Stoke-on-Trent yang dikenali sebagai Bandar
Seramik, atau lebih tepat ke Wedgwood and Royal Doulton Outlet
Store.Terletak di England,UK.Stoke-On-Trent sememangnya
merupakan antara tempat utama bagi orang Malaysia yang ingin membeli atau
mengumpul koleksi pinggan mangkuk pelbagai jenama. Antaranya termasuklah Royal
Doulton, Royal Albert, Potmeirion, Wedgwood, Churchill, Spode, dan beberapa jenama
pinggan mangkuk lain yang harganya boleh mencecah sehingga berpuluh ribu RM di
Malaysia.
World Kitchen yang terletak di Sydney,Australia juga
merupakan salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh para wanita yang
meminati Corelle, Pyrex, Corning dan yang sewaktu dengannya. Menurut sumber
yang pernah ke sini, harganya lebih murah berbanding Adelaide.
Royal Albert Lavender Rose Tea set |
Coronet Tea Set
|
Aynsley Cottage Garden Collection
|
Aynsley adalah antara syarikat yang masih menggunakan teknik
mengukir di atas logam dengan menggunakan asid (acid etch) pada pinggan
mangkuknya yang boleh mewujudkan gaya mewah.Koleksi acid etch ini dinamakan
fine dining yang sesuai untuk acara formal. Penggunaan emas 24 karat dan
platinum yang berkualiti dalam pembuatannya adalah ciri mewah yang terdapat
pada produk ini. Harganya boleh mencecah hingga RM2,800 untuk satu pinggan
nasi.Namun, ia turut mengeluarkan produk yang lebih mampu dibeli malah untuk
dipakai basahan iaitu casual dining.Ia mempunyai corak yang lebih pelbagai
seperti flora, buah-buahan yang boleh dibasuh di dalam mesin basuh pinggan dan
sesuai untuk ketuhar mikro. Harganya cuma untuk set empat orang makan di bawah
RM2,000.Set casual dining ini boleh didapati di pusat beli belah Sogo dan Isetan
(KLCC).
Weyh,tak tipu.serius lawa-lawa design dia kan!
Ok,nak pergi kira duit dalam tabung. mana tahu boleh dapat sebijik kan. T_T
Weyh,tak tipu.serius lawa-lawa design dia kan!
Ok,nak pergi kira duit dalam tabung. mana tahu boleh dapat sebijik kan. T_T