Saturday, September 27, 2014

HATIKU BUKAN DISITU

Ingatkan , bila dapat ikut seminar , terisi lah sikit weekend tu , tapi , sebaliknya pulak yang terjadi . tak tahu pihak mana yang harus dipersalahkan . seriously , aku rasa masa aku terbazir macam tu saje . pulak tu minggu depan dah ada kuiz , buku komfem tak mampu dan sempat untuk dibuka lagi . ni lah perkara-perkara yg kadang buat aku rasa fobia dan lemah bila berhadapan dengan seminar ataupun kursus . for the first , its look sangat berbaloi , yelah , marketing strategy kata kau , semua nak manis je . tapi bila kita datang . errr . haru . dia jugak yg kata , student account ni super perfectinious dan skema . then ,  kenapa lah korang-korang pihak penganjur tu boleh create something yang hmmm . niat dihati malam ni jugak nk stop join seminar tu . rindu mak , rindu abah , rindu adik . rindu rumah !!!

Ya Allah , lindungilah mereka yang aku sayang . :')

Tuesday, September 23, 2014

HEY YOUU .


Acah , did you stalking me ? hahaha .
*ha. tak baik bohong . sebab recently, aku dpt banyak gileeee viewer dari china*



 I’m quite okeyy here .  Walaupun kadang-kadang aku tewas dengan air mata aku sendiri . Tapi ! aku still gagah forever and always . haha . Kau jugak yang dulu ajar aku menangis ni kannn . haha .Tapi kalau kau ada , mesti aku lagi seronok . Sejak kau balik Beijing tu , aku tak menyempat lagi nak contact kau . dan aku harap kau akan sentiasa baik-baik sahaja . Rindu kau ? Allah . rindu aku pada kau dah cecah tahap infinity cah !  Rindu nak peluk kau . Rindu nak dengar suara kau . Rindu nak dengar ko panggil NAMI. Hmm , see . aku dah nangis lagi ! I should better stop here . Kalau tak , it will getting even worse . dan semua orang akan start bertanya , kila ! kenapa dengan mata tu ? kenaapa kau menangis ? sapa yang buat kau menangis ni ? hahaha .


akilahiskak.blogspot.com
missing deadly everyone in da picture . seriously .

PUNTEN !


PUNTEN adalah makanan popular orang jawa di Sabak Bernam . Its look like nasi impit tapi dia ada rasa lemak gituww. Selalunya dimakan ketika sarapan pagi . Boleh dimakan bersama ayam goreng ataupun telur dadar . Act , kitorang adik beradik ni  tak pernah tahu pun pasal kewujudan makanan ni ,flashback balik masa first time abah masakkan punten tu untuk kitorang , kitorang adik beradik semua was likeeee . ermm . ni makanan apa abah ? sedap ke ? Rasa dia macamana ?

Tapi lepas masuk je dalam mulut . masing-masing macam….. abah ! abah ! sedap ! esok buatkan lagi pleaseeee!

Bila intai abah masuk dapur , lah . senang je buat dia rupenye . haha . Haritu masa balik rumah kawan kat johor , aku saja cuba-cuba masakkan ni untuk family dia . Keterujaan melampau bila dapat tahu yang adik dia boleh request  kat mak dia suruh masak punten tu lagi . Yuhuuu !

“ Mama! Nanti masakkan Haikal nasi yang haritu kawan kak ngah buat tu .”

“Siapa ? Kak Tipah ? Kak Teha ?”

“Bukan lah ma . Ala , yang masak nasi tu. Nasi  ape ye mama ? Haikal pun tak ingat .”

“Ouh . Nasi Punten ?”

“Ha! Betul , betul , betul !”


Meh saya kongsikan resepi PUNTEN yang lemak berkrim tu ! Biar lepas ni semua orang boleh cuba .


Bahan2 (untuk 2 orang) :

1 cawan beras (sebaiknya beras biasa..)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - macam buat nasi lemak)
Air yang banyak (saya letak 1/3 periuk 1.8 ltr)

**Sambal :
-Bawang besar
-Bawang putih
-Cili hijau
-Garam
-Gula.
-Bilis
-Halia

Cara:
1)  Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam. Prefer guna periuk biasa sebab nanti senang nak kacau
2)  Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan2 dengan daun pisang atau plastik.  Ratakan . Mula2 memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok. tekan2 sampai rata dan padat.  Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.

**Sambal :
1)  Kisarkan bawang merah , putih dan  cili hijau .
2) Tumiskan bahan kisar.
3) Masukkan bilis
4) Masukkan halia , garam dan gula .
5) Kacau sehingga kering .

Okeyyy. . Selamat mencuba ! J




20 FACTS ABOUT ME !

Waa~ rasa nak menangis je harini . tahniah ! kamu semua berjaya buat hati saya sakit . sungguh lah , sebaik mana pun kawan tu , serapat mana pun kawan tu , tiba masnya , dia pasti akan buat kamu terluka . itulah yang aku rasa masa sekarang ni . aku rasa kawan tu cuma wujud bila kita tengah gembira . aku selalu ingatkan diri aku , jangan pernah mengharap balasan bila tiap kali kita nak bantu orang. ikhlas tu penting . tapi , tak semua orang serupa macam kita . sebab tu prinsip hidup aku , biar aku susah , asalkan tak menyusahkan orang . yeahh !

#20 facts about me

01. Tak nak jadi doktor sebab nanti nampak darah .
02. first impression orang bila kenal dengan aku ? aku ni terlalu pendiam dan sombong . erkk .
03. i'm accounting student tapi banyak orang cakap yang aku ni medical student . haha .
04. bila aku rasa sedih atau geram , aku akan masuk dapur dan memasak untuk stabilkan perasaan aku .
05. aku akan baca novel dalam bilik sebab aku baca novel mesti akan selalu menangis .
06. akan berusaha utk dapatkan sesuatu benda yg dia nak tanpa mintak tolong dari orang sekeliling.
07. masa form 4 tukar aliran sastera sebab semata-mata tak sanggup tengok buku budak sains tebal sangat .
08. tak boleh tengok ada barang bersepah , orang buat kerja lambat dan terhegeh-hegeh .
09. tak suka menunggu dan tak suka buat orang tertunggu-tunggu.
10 .bila terlalu risaukan sesuatu mesti akan masuk dalam mimpi.
11. sangat obses dengan handbag dan kasut.
12. Tak boleh tidur kalau takde kipas sebab rasa macam lemas .
13. teringin nak ada kafe sendiri.
14. tak kisah kalau perlu berkorban untuk keluarga.
15. boleh menjahit tapi tak pandai nak gunting kain .
16. Takut nak melintas jalan sorang-sorang sebab takut kena langgar macam dalam drama .
17. Teringin nak naik cruise sebab terpengaruh tengok cerita titanic masa kecik-kecik dulu .
18. selalu tunggu orang yg mulakan conversation dulu sebab nanti malu sangat bila kita mesej dia tak balas . lol
19. Rela dimadu asalkan perempuan tu baik dan tak ambil kesempatan kepada keluarga dan suami kita .
20. kalau dah tak suka dengan orang tu , aku takkan layan pun apa dia cakap .

Friday, September 5, 2014

KITA


saya lah anak nombor DUAAAA tu !

1.ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

ME : But aku rasa aku anak abah. Acano ni. Haha.okeyy, takpe2. Sabo. Banyak lagi kt bawah tu.
Tak kisah lah anak abah ke anak mak ke. Aku tetap sayang dua2. No kompromi !

2.ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. kemahuan dia kuat. kalau buat sesuatu sungguh2. kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

ME : accepted ! Haha. Sangat degil. Keras kepala dan tak nak dengar kata orang. Masa kecik-kecik dulu suka sangat buat jenayah. Lengan kakak aku pernah luka sebab kena gigit dengan aku. Sape suruh kacau aku tengok tv. Haha. Tangan adik lelaki aku pulak pernah patah sebab jatuh masa kena kejar dengan aku. Adik perempuan aku? Mangsa paling tragis . Aku pernah tikam tangan dia guna gunting sebab abah tak belikan aku durian. Sungguh lah kalau esok anak aku degil. Aku dah tahu ikut genetik  sape . Satu lagi perangai aku yang aku tak leh lupa sampai harini. Ade ke patut aku gunting semua baju aku semata-mata nak dapat baju baru. Lol sangat. Lepas tu mengadu kat mak, kata baju koyak. Sah-sah lah tu kesan gunting ! rasa nak tumbuk-tumbuk  je muka sendiri.

3.TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.

ME : jangan harap . memang takkan dapat . lagi kau merajuk . lagi dia buat tak tahu . haha . sebab I’m not a sweet talker. Paling-paling rajin pun . Dia google ayat sedap-sedap sikit . pastu paste. Sent ! The end. Oppsss !

4.BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia . sanggup berkorban .

ME : kerna hati ini cuma satu , untuk dimiliki awak selamanya !

5.HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam tu  hitamlah . kalau putih , putihlah . degil tak boleh toleransi

ME : ada juga part toleransi . bukan takde langsung . tapi tipis la.

6.HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras . tp hati dia lembut juga . SATU lagi peel dia , dia tak boleh ditegur . kalau kita tegur dia mesti tarik muka .

ME : lagi kalau memang sah bukan salah dia . bukan setakat tarik muka . seluruh urat saraf dia tarik . haha. Sampai lah orang tu  sendiri  datang  mintak maaf .

7.BERDIKARI
very independent . mmg betul . tp kalau terlebih indepent pun payah . tapi mudah bergaul . campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan . very take care of her brother and all stuff belonging family .

ME : haha . memang aku lah tu . makcik jumpa kat bus stop ke . pakcik jual aiskrim ke. Mamak roti canai ke . semua aku sembang . gelak-gelak .  buat gaya macam 10 tahun kenal . patut pun cikgu-cikgu  masa sekolah asyik bg aku masuk pertandingan bercerita je .  tak nak bagi aku masuk pertandingan nasyid.

8.ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan . dia lebih suka buat hal sendiri . pendek kata . tak boleh kerja ngan org . ramai anak no 2 ni keje sendiri .

ME : jadi bos lahh syiokkk ! takde lah nak asyik kene bebel je kan . haha .*angkat-angkat kening*

9.PEMAAF & CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring . TAPI awas jgn bg diorg marah . kalau depa marah faham sajer lah .

ME : tak baik buat orang rasa bersalah lama-lama . hee . baik kan kite ! kita je caring kat orang . tapi orang ? hmmm .


anak kedua, walaupun keras kepala tapi dia akan selalu banyak berkorban . hadapi pengabaian ibubapa yang selalu menganggap mereka kuat . mereka juga sering memikul tanggungjawab anak sulung, dan menjadi penasihat dalam keluarga . 

okeyy.
see u when i see u againgggg ! 

BISKUT FAMOUS AMOS

 

sepanjang 21 tahun hidup. inilah kali pertama aku buat cookies. haha. tapi oleh kerana ada seseorang yang craving and demanding nak makan cookies ni masa raya haritu . aku pun try lah jugak buat. kang ada pulak yang mengadu kata aku tak sayang dia. eh, tak-tak. jauh disudut hati, aku ikhlas buat. jangan rasa ragu dan sangsi. hehe. dan oleh kerana aku ni pun jarang nak makan cookies high end ni kan. maka , aku pun dengan buta nya ikut je lah apa resepi yang ada. nasib baik dia kata sedap ! wooo. terharu ! lap sikit hingus. mula-mula masa bagi rasa tu, aku cuma cakap ''nah! ni cookies yg aku buat tu.'' tak berani woo nak sebut nama cookies tu! takut syok sendiri pulak kan. haha. bila dia balik. dia wassap aku. ''sedap lah. rasa macam famous amos. dah nak habis satu balang! '' sesaat lepas tu terus aku rasa seolah-olah puteri salju yang sedang duduk ditengah-tengah tasik biru dikelilingi bintang-bintang yang bersinar dan menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa sambil ditemani irama lagu yang beralun indah . indahnya rasa tu. okey. yang tu over . over sangat. haha . Tapi kan, jujur lah. bagi aku kebahagiaan tu aku dapat rasa bila aku dapat bagi orang-orang yang aku sayang makan apa yang aku masak dengan kudrat aku sendiri . walaupun hakikatnya aku ni masih amartur. tapi aku janji, aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik . sabar ye anak-anak ummi semua . huu .  bebel punya bebel. mana resepi? ada kat bawah tu . sapa rasa nak jadi puteri salju, boleh lah cuba. hehe.

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:

1.Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

2.Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

3.Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

okeyy.
selamat mencuba !

                                                                                                                     
                                                                                                            lots of loves, 
                                                                                                            chef senduk kayu. :)