Sunday, May 31, 2015

BELACAN

Hua.nak menangis rasa sebab termakan nasi yang ada belacan. Kalau tahu ada belacan.dah lama i tolak jauh-jauh.sekarang hidung dah mula gatal dan tak selesa.nak tido tak boleh.nak siapakan esaimen apetah lagi.that why lah i lagi prefer masak sendiri.komfem-komfem kita tahu semua bahan dalam makanan tu kan kann. Pengajaran untuk harini,majulah dapur utk negara.kbai,aku pun tak tahu dah apa aku merapu.maaf semua.

Thursday, May 28, 2015

MENGHORMATI & DIHARGAI

Dalam hidup ni tak susah pun nak sebar kebaikan pada orang.walaupun kadang-kadang kita terkilan sebab macam tak dihargai,cepat-cepatlah ingatkan diri bahawa penghargaan dari tuhan itu jauh lebih bermakna dari seluruh makhluk yang ada.

Lets say kita ada seorang kawan lelaki,tapi kawan lelaki kita tu dah bertunang.tapi hampir setiap minggu kita masih buat date dengan dia. Yelah,kalau bukan date pun,istilah keluar berdua bersama tu pun sama lah. kita rasa happy.kita rasa seronok. Tapi cuba ketuk sikit hati tu, tak de ke walau sikit rasa bersalah pada bakal isteri kawan kita tu?

Cuba twist situasi tu. Letakkan diri anda sebagai tunang kepada lelaki tersebut.Hampir setiap minggu tunang anda keluar berdua dengan kawan perempuan dia.sekarang apa yang anda rasa?

Kalau ditakdirkan mereka berpisah kerana anda, siapa yang akan dipersalahkan? Sanggupkah anda kalau digelar perampas hak orang? Perosak hubungan orang?

. . .
Sebagai seorang perempuan tak salah dan tak susah rasanya bagi kita untuk menghormati hak perempuan lain kan? 

Siapa lagi yang lebih memahami kita kalau bukan kita-kita jugak kan?

Sama jugak macam kalau kita ni jenis tak suka orang lambat.

Buat kerja lambat,datang meeting lambat.semua lambat.tapi hakikatnya kita sendiri suka melambat-lambatkan masa. Kalau kita nak orang lain hargai masa kita,kita perlu lah jugak belajar hargai masa mereka.ye dok?


Di Korea atau Jepun, mereka sangat menepati masa. Ini adalah fakta. Tiada siapa dapat menafikan. Jika mereka terlewat, mereka merasakan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar walaupun tempoh terlewatnya tidaklah terlalu lama. Kalau orang kafir boleh bersikap sebegitu rupa, kenapa orang Islam tak boleh dan selalu lembab? Cakap tentang Islam berdegar-degar tapi tunjukkan teladan yang tak baik.

Sabda Rasulullah SAW:  "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.”

Orang yang tidak menepati janji tidak akan dipercayai lagi. Apabila kita berjanji mahu menemui pelanggan pada pukul 3 petang, hadir 15 minit awal. Sampai bila kita nak biar orang lain perlekeh kita?

Ada pernah dengar orang cakap,Alaa.biasalah lambat sikit.janji cina? 
. . . 

Tak de kan. Yang ada cuma lah JANJI MELAYU.

Alasan paling legend,maaf,jalan jammed.maaf,bateri jam mati.maaf,lupa nak kunci jam.Hello,Malu lah sikit weyh.bila nak maju macam ni kalau time management pun masih corot.

Tak susah rasanya nak jadi orang yang menepati masa kan?

Banyak lagi sebenarnya contoh-contoh yang boleh kita lihat.macam kalau kita bagi pinjam barang,mesti kita nak dia pulangkan dalam keadaan baik kan? Jadi kita pun kenalah tunjuk perkara yang sama juga.kalau kita tak suka orang menipu pada kita,kita janganlah suka menipu orang lain,kalau lagi kita tak suka orang tak angkat call kita,kita pun kenalah alert jugak bila orang call kita.jangan pulak sampai missed call beribu kali baru nak angkat.

Jadi sedarlah bahawa hampir semua sikap aneh-aneh manusia harini sebenarnya adalah refleksi diri kita sendiri jugak.

p/s: Tips mudah bila kita dilemma atau ragu-ragu nak buat sesuatu:

Selalulah untuk meletakkan diri kita disituasi orang lain yang mungkin hakikatnya akan terkesan dengan tindakan kita.kalau kita sendiri rasa sedih,maksudnya tak payahlah teruskan.tapi kalau kita rasa ia mampu sebarkan bahagia untuk semua,kenapa tidak? 


Sebarkan kebaikan walau dimana sahaja anda berada. Jadilah alasan untuk orang lain sentiasa tersenyum. Mudah-mudahan tiap-tiap dari kebaikan itu akan menjadi saksi untuk kita ke syurga.  


Wallahualam.

Saturday, May 23, 2015

Wishlist added. *senyum kambing*





Stoke-on-Trent yang dikenali sebagai Bandar Seramik, atau lebih tepat ke Wedgwood and Royal Doulton Outlet Store.Terletak di England,UK.Stoke-On-Trent sememangnya merupakan antara tempat utama bagi orang Malaysia yang ingin membeli atau mengumpul koleksi pinggan mangkuk pelbagai jenama. Antaranya termasuklah Royal Doulton, Royal Albert, Potmeirion, Wedgwood, Churchill, Spode, dan beberapa jenama pinggan mangkuk lain yang harganya boleh mencecah sehingga berpuluh ribu RM di Malaysia.




World Kitchen yang terletak di Sydney,Australia juga merupakan salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh para wanita yang meminati Corelle, Pyrex, Corning dan yang sewaktu dengannya. Menurut sumber yang pernah ke sini, harganya lebih murah berbanding Adelaide.



Royal Albert Lavender Rose Tea set



Coronet Tea Set





Aynsley Cottage Garden Collection


 
Aynsley adalah antara syarikat yang masih menggunakan teknik mengukir di atas logam dengan menggunakan asid (acid etch) pada pinggan mangkuknya yang boleh mewujudkan gaya mewah.Koleksi acid etch ini dinamakan fine dining yang sesuai untuk acara formal. Penggunaan emas 24 karat dan platinum yang berkualiti dalam pembuatannya adalah ciri mewah yang terdapat pada produk ini. Harganya boleh mencecah hingga RM2,800 untuk satu pinggan nasi.Namun, ia turut mengeluarkan produk yang lebih mampu dibeli malah untuk dipakai basahan iaitu casual dining.Ia mempunyai corak yang lebih pelbagai seperti flora, buah-buahan yang boleh dibasuh di dalam mesin basuh pinggan dan sesuai untuk ketuhar mikro. Harganya cuma untuk set empat orang makan di bawah RM2,000.Set casual dining ini boleh didapati di pusat beli belah Sogo dan Isetan (KLCC).

Weyh,tak tipu.serius lawa-lawa design dia kan!

Ok,nak pergi kira duit dalam tabung. mana tahu boleh dapat sebijik kan. T_T




Wednesday, May 13, 2015

WARKAH UNTUK DIA

Its has been months kita tak bersapa. Walaupun hari-hari kita berjumpa.Sakit? Hanya Allah yang tahu.Hakikatnya parut luka itu masih jelas terasa.Aku cuba untuk membuang ego dan memadam segala kebenciaan pada kau yang aku pernah tanamkan dulu.Sebab aku tahu, itu takkan pernah beri apa-apa kelebihan untuk aku. Aku masih ingat lagi yang kau pernah minta pada aku untuk istikharah. Do istikharah. Even Dr aina pun selalu pesan perkara yang sama. Suprisingly, I see your mom's face in my dreams. For the first,i thought it just because i miss you badly.Then, untuk beberapa hari kemudiannya, kau pulak muncul dalam mimpi tu. Even after got that signs, i still continuing do the istikharah. This times, it really shocks me. Again. Your mum. Tetapi aku bukan lah pentafsir mimpi yang hebat.Yes.Dan aku yakin,itu hanya sekadar mimpi.Dan orang kata, kalau kita tak rasa tenang, tu maknanya dia bukan jodoh kita even kita mimpi dia banyak-banyak kali pun.Thinking about jodoh ni sebenarnya buatkan aku beribu-ribu kali lagi terfikir tentang ajal. Sungguh aku masih tak bersedia.Macamana kalau aku ditakdirkan pergi dengan meninggalkan sang suami dan anak-anak yang masih kecil? Semoga mereka diberi kekuatan dari Allah. Semoga juga amalanku cukup untuk dibuat bekalan diakhirat kelak. :')