Sunday, November 16, 2014

UNI-CHEF 2014



akilahiskak.blogspot.com
in preparation room
persediaan bahan-bahan sebelum sesi recording :)


Hai semua!

Ili dan Kila sebenarnya telah pun terpilih sebagai peserta untuk pusingan kedua dalam Pertandingan Uni-Chef 2014 : Mencipta Resipi Sihat Antara Pelajar Universiti & Kolej Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Pertandingan ini adalah terbuka untuk semua pelajar yang masih menuntut di universiti dan kolej seluruh Malaysia.

Petandingan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia dan dibantu oleh portal masakan online “TryMasak”. Turut bekerjasama dalam menjayakan pertandingan ini adalah Gas Petronas sebagai penaja utama mereka. 

Uni-Chef berhasrat untuk membantu negara mewujudkan satu masyarakat baru yang lebih peka dan berpengetahuan terhadap pemakanan yang sihat. Ia juga berharap agar resepi-resepi yang dipertandingkan boleh menjadi rujukan dan seterusnya menyuntik idea-idea baru kepada para ibu bapa dalam menyediakan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak mereka.

Yang lagi mengujakan kami, peserta ini bukanlah dari jurusan seni masakan mahupun jurusan yang berkaitan dengan pemakanan .Mereka berdua merupakan penuntut tahun tiga jurusan perakaunan dari Universiti Sains Islam Malaysia.  

akilahiskak.blogspot.com



Alhamdulillah, dalam hampir 300 resepi yang dihantar, resepi mereka berjaya diterima dan terpilih untuk mara ke pusingan seterusnya iaitu “online-voting”.

Oleh yang demikian,kami disini ingin mengajak anda semua untuk turut serta dalam memberi sokongan kepada mereka dengan mengundi rakaman resepi yang telah mereka sediakan di laman web dibawah ini.

Link     : http://trymasak.my/uni-chef
Resepi : Laksa Goreng Tomyam

Undian ini akan mula dibuka pada 10 November 2014 jam 12.00 pagi sehingga 30 November nanti.Undian juga boleh dilakukan pada setiap hari tau.Jadi, jangan lupa untuk undi kami setiap hari.Hee.

Hanya 10 video yang mendapat undian tetinggi akan diterima untuk memasuki pusingan akhir yang akan dilangsungkan pada 6 Disember 2014. Mereka akan mempersembahkan masakan mereka dan pemenang akan dipilih oleh para juri professional.

cook from heart <3


Terima kasih.