Thursday, May 28, 2015

MENGHORMATI & DIHARGAI

Dalam hidup ni tak susah pun nak sebar kebaikan pada orang.walaupun kadang-kadang kita terkilan sebab macam tak dihargai,cepat-cepatlah ingatkan diri bahawa penghargaan dari tuhan itu jauh lebih bermakna dari seluruh makhluk yang ada.

Lets say kita ada seorang kawan lelaki,tapi kawan lelaki kita tu dah bertunang.tapi hampir setiap minggu kita masih buat date dengan dia. Yelah,kalau bukan date pun,istilah keluar berdua bersama tu pun sama lah. kita rasa happy.kita rasa seronok. Tapi cuba ketuk sikit hati tu, tak de ke walau sikit rasa bersalah pada bakal isteri kawan kita tu?

Cuba twist situasi tu. Letakkan diri anda sebagai tunang kepada lelaki tersebut.Hampir setiap minggu tunang anda keluar berdua dengan kawan perempuan dia.sekarang apa yang anda rasa?

Kalau ditakdirkan mereka berpisah kerana anda, siapa yang akan dipersalahkan? Sanggupkah anda kalau digelar perampas hak orang? Perosak hubungan orang?

. . .
Sebagai seorang perempuan tak salah dan tak susah rasanya bagi kita untuk menghormati hak perempuan lain kan? 

Siapa lagi yang lebih memahami kita kalau bukan kita-kita jugak kan?

Sama jugak macam kalau kita ni jenis tak suka orang lambat.

Buat kerja lambat,datang meeting lambat.semua lambat.tapi hakikatnya kita sendiri suka melambat-lambatkan masa. Kalau kita nak orang lain hargai masa kita,kita perlu lah jugak belajar hargai masa mereka.ye dok?


Di Korea atau Jepun, mereka sangat menepati masa. Ini adalah fakta. Tiada siapa dapat menafikan. Jika mereka terlewat, mereka merasakan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar walaupun tempoh terlewatnya tidaklah terlalu lama. Kalau orang kafir boleh bersikap sebegitu rupa, kenapa orang Islam tak boleh dan selalu lembab? Cakap tentang Islam berdegar-degar tapi tunjukkan teladan yang tak baik.

Sabda Rasulullah SAW:  "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.”

Orang yang tidak menepati janji tidak akan dipercayai lagi. Apabila kita berjanji mahu menemui pelanggan pada pukul 3 petang, hadir 15 minit awal. Sampai bila kita nak biar orang lain perlekeh kita?

Ada pernah dengar orang cakap,Alaa.biasalah lambat sikit.janji cina? 
. . . 

Tak de kan. Yang ada cuma lah JANJI MELAYU.

Alasan paling legend,maaf,jalan jammed.maaf,bateri jam mati.maaf,lupa nak kunci jam.Hello,Malu lah sikit weyh.bila nak maju macam ni kalau time management pun masih corot.

Tak susah rasanya nak jadi orang yang menepati masa kan?

Banyak lagi sebenarnya contoh-contoh yang boleh kita lihat.macam kalau kita bagi pinjam barang,mesti kita nak dia pulangkan dalam keadaan baik kan? Jadi kita pun kenalah tunjuk perkara yang sama juga.kalau kita tak suka orang menipu pada kita,kita janganlah suka menipu orang lain,kalau lagi kita tak suka orang tak angkat call kita,kita pun kenalah alert jugak bila orang call kita.jangan pulak sampai missed call beribu kali baru nak angkat.

Jadi sedarlah bahawa hampir semua sikap aneh-aneh manusia harini sebenarnya adalah refleksi diri kita sendiri jugak.

p/s: Tips mudah bila kita dilemma atau ragu-ragu nak buat sesuatu:

Selalulah untuk meletakkan diri kita disituasi orang lain yang mungkin hakikatnya akan terkesan dengan tindakan kita.kalau kita sendiri rasa sedih,maksudnya tak payahlah teruskan.tapi kalau kita rasa ia mampu sebarkan bahagia untuk semua,kenapa tidak? 


Sebarkan kebaikan walau dimana sahaja anda berada. Jadilah alasan untuk orang lain sentiasa tersenyum. Mudah-mudahan tiap-tiap dari kebaikan itu akan menjadi saksi untuk kita ke syurga.  


Wallahualam.