Hi,lama
rasa tak menyinggan kat sini.agak-agak penyu pun sempat menetas dah.hihii.terlalu banyak sebenarnya cerita nak kongsi,
tu yang sampai tak terkongsi tuu.Time flies so fast.harini rasa baru hari
isnin.tapi esok tgk dah hari khamis.Bila masa makin cepat bergerak,kita pun
kena lagi berkali pantas bergerak.kalau tak,kita juga yang rugi.bila masa
terlalu cepat ni,mula lah rasa nak bukak quran pun tak sempat.nak solat sunat
pun rasa tak cukup masa.
Kadang bila
ada kuliah,mulalah terdetik kat hati.doa biar lecturer cancel kelas dengan niat
nak siapkan esaimen.Sebab masa dah terhad sangat ni.Tapi bila kelas betul-betul
cancel,ada pulak masa sempat nak tengok movie dalam laptop.Hihi.
Bila
lecturer bagi esaimen lebih sikit,mula masing-masing datang merayu,bagi alasan
ada program tu lah ini lah kerja lecturer lain bagi dah banyak sangat
lah.Itulah sikap kita manusia penuh dengan alasan.Tiada masa merungut,bila
diberi masa ia dibazirkan.
Bersyukurkah
kita? Allah.saya pun bukan nye baik sangat nak nasihat orang lain,tapi saya
selalu ingatkan diri saya bahawa setiap apa yang saya tulis di dalam ini adalah
refleksi dan teguran buat diri saya sendiri jugak.
Syaitan itu
amat suka untuk menampakkan kesibukan kita agar hubungan kita jadi semakin jauh
dari Allah.Jadi mari sama-sama kita berdoa agar kita semua dijauhkan dari tipu
helah mereka dan sama-sama berubah menjadi yang lebih baik.In sha Allah.
“Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya mentaati
kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS. Al ‘Ashr)
Teman,saat
air mata tidak dapat menahan segalanya.Mintalah pada Allah untuk pulihkan
segalanya.Sesungguhnya Allah yang memegang setiap hati manusia. :)
*Homesick*
T.T