Saturday, November 22, 2014

KARANGAN CUTI SEKOLAH

Eh,lepak taman sorang je ke dik? Haha.ko tak tahu betapa lemasnya aku duduk kat rumah tu? Kira ni salah satu inisiatif aku untuk recharging back my energy utk meneruskan kehidupan di hari esok. Ecewah. Dah macam smartphone pulak kau ni.main cas-cas.powerbank takde ke dik? Tengah duduk-duduk sambil tengok si kecil riang berlari-lari.eh,belum.anak orang.aku ni single lagi okeyyy.adalah seorang makcik ni.eh,nk panggil makcik ke akak eh?macam kau tu muda sangat nk pggil orang makcik kannnn.haha.*rasa macam tertumbuk pipi sendiri pulak*okeyy,akak tu teman cucu dia.eh,anak saudara dia.main gelongsor kat taman tu.tau tak gelongsor tu ape? Ok, tak tahu sila google. Jangan nak main angguk-angguk si itk nila.ok, itik nila tu apa pulak? Ok, tak tahu sila google.mula-mula aku jual mahal.acah-acah melayan perasaan macam org putus cinta.lol.putus cinta je pun.tak effect kot.kalau putus tali kasut lainlah.kena beli tali kasut baru.kalau tak cemane nak main lari-lari lagi kannn.bila aku tengok akak tu duk membebel sorang-sorang,aku pun kesat air mata.ecewah.kantoi tadi menangis.eh,mane ada.air hujan dari atas pokok tu jatuh kat mata aku lah.dah rasa lawa tu,aku datang dekat dgn dia.opsss.lampu merah tibe-tibe menyala.kenapa?akak ni orang terengganu.mampuih lah cek nak hadam apa yang dia nak cakap tu.haha.tapi aku ni idak lah kuno sangat.aku paham je dia cerita apa.aku ada kawan dari terengganu okeyyy.dah2,tak yah nak berlagak.orang lain tu kawan dari Turki,tak kecoh pun.akak tu cerita yang ajal maut tu tak mengira usia,bila dan dimana.jadi,kita semua harus bersedia walau kita time tu tengah kat dapur pegang sudip nak goreng ikan.jangan lupa biasakan bismillah.jangan lupa lazimkan istighfar.moga-moga kita mati dalam keadaan yang baik.bagus akak ni.good.very good.extremely good.haha.kau tau dia siap jemput aku datang rumah lagi.haha.ok kak,panjang langkah.sampailah saya ke rumah akak ye.siapkan teh o beng satu.lepas tu aku mendongak ke langit.skema ke?haha.ok,hari pun dah senja.maka selepas mengucapkan selamat tinggal,kami pun bergerak pulang ke rumah masing-masing.sekian karangan 350 patah perkataan saya.

Awak,esok 23 hb. I wish for the miracle. Itupun kalau awak tahu lah apa yang saya maksudkan. Tak tahu? sila google.hekhek.

Friday, November 21, 2014

ABAH + MAK = SAYA


akilahiskak.blogspot.com
inilah superman saya :)

Ya Allah, rindunya aku pada mereka. Abah jangan risau.abah akan sentiasa menjadi hero di mata akak sampai bila-bila.Hebat dan bertuah sungguh mak sebab dapat jumpa dengan abah.Akak tak tahu lah kalau akak masih ada peluang untuk jumpa lelaki sehebat abah.Berikrar untuk sehidup semati hanya dengan seorang wanita.

akilahiskak.blogspot.com
my toughest mom aka penghibur duka lara. :)


Ya Allah ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa dua ibu bapaku kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


Abah, macamana agaknya kalau akak tak kahwin? Abah jangan sedih, tu tandanya Tuhan nak bagi akak peluang untuk jaga abah dan mak sampai hujung nafas akak. Akak nak jaga abah dengan mak baik-baik. Akak tak nak dah tengok abah dengan mak menangis lagi. Akak dah tak nak bagi mak dan abah rasa susah lagi. Akak janji akak akan sentiasa ada dekat dengan abah dan mak. Akak nak kumpul duit banyak-banyak. Akak nak sampaikan abah dan mak ke Mekah pakai duit titik peluh akak sendiri.

akilahiskak.blogspot.com
"Marriage does not guarantee you will be forever.it’s only paper.it takes loves,resepect,trust,understanding,friendship and faith in your relationship to make it last"


remember that Allah only gives his HARDEST battles to his TOUGHEST soldiers. Aja-aja fighting! 


Sunday, November 16, 2014

UNI-CHEF 2014



akilahiskak.blogspot.com
in preparation room
persediaan bahan-bahan sebelum sesi recording :)


Hai semua!

Ili dan Kila sebenarnya telah pun terpilih sebagai peserta untuk pusingan kedua dalam Pertandingan Uni-Chef 2014 : Mencipta Resipi Sihat Antara Pelajar Universiti & Kolej Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Pertandingan ini adalah terbuka untuk semua pelajar yang masih menuntut di universiti dan kolej seluruh Malaysia.

Petandingan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia dan dibantu oleh portal masakan online “TryMasak”. Turut bekerjasama dalam menjayakan pertandingan ini adalah Gas Petronas sebagai penaja utama mereka. 

Uni-Chef berhasrat untuk membantu negara mewujudkan satu masyarakat baru yang lebih peka dan berpengetahuan terhadap pemakanan yang sihat. Ia juga berharap agar resepi-resepi yang dipertandingkan boleh menjadi rujukan dan seterusnya menyuntik idea-idea baru kepada para ibu bapa dalam menyediakan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak mereka.

Yang lagi mengujakan kami, peserta ini bukanlah dari jurusan seni masakan mahupun jurusan yang berkaitan dengan pemakanan .Mereka berdua merupakan penuntut tahun tiga jurusan perakaunan dari Universiti Sains Islam Malaysia.  

akilahiskak.blogspot.com



Alhamdulillah, dalam hampir 300 resepi yang dihantar, resepi mereka berjaya diterima dan terpilih untuk mara ke pusingan seterusnya iaitu “online-voting”.

Oleh yang demikian,kami disini ingin mengajak anda semua untuk turut serta dalam memberi sokongan kepada mereka dengan mengundi rakaman resepi yang telah mereka sediakan di laman web dibawah ini.

Link     : http://trymasak.my/uni-chef
Resepi : Laksa Goreng Tomyam

Undian ini akan mula dibuka pada 10 November 2014 jam 12.00 pagi sehingga 30 November nanti.Undian juga boleh dilakukan pada setiap hari tau.Jadi, jangan lupa untuk undi kami setiap hari.Hee.

Hanya 10 video yang mendapat undian tetinggi akan diterima untuk memasuki pusingan akhir yang akan dilangsungkan pada 6 Disember 2014. Mereka akan mempersembahkan masakan mereka dan pemenang akan dipilih oleh para juri professional.

cook from heart <3


Terima kasih.

Saturday, November 8, 2014

ANDAI SAJA TUHAN TIDAK MENUTUP AIB-AIB KU

akilahiskak.blogspot.com

“Jangan terlalu mencaci pelaku dosa kerana kita tidak pernah tahu pengakhiran hidup kita dan dia. Mungkin di hujung hidupnya dia lebih baik dari kita dan mendapat khusnul khatimah.”

Make it simple. Kita ni sebagai manusia, tak pernah lari dari buat dosa. Lagi-lagi bila nampak kemungkaran berlaku di depan mata, mesti tangan tu laju je nak tepuk orang sebelah.

“Weyh. Ko tengok tu. Ya Allah, teruknya perangai. Ishh,buat malu je lah.mak bapak dia tak ajar ke?"

 Inilah masalah yang dihadapi kita semua.orang yang di kutuk bukan perbuatannya, Astaghfirullah.

“Eiii,aku tak suka lah mamat tu. Dia tu dah lah banyak cakap,tapi satu kerja pun tak gerak.”

“Dia tu kenapa? Sikit-sikit nak hangin. Semua benda tak kena. Semua orang dia nak marah.”

“Dah kenapa dengan minah tu,tergedik-gedik.gelak macam pontianak.ingat sedap sangat suara tu.”


Tadi lepas solat maghrib,masa nak berdoa.tiba-tiba aku rasa..

Ya Allah.Apa aku dah buat selama ni.Banyaknya dosa aku.Rasa-rasa Allah nak ke terima semua doa-doa aku?

Kita ni mudah sangat melatah.Bila tak suka,terus buka cerita.mengadu sana sini.mencari perhatian orang ramai.Apa kita rasa kalau orang lain pulak buat macam tu kat kita? Jaja keburukan kita,bukak aib kita. Allah.Jika Allah SWT sendiri telah menutup aib seorang hamba-Nya Kenapakan kita suka sangat mendedahkan aib orang lain? Kita nampak hebat dimata manusia hanya kerana satu sebab iaitu kerana Allah telah menutup aib kita.

akilahiskak.blogspot.com


 Sebuah kisah benar yang boleh dijadikan iktibar untuk kita:

Di penjara Kuching, ada 3 orang banduan yang bakal dihukum gantung dalam minggu sekian. Dan seperti yang kita tahu, sememangnya hanya jenayah besar yang layak ke tali gantung. Rasanya tiada di kalangan kita didoktrin untuk belas kasihan dengan penjenayah sebegini.

3 orang banduan itu terdiri daripada seorang Iban (bukan Islam), Melayu( Islam) dan Cina (bukan Islam).

HARI PERTAMA:
Banduan yang berbangsa Iban (bukan Islam) itu menjalani hukuman gantung.Usai digantung, mayatnya hanya dihumban ke tepi oleh tukan gantung. Tiada keluarga yang menuntut. Ngeri..Ini disaksikan oleh banduan yang Melayu dan Cina yang bakal menjalani hukuman gantung pada hari berikutnya.

HARI KEDUA:
Sampai giliran banduan yang berbangsa Melayu. Sebelum pengantungan, dia diberi masa untuk pembersihan diri, solat taubat, doa ,istigfar dan mengucap syahadah sebelum digantung. Jenazahnya diurus dengan baik. Banduan yang berbangsa Cina tadi turut menyaksikan.

HARI KETIGA:
Giliran yang berbangsa Cina. Setelah menyaksikan keadaan dua rakannya sebelum ini, dia jadi takut. Dia mahu mayatnya dilayan seperti mana banduan berbangsa Melayu beragama Islam itu tadi. Jadi sebelum digantung, dia meminta untuk melakukan perkara seperti banduan kedua tadi. Dia mengucap syahadah. SubhanaALLAh, Maha Suci ALLAH, dia mati di tali gantung dengan keadaan yang bersih dari dosa. Tanda-tanda husnul khatimah adalah orang yang sebelum mati sempat menyebut kalimah 'la IlahaillALLAH..' di akhir kalam kehidupannya.

Wahai sahabat-sahabat,Bersyukurlah kita kerana Allah tidak memperlihatkan dosa-dosa kita ke hadapan makhluk yang lain, termasuk aib dan kesalahan masa lalu yang pernah dilakukan. Bayangkan jika dosa zalim, dosa berbohong, dosa syirik, dosa zina, dan dosa-dosa lainnya meninggalkan bau busuk nescaya tidak akan ada seorang pun yang akan duduk bersama-sama kita.

Semoga kita semua dapat berubah kearah yang lebih baik kerana-Nya.Sungguh,Tuhan menciptakan kita untuk saling berpesan dan mengingati!

Mati Itu Pasti , Akhirat itu Realiti.

Wallahualam. =)

Thursday, November 6, 2014

SPONGEBOB VS PLANKTON

Dulu,aku bengang sungguh kat sorang mamat ni.serius,ni bukan kes aku suka kamu dari darjah satu tapi aku tak suka kamu walaupun gigi aku cuma tinggal satu. mana tak nye. dia boleh gumbira kutuk kawa-kaw je kawan aku,kata tak reti buat kerja.uhh.hampagas bin hamster.rasa kalau dia ni spesis cicak,dah lama aku tangkap simpan dalam balang letak belakang rumah.hahaha.Dia lah makhluk kejam yg selalu buat aku menangis malam-malam sebelum tido.Sampailah kisah kami menjadi viral dalam batch sendiri.malu?

kau jangan kila,asyik gaduh je.nanti kahwin baru tahu.

ohhh,plissssshhhh! itu cerita dalam novel je okeyyyy. eh,yeke? habis yang dah pandai gelak-gelak berdua tu sape kalau bukan ko dgn dia?

Takpelah.plankton dan spongebob dah berdamai.Biarlah diorang nak jadi kawan.Lagipun plankton dah tak nak curi resepi crabi petty tu sebab plankton dah pandai masak spagheti fettuchinni.

So, hati dah tenang jiwa pun dah sentosa.cuba kalau dari dulu tak gaduh-gaduh.kan lagi bagus.haha.Mungkin masing-masing dah mampu utk menerima kelemahan satu sama lain.so, kalau rasa membara sikit-sikit tu, ape de hal. kasi senyum je lah. istighfar dalam hati laju-laju. Tapi aku pun dah lama tak rasa sakit hati dengan dia. Bila lah agak-agak dia nak buat aku sakit hati lagi ni? lol. jangan menempah. kang nangis tak cukup timba kang.

Welcome to my friendssss zone!

Aci ke dah 4 tahun kenal baru nk welcoming? lol sangat. lol. lol. lol.

Dont dare nk buat aku menangis lagi. Aku sumbat kau sampai lapisan kerak bumi yg paling dalam.haha.

Tuesday, November 4, 2014

COMEL #PART 2

Ingat lagi tak pada si comel? student tutor kesayangan saya. ha, exam kali ni dia dapat nom 3 dalam kelas. whoaaaaaa! tahniah dik. *big clap* Jadi tak sia-sia jugak lah selama ni akak asyik pok pek pok pek je kat comel kann.

"Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah" adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.
َ
Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya"

Man zara'a hasada pula bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya.ْ"

Man yajtahid yanjah pula bererti "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."

Oleh demikian,berusaha, bekerja dan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh amatlah dituntut dalam agama Islam.Perjalanan comel masih terlalu jauh.Satu masa nanti,comel akan capai cita-cita dan impian comel.Tetapi,mungkin juga satu saat yang lain comel akan rasa betapa sakitnya jatuh.Tapi ingatlah bangkit dari kejatuhan itu hanya akan ada pada insan-insan biasa yang sentiasa berfikir secara luar biasa.Gunakan ilmu sebaiknya.Gunakan ilmu untuk agama kita.Berkongsilah selagi mampu.Berkongsilah pada mereka yang memerlukan.Ilmu Allah itu takkan pernah berkurang jika kita berbagi.

Carilah ilmu sebelum jasad berhijrah. Harap-harap ilmu boleh menjadi landasan ke Syurga! 

Selamat malam semua! :)

Saturday, November 1, 2014

HAYYA ALA' FALAH


Hayya ala’ falah : come to success.

Dalam hidup ni,tiada manusia yang mahukan kegagalan. Everyone wish to be success. Sometimes, people define success as wealth. Kejayaan yang diukur melalui banyaknya harta yang dimiliki.

Then,what is your function to be success?

Aku terdiam.Takkan cuma untuk dapatkan kereta idaman lepastu tayang satu dunia,rumah besar ada swimming pool pakej maid yang berlambak-lambak.Lepas tu tiap hujung minggu pergi spa cantikkan diri,then pergi shopping macam orang gila.semua tu nothing.

Yes,its nothing bila kau buat semua tu, tapi at the same time kau letak parents kau untuk duduk dekat old folks.Even the best old folks in the world.Naik BMW tapi hantar mak pergi rumah orang-orang tua.Apekah?

Siapa yang buat kau berjaya? Yes. Kau boleh jawab,aku. Aku yang penat siang malam siapkan esaimen. Kadang-kadang sampai tak sempat tidur untuk kejar submission date.Pagi-pagi datang kuliah dengar lecturer membebel sampai ke petang.Bila tiap exam,habis buku setebal kamus aku khatamkan.

Tu kau punya part,aku tak cakap salah. Tapi ingat tu cuma 20% je. Yang lagi 80% tu semua dari your parents. Kalau duit ptptn kau tak cukup,dengan sapa kau mintak duit nak makan?Your parents.Tapi korang tahu tak mungkin diorang kat rumah tu bertahan lapar sebab semata nak bagi korang kenyang.Doa?Kau ingat kau malaikat.doa sekali Allah dah makbulkan. Kita ni banyak dosa. Sometimes kita tak tahu pun doa kita tersekat kat langit.Tak sampai pun pada tuhan. Tapi doa mak dan ayah? Jangan pernah perkecilkan doa mereka. Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya.Ingat,Dan apabila tertutupnya mata ibu kamu,maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah,iaitu doa seorang ibu.

So,what is your function to be success?


Kejayaan untuk berbakti pada mak dan abah. :)

Terima kasih pakcik kerana ingatkan kami.Semoga Allah merahmati pakcik sekeluarga.


cc: Pakcik yang pagi tadi singgah gerai untuk beli kuih karipap.eh,panjang pulak nama pakcik ni.haha.

BEHIND THE WORD OF 'COUPLE'

Sedang-sedang berblog walking, suddenly i found this article. nice sharing. semoga bermanfaat. 
cc : 

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.