Saturday, November 8, 2014

ANDAI SAJA TUHAN TIDAK MENUTUP AIB-AIB KU

akilahiskak.blogspot.com

“Jangan terlalu mencaci pelaku dosa kerana kita tidak pernah tahu pengakhiran hidup kita dan dia. Mungkin di hujung hidupnya dia lebih baik dari kita dan mendapat khusnul khatimah.”

Make it simple. Kita ni sebagai manusia, tak pernah lari dari buat dosa. Lagi-lagi bila nampak kemungkaran berlaku di depan mata, mesti tangan tu laju je nak tepuk orang sebelah.

“Weyh. Ko tengok tu. Ya Allah, teruknya perangai. Ishh,buat malu je lah.mak bapak dia tak ajar ke?"

 Inilah masalah yang dihadapi kita semua.orang yang di kutuk bukan perbuatannya, Astaghfirullah.

“Eiii,aku tak suka lah mamat tu. Dia tu dah lah banyak cakap,tapi satu kerja pun tak gerak.”

“Dia tu kenapa? Sikit-sikit nak hangin. Semua benda tak kena. Semua orang dia nak marah.”

“Dah kenapa dengan minah tu,tergedik-gedik.gelak macam pontianak.ingat sedap sangat suara tu.”


Tadi lepas solat maghrib,masa nak berdoa.tiba-tiba aku rasa..

Ya Allah.Apa aku dah buat selama ni.Banyaknya dosa aku.Rasa-rasa Allah nak ke terima semua doa-doa aku?

Kita ni mudah sangat melatah.Bila tak suka,terus buka cerita.mengadu sana sini.mencari perhatian orang ramai.Apa kita rasa kalau orang lain pulak buat macam tu kat kita? Jaja keburukan kita,bukak aib kita. Allah.Jika Allah SWT sendiri telah menutup aib seorang hamba-Nya Kenapakan kita suka sangat mendedahkan aib orang lain? Kita nampak hebat dimata manusia hanya kerana satu sebab iaitu kerana Allah telah menutup aib kita.

akilahiskak.blogspot.com


 Sebuah kisah benar yang boleh dijadikan iktibar untuk kita:

Di penjara Kuching, ada 3 orang banduan yang bakal dihukum gantung dalam minggu sekian. Dan seperti yang kita tahu, sememangnya hanya jenayah besar yang layak ke tali gantung. Rasanya tiada di kalangan kita didoktrin untuk belas kasihan dengan penjenayah sebegini.

3 orang banduan itu terdiri daripada seorang Iban (bukan Islam), Melayu( Islam) dan Cina (bukan Islam).

HARI PERTAMA:
Banduan yang berbangsa Iban (bukan Islam) itu menjalani hukuman gantung.Usai digantung, mayatnya hanya dihumban ke tepi oleh tukan gantung. Tiada keluarga yang menuntut. Ngeri..Ini disaksikan oleh banduan yang Melayu dan Cina yang bakal menjalani hukuman gantung pada hari berikutnya.

HARI KEDUA:
Sampai giliran banduan yang berbangsa Melayu. Sebelum pengantungan, dia diberi masa untuk pembersihan diri, solat taubat, doa ,istigfar dan mengucap syahadah sebelum digantung. Jenazahnya diurus dengan baik. Banduan yang berbangsa Cina tadi turut menyaksikan.

HARI KETIGA:
Giliran yang berbangsa Cina. Setelah menyaksikan keadaan dua rakannya sebelum ini, dia jadi takut. Dia mahu mayatnya dilayan seperti mana banduan berbangsa Melayu beragama Islam itu tadi. Jadi sebelum digantung, dia meminta untuk melakukan perkara seperti banduan kedua tadi. Dia mengucap syahadah. SubhanaALLAh, Maha Suci ALLAH, dia mati di tali gantung dengan keadaan yang bersih dari dosa. Tanda-tanda husnul khatimah adalah orang yang sebelum mati sempat menyebut kalimah 'la IlahaillALLAH..' di akhir kalam kehidupannya.

Wahai sahabat-sahabat,Bersyukurlah kita kerana Allah tidak memperlihatkan dosa-dosa kita ke hadapan makhluk yang lain, termasuk aib dan kesalahan masa lalu yang pernah dilakukan. Bayangkan jika dosa zalim, dosa berbohong, dosa syirik, dosa zina, dan dosa-dosa lainnya meninggalkan bau busuk nescaya tidak akan ada seorang pun yang akan duduk bersama-sama kita.

Semoga kita semua dapat berubah kearah yang lebih baik kerana-Nya.Sungguh,Tuhan menciptakan kita untuk saling berpesan dan mengingati!

Mati Itu Pasti , Akhirat itu Realiti.

Wallahualam. =)