eksited haa hupdate kat insetageram sebab dah pandai tulis cina.hee |
Sebab tu lah kita pun mensibuk pergi daftar kelas mandarin.Nanti kerja boleh ampu boss mintak naikkan gaji.Hahaaha.Ye lah kan,kalau nak kira,berapa ciput lah sangat company melayu kat Malaysia ni.Yang banyak pun dalam TV3 ngan Astro je.Syarikat Tan Sri Khalid lah.Syarikat Datin Mona lah.Tapi tu pun mana boleh dah nak mintak keje situ.Anak diorang kan semua dah balik dari oberseas.Semua seat diorang dah amik.Apa lagi kerja yang kosong? Hmm, jadi penonton je lah depan tv sambil bersila sambil makan kerepek pisang yang opah kasi minggu lepas.
First class be like..
krikk..krikk..krikk..krikkkkk..Wo pu ce tau sepatah haram! T.T
Tapi sebenarnya tak lah susah mana pun belajar bahasa ni.Lagi sakit rasanya belajar subjek bisnes dan akaun.Ingatkan bila beli kalkulator mahal,dia tolong kirakan jawapan untuk kita.Hampeh.Tertipu rupanya.Nasib baik dapat lulus jugak.Hahaa.
Masa mula-mula belajar tu,dasyatnya sampai terthrow back ke masa zaman darjah satu.Zaman baru nak masuk sekolah tu.Masuk kelas belajar nombor 1,2,3.Pastu belajar bercakap,mengeja,membaca,menulis.
ni neng qu wo ma? Hahaaaha.
Ok lah,sis nak sambung buat report ni.Nanti 10 bulan lagi sis free,sis datang sini membebel lagi ye!