Saturday, October 3, 2015

SEBELUM AKU BERNIKAH


CINTA yang sebenar-benar cinta itu adalah cinta cinta kerana Allah, Cinta yang hendak bersama hingga ke SyurgaNYA. Apa-apa yang membawa ke nerakaNYA itu bukanlah CINTA! Jadi bagaimana hendak bercinta sampai syurga? saya kongsiikan sedikit persoalan untuk kamu tanyakan pada diri kamu sendiri sebelum kamu melafazkan tiga perkataan hikmah “AKU TERIMA NIKAHNYA”

Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma’thurat) seperti Rasullullah?
Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
Adakah saya melazimi puasa isnin dan khamis?

Persiapan sebelum kahwin yang sebenar adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan.

Weyh,kalau lepas subuh pun asyik nak fikir sambung tidur balik.Kalau sarapan pun paling awal pukul 10.Kalau nak lipat baju pun tunggu berbakul.Kalau nak sapu rumah pun tunggu habuk tebal sedepa.Kalau kasut sendiri pun tak pandai susun lagi.Kalau orang marah pun kita selamba tengking balik.Kalau kawan mintak tolong pun kita berkira.Kalau nak telefon mak ayah tanya kabar pun sebulan sekali.Kalau dhuha pun asyik on off je dengan alasan iman tak menentu.Kalau ganti puasa pun nak tunggu berbulan-bulan baru nak ganti.Kalau duit pun asyik tabur merata entah apa yang dibelinya.Habis duit mintak mak pulak.

Eh,Banyak lagi rupanya yang aku kena belajar sebelum kahwin ni. Kalau nak harap ilmu didapur sahaja,memang tak layak lagi rasanya nak kahwin oi.Baik lupakan je lah cita-cita tu.

Sekian,

Keluhan dari seorang yang bernama akilah.