kata macam-macam depan makanan tu.Tak baik.Kalau kita sendiri dah terbiasa macam tu,nanti generasi anak-anak kita macamana pulak kan.

Jadi lepas ni saya harap,kalau awak rasa makanan tu tak sedap pada tekak awak.pleeasee..jangan lah lagi gelak-gelakkan dia.

Semua tu wujud dengan izin Allah tau.cuba awak fikir,siapa yang cipta bahan-bahan tu semua? Petani tu cuma tolong tanamkan je.Kalau Tuhan tak bagi izin tumbuhan tu hidup,sampai ke sudah lah pokok-pokok tu takkan hidup.Bila pokok tu tak hidup,awak pun tak dapat makan sedap.Betul tak?

***

“Betul, Allah akan beri pahala atas setiap perbuatan baik yang kita lakukan, walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.”

“Jadi tak boleh pandang remeh kepada kebaikan-kebaikan yang ‘kecil’, kerana mana tahu kebaikan-kebaikan ‘kecil’ itu lah yang akan mendatangkan pahala yang besar kerana keikhlasan kita ketika melakukannya,”

“Ada ketikanya amal kebaikan yang kecil, yang hanya dipandang sebelah mata, sebaliknya memberi kehormatan besar dan keselamatan bagi kebaikan manusia. Bahkan, ada ketikanya juga, amal yang besar, yang dibangga-bangga, apalagi menjadi sebutan dan pujian ramai, boleh jadi tidak memberi manfaat apa-apa, bahkan kadang-kadang mengundang fitnah pula.”

“Jangan sesekali mengabaikan kebaikan yang kecil, dan jangan pula memandang kecil keburukan yang remeh.”

“Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, sebab jika ia berkumpul dalam diri seseorang akan dapat membinasakannya.” 

( Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani dalam Al Awsath )

Sungguh! Sesiapa pun mampu menjadi mulia hanya dari kebiasaan yang kecil dan mudah, Begitu juga, kehinaan dan kerendahan boleh menimpa sesiapa pun jua hanya dari kekerapan biasa-biasa.

Mungkin ia kecil menurut penilaian kita, tetapi belum tentu ia kecil pada pandangan Allah SWT.

وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ

Maksudnya : “Dan kamu menganggapnya ringan sahaja, padahal di sisi Allah adalah besar.”
( Surah An-Nur ayat 15 ).


P/S : Betulkan yang biasa,biasakan yang betul..:)

Wallahua'lam.
24 Syaa'ban 1435 H
Desa Jati,Nilai.