Jom ramai-ramai kita selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W♥
ِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
ِ
Sempena hari kelahiran nabi Muhammad, apa kata kite throwback balik peristiwa-peristiwa yg berlaku sepanjang proses kelahiran beliau.
1 . Kemusnahan Pasukan Bergajah
Tahun kelahiran Rasulullah dikenali sebagai Tahun Gajah. Sebab, 50 hari menjelang Baginda dilahirkan berlaku persitiwa ajaib. Kaabah diselamatkan Allah dari serbuan pasukan gajah.
Abrahah Ash Shabbah Al Habsi, gabenor Yaman telah membina gereja sangat besar di Shan'a. Dia berharap orang-orang Arab yang biasa mengerjakan haji ke Mekah akan mengalihkan perhatiannya ke sana. Tetapi gereja itu tidak mengusik daya tarikan masyarakat arab terhadap kaabah .
Abrahah bertambah marah ketika ada seseorang dari Bani Kinanah yang melumuri pusat kiblat gereja dengan najis. Dia kemudian menghimpunkan enam puluh ribu pasukan.
Sebagai kenderaan, dia memilih gajah yang paling besar. Sebahagian pasukannya menunggang gajah sehingga dikenali sebagai pasukan bergajah.Setibanya di Wadi Muhasshir, antara Muzdalifah dan Mina, tiba-tiba gajahnya menderum. Tidak mahu bangun bergerak ke arah Kaabah.
Jika diarahkan ke arah lain, gajah itu mahu bergerak. Tetapi jika diarahkan semula ke Kaabah, gajah itu menderum lagi.
Dalam keadaan demikian, Allah menghantar burung-burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu panas menghancurkan mereka. Maka, selamatlah kaabah dan tahun itu disebut sebagai tahun gajah.
2 . Keluarnya Cahaya saat Rasulullah Dilahirkan
Pada hari kelahiran Rasulullah berlaku pelbagai peristiwa ajaib. Di antaranya adalah keluarnya cahaya dari jalan kelahiran Rasulullah hingga menyinari istana-istana di Syam.
" Setelah bayiku keluar, aku melihat ada cahaya yang keluar dari rahimku, menyinari istana-istana di Syam, " kata ibunda Rasulullah, Aminah seperti diriwayatkan Ibnu Sa'ad dan dinukil Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury.
3 . Kejatuhan 10 Balkoni Istana Kisra
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
4 . Padamnya Api yang Biasa Disembah Orang-orang Majusi
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
5 . Runtuhnya beberapa Gereja di Sekitar Buhairah
P/s : Kalau kita sayang seseorang,mesti kita akan ingat semua tentang dia.Mesti kita akan selalu buat apa yang si dia suka.Kalau kita sayang nabi? Kita rindu nabi? Selawatlah banyak-banyak.Baca balik kisah-kisah dia.Cuba amalkan sunnah dia.Untung tau siapa jadi kekasih nabi! ♥
ُ