Wednesday, September 30, 2015

kelas mandarin saya

Soon,I dah nak pergi praktikal dah.Lepastu nak kerja dah.Dah tak boleh nak main-main ponteng kelas lagi.Dah tak boleh nak merayu-rayu kat lecturer tak yah buat kelas.Dah tak boleh nak duduk lepak kira bintang dekat tengah jalan raya malam-malam buta dah.Dah kena jadi budak dewasa dah.Kena fikir nak beli rumah.Nak beli kereta.Nak membela perut sendiri lagi.Mane boleh dah nak mintak-mintak duit kat mak abah lagi.Fuhhh.*lap peluh*

eksited haa hupdate kat insetageram sebab dah pandai tulis cina.hee


Sebab tu lah kita pun mensibuk pergi daftar kelas mandarin.Nanti kerja boleh ampu boss mintak naikkan gaji.Hahaaha.Ye lah kan,kalau nak kira,berapa ciput lah sangat company melayu kat Malaysia ni.Yang banyak pun dalam TV3 ngan Astro je.Syarikat Tan Sri Khalid lah.Syarikat Datin Mona lah.Tapi tu pun mana boleh dah nak mintak keje situ.Anak diorang kan semua dah balik dari oberseas.Semua seat diorang dah amik.Apa lagi kerja yang kosong? Hmm, jadi penonton je lah depan tv sambil bersila sambil makan kerepek pisang yang opah kasi minggu lepas.

First class be like..

krikk..krikk..krikk..krikkkkk..Wo pu ce tau sepatah haram! T.T

Tapi sebenarnya tak lah susah mana pun belajar bahasa ni.Lagi sakit rasanya belajar subjek bisnes dan akaun.Ingatkan bila beli kalkulator mahal,dia tolong kirakan jawapan untuk kita.Hampeh.Tertipu rupanya.Nasib baik dapat lulus jugak.Hahaa.

Masa mula-mula belajar tu,dasyatnya sampai terthrow back ke masa zaman darjah satu.Zaman baru nak masuk sekolah tu.Masuk kelas belajar nombor 1,2,3.Pastu belajar bercakap,mengeja,membaca,menulis.

ni neng qu wo ma? Hahaaaha.





Ok lah,sis nak sambung buat report ni.Nanti 10 bulan lagi sis free,sis datang sini membebel lagi ye!
















Sunday, September 6, 2015

AISKRIM HOMEMADE

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat (Kalau suka manis,letak lebih lagi.)
1 biji telur
Esen vanilla
optional:sedikit ovallete *untuk gebukan aiskrim

Cara-cara:

1.Mixer(putar) kan semua bahan-bahan kat atas selama 15-20 minit atau sampai kita dapat tekstur yang likat dan pekat.

2.Kemudian asingkan kepada beberapa bahagian untuk perisa yang berlainan. (oreo/strawberi/durian/kacang merah etc)

kalau taruk buah macam ni pun sedap jugak kann.yummy!


3.Dah letak perisa,kita bekukan pulak dia dalam peti untuk semalaman.

4.Dah siap!



Senang kan..apa lagi,selamat mencuba!

p/s: Ha.ni lah kerja aku sepanjang cuti kat rumah. papepun,terima kasih mak sebab sudi pinjamkan dapur untuk anak dia bereksperimen dan mencurah bakat.hehhe.sori adik sebab tergemukkan korang. :P

RESEPI SATAY MUDAH



Bahan-bahan satay:

600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit

**Bahan kisar :

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
Sedikit biji ketumbar

Cara cara:

Daging dibersih2kan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai,bahan kisar serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. 

Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul betul.

Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.

Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang.

Ambik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu.

Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus.



Bahan bahan kuah satay:

600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.

Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.

Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.

Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit.
Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.

Nota:
Sedap dimakan dengan satay, nasi himpit, bawang hiris, timun dan cili api bubuh kicap.