Wednesday, January 27, 2016

Intern 1

Alhamdulillah,minggu praktikal dah pun bermula.Tahniah kepada kawan-kawanku semua.Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsi dalam group wassap.Ada yang eksited,bahagia,gemuruh,takut dan macam-macam lagi lah.Melangkah ke alam praktikal ni sama lah umpama melangkah ke dunia pekerjaan sebenar.Perlu ada rasa komitmen,tanggungjawab dan yang paling penting adalah pengetahuan dan niatkan untuk mencari pengalaman.

Kalau macam kisah aku,awal-awal pagi lagi aku dah kena bangun.Pukul 6 pagi aku perlu siap dan turun ke bawah untuk tunggu bas ke lrt.Bas rapid ni bersepah je kat sini cuma kena hafal lah nombor bas ye.Kalau tersilap naik,nangis lah kau sorang-sorang kat tepi jalan.Hahaa.Lepastu aku akan naik bas no T580 dari Sri rakyat ke Lrt Bukit Jalil.Tambang dia RM1.Tapi sebab nak jimat,bolehlah guna T&Go dan jadilah RM 0.80.Mesti ada yang akan meng kecam driku.Ala,setakat 20 sen je pun,itupun nak berkira. Meh akak cite sikit.Sekali naik memang 20 sen.kalau sehari kau naik 2 kali untuk pergi dan balik kerja dah jadi 40 sen.seminggu kau pergi kerja 5 hari.40 sen darab dengan 5 hari dah jadi rm2.Daripada rm2 tu kau bazir kat bas,baik kau masuk tabung masjid kann.Saya pengguna bijak.Jadilah bijak seperti saya.

Kemudian,dari stesen bukit jalil,aku akan turun di stesen masjid jamek.Tambang dia RM3.90.Tapi kalau guna T&Go jadi rm3.40.Jimat 50 sen.Pergi dan balik jimat rm1.Seminggu pergi kerja jimat rm5.Dapat nasi ayam sebungkus.Sebulan pegi kerja jimat rm20.Boleh lah belanja kawan  3 orang makan nasi ayam tapi air bayar sendiri.Hihi.Dah macam duta T&Go pulak aku ni.Bukan apa,lagi satu korang sendiri tahu lah kalau pakai kad ni laju sikit perjalanan.Takkan lah korang sanggup nak beratur beli token hari-hari.Jenuh dik non oi.Membazir masa sangat.

Office aku tingkat 10.Yang best tu kau boleh jalan kaki pergi SOGO tengok sale hari-hari.Tapi sebab kau report bawah department audit,kau lupakan je lah angan-angan kau tu nak ber shalala kat SOGO tu.*nangis tepi bucu katil*

Masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 8.30 malam.Tapi sebab aku selalu buat muka sedih dan muka kesian kat senior-senior aku,maka aku pun dapatlah memboloskan diri awal sikit daripada tu.Hahahaha.Keluar rumah gelap balik kerja pun dah gelap.Gelap masa depan kau dik.Hahahaa.Tapi tu belum sampai waktu peak lagi.Bulan 3 dan bulan 4.Mau kau bungkus baju tidur kat office sebab nak kejar deadline.Tapi betullah apa yang selalu dicakap oleh lecturer dulu.Kalau jadi auditor ni,jangan mimpi nak kawin awal atau dengan bahasa yang tidak berlapik jangan mimpi nak kawin langsung.Buktinya bukan  setakat staff kat sini je bujang,staff kat tempat batchmates aku intern pun majoritinya masih membujang.Lepas habis intern ni memang tobat dah aku nak masuk department audit lagi.Tapi kalau rasa memang tanda-tanda orang nak masuk meminang tu masih jauh je lagi,aku rasa memang layak lah keatas diri ini untuk disumbatkan ke dalam sana.Hahahaa.


Sebenarnya dah banyak hari jugak aku termenung memikirkan keberdikarian aku ni.Dahlah duduk sini sorang pun aku tak kenal,dekat tempat kerja pun sama tak kenal siapa-siapa. Gila nekad  jugak aku ni survive kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni sorang-sorang. Tak boleh nak begantung kat siapa-siapa pun.Fuhh.Tu yang baru praktikal seminggu dah kira kat kalendar bila nak habis nye.Hekhek.Apepun selamat menempuh dunia yang serba baru ye kawan-kawan semua.Semoga semua boleh membawa diri dengan  cemerlang dan jayanya.Kita jumpa masa hari presentation and hantar report nanti. :)

Tuesday, January 19, 2016

HIKING WITH BAE



Eksited nak hiking punya pasal,pkul 3 pagi sanggup ku redah air nak mandi.klu nak gi kuliah pkul 11 pagi pun masih lemau nak mandi. Huhuu.Pagi tu kitorg bertolak pukul 4.30. Dalam kul 5 sampai lah kitorang kat Bukit Broga tu.Parking kereta,amik beg masing-masing, pastu kitorang pun start hiking.Amaran.Jangan lupa stretching dulu sebelum naik ye.Kalau degil..tunggulah akibatnye ye.Hahahaa.

Baru 10 minit,aku dah semput weyh.starting point pun tak sampai lagi.Mana tak semputnya,diorang jalan laju bapak kot.Kaki hamba ni dah lah pendek.Kalau ikutkan diri,dah lama aku patah balik.Aku pun pusing ke belakang..tiba-tiba..ok,baru pukul 5 pagi kot.Gila kau nak redah gelap hutan tu.Terus tak jadi nak balik.Hihii.

Maka bermulalah sesi sambut-sambut tangan.Hahaa.Dah macam bawak nenek tua pun ada.Kejap-kejap aku tanya,weyhhh,lama lagi ke nak sampai.Diorang jawab dah dekat dah.nampak tak bintang tu.Aku tanya kali kedua.jawapan diorang sama jugak.Tanya kali ketiga.jawapan diorang tetap sama.Kali keempat,aku tahu memang sah diorang tipu aku Hahaa.Tapi nampaklah diorang sabar je melayan kerenah aku.sweet kan dapat kawan macam diorang-diorang ni.

 

Dalam setengah jam meredah,akhirnya sambai jugak kitorang kat 1st peak.Yuhuuuuu.Happy gile kate kau.Angin pagi dari puncak memang perghhh.Membelai jiwa dan raga.Tak caya cuba sendiri.

 

Dan hidup ni pun ibarat mendaki gunung jugak kan.Nak sampai ke puncak tu bukannya mudah,adakala kita akan jatuh,tapi tak kisah lah nak jatuh tersungkur ke jatuh meniarap ke jatuh terlentang ke jatuh terguling-guling ke yang penting jangan jatuh kat hati saya pulak.Ehh.

Lepas je solat subuh kat atas puncak tu,kitorang pun bukak bekal sarapan sambil nak menunggu matahari terbit.Hmm.Beruntung kau wahai nugget boleh sampai puncak bukit broga.Hahaa.

Sebab perut pun dah rasa lapar,pukul 9 kitorang gerak turun dari puncak.Rasa nak nangis gak lah bila intai bawah tu kan.Dalam hati macam nak call je doraemon sekarang.nak pinjam pintu suka hati dia tu.Tengah turun tu kan tiba-tiba ada jumpa couple ni berhenti kat tepi.Pastu awek dia tanya,kak jauh lagi tak nak sampai puncak. Mentang-mentang lah dah selamat turun,aku pun saiko je cakap tak dik,sikit je lagi.Dah nak sampai tu.*dalam hati gelak dah macam setan.kesian kau dik kena tipu dgn hakak*

 

sebenarnya  kami bukan suka-suka je pergi broga ni. Sebagai tanda dan bukti persahabatan kami yang awesome ni. kami dah janji yang kami semua akan berjumpa balik kat sini dalam masa 5 tahun dari sekarang.Tak sabarnya weyhh.Mesti masa tu ada yang dah berfamily.Dah ada baby comel-comel.Auwwww.Tak sabar nak hug semua orang. ;’)

Save the date ebelibadi!  14 Januari 2021



Monday, January 18, 2016

Tuhan,jagakan dia untukku (Part 2)


WAN-He is quite gentle lah dalam ramai-ramai tu.Kalalu mintak tolong dengan dia tu mudah je.Terima kasih wan sebab tolong aku selama ni.Aku doakan kau jumpa jodoh yang sopan macam kau jugak. Hihii.

HAMBALI-please jangan mention makanan depan dia.Tengok je badan kecik tapi kalau bab makan.Hmm.suka sangat.Kata nak ajak keluar makan minggu depan,harini dia dah cakap lapar.Kalau kena pergi talk ataupun ceramah,soalan dia yang pertama ada makanan disediakan tak?Hahaa.Dia sangat suka bawa gula-gula mentos pergi kelas.Sekarang,bila aku nampak gula-gula mentos kat kedai,mesti aku akan terus teringat kat dia.

SALAM-yang ni memang edisi model dalam magazine.Baju dia susah nak kedut weyh.Kadang dah petang pun maintain je lagi weyh.Kitorang tertanya jugak,memang dia ni 24 hours ke macam ni.Ni kalau ada anak ni memang awal-awal lah aku jodohkan dengan anak aku.Hahaa.

MIRUL- Thanks mirul sebab sudi jadi pendengar yang baik dan tentunya the best part is rindu nak dengar nasihat-nasihat kau.lagi yang aku suka pasal kau sebab kau ni jenis yang terus terang.Ape kau nak cakap,kau cakap je.No lapik-lapik.Sampai aku pun kau label sebagai SLOW kann.Tapi in fact,aku memang slow pun bab nk faham lawak orang ni.Buku lawak kampus tu pun aku sempat baca sampai mukasurat 10 je lepastu adik aku terus sorok sebab dia geram tengok aku tak gelak langsung.Hmm.nak tanya ni,rahsia kita pergi karaoke tu masih nak simpan lama lagi ke?Hahaa.

ASYRAF DAN FAIZ-kami kat sini tak panggil dia asyraf,kami panggil dia Mat Sang.Sejarah nama?Boleh PM tepi.Hahaa.Dia ni peminat vespa.Haritu nk suruh dia dtg rumah amik barang,bunyi dia dah sampai dulu dari tuannya.Hahaa.Dia camne eh?Dia ok ok je..tak banyak buat hal...dengan aku lah.Dengan yang lain no komen.Hahaa.Faiz ni pulak tak banyak cakap.Dia akan keluar suara pada masa-masa tertentu sahaja.Suka membawa diri sorang-sorang.aku pun nak tanya jugak.Kau kenapa faiz?*Maka cengkerik pun mula mengeluarkan bunyi-bunyian menemani malam yang sunyi*

RAIMIE-Hahaa.ok.yang ni geng gaduh zaman dulu-dulu.Perang mulut ni rupanya lagi dahsyat effect dia dari perang guna senapang.Kalau guna senapang,tembak terus mati.Kalau guna mulut memang tak sampai tahap mati tapi luka dalam berkurun nak sembuh weyh.Cipta rekod setahun tak bertegur.Mungkin setahun tu cukup untuk masing-masing menilai diri dan membaiki kesilapan lampau.Daripada hai hai sahaja,jadi hai nak tanya..pastu jadi hai nak mintak tolong..hai,kawan je lah weyh!Hihii.So,lepas dari tu,dia dah tak cari pasal macam dulu.Kitorang pun kawan macam biasa sampai ke hari ini. Ada kawan aku siap cakap,hebat lah kau boleh ubah dia sampai macam ni.Tak lah,semua tu kan dengan izin Allah..Alhmdulillah kann.

FARIS-Yang ni tak leh nak lebih-lebih.Taken dah.Hahaa.Tapi dia ni lah ada je modal nak dicakapnya.Kasut aku macam princess lah,Baju dengan tudung tak match lah,botol air besar sangat lah.Pastu ade je modal nak melawak kat kelas tu.Kalau tak de dia,sunyi sepi agaknya kelas tu kann.Thanks faris sebab suka buat lawak walaupun kadang-kadang kena marah balik dengan kitorang sebab bising.Hihii.

HANAFFI-sedar tak sedar habis dah dua tahun tu.dan tak sangka kan masing-masing dah nak grade?Terima kasih sebab pernah jadi kawan aku.Dan aku harap kau masih sudi untuk terima aku sebagai kawan kau untuk masa akan datang.bila lagi kau nak bawak aku pergi makan sate ye..

Bila kita belajar menerima dan sentiasa percaya pada keindahan disebalik sebuah persahabatan.kita pasti akan rasa takut untuk sebuah kehilangan.5 years friendship and still counting :)

Saturday, January 16, 2016

Tuhan,jagakan dia untukku. (Part 1)

01.09.2012

Pada tanggal tarikh ini,aku ditemukan dengan mereka yang ku gelar sahabat.Duhai sahabat,darimu aku belajar erti sebuah kasih sayang.Darimu juga aku belajar untuk menjadi kuat.Kau pun  terus sabar dan sentiasa menemani aku untuk mewarnai hari-hari kita.Kita ketawa,kita menangis,kadang-kadang jasad kita rasa kita dah memerlukan antara satu sama lain,kita cuba untuk menjauh,tapi hati selalu memujuk.Sabarlah duhai diri.Kita semua tak sempurna. Dunia tak jadi indah andai hanya  dipenuhi satu warna.Begitu juga dalam persahabatan, ianya akan jadi jauh lebih indah jika awak sentiasa dekat dengan saya.

Sebabnya…

macamana saya nak mewarna kalau semua pensil warna saya awak dah bawak lari?

Walaupun awak semua rasa kisah perjalanan hidup kita ni tak seindah drama-drama dalam televisyen,tapi saya tetap yakin yang Allah dah siapkan sebuah jalan cerita yang sangat menarik untuk persahabatan kita.Bukan untuk yang dulu je,tapi jugak untuk yang akan datang.

Untuk Ili,aku doakan kau dipanjangkan jodoh dengan dia.Nak sangat tengok korang duduk pelamin sama-sama.Garang tu boleh dah kot kasi slowdown sikit.Hahaa.Saya pun gerun jugak kadang-kadang.

Hanis dan syir,aku tahu korang boleh pergi jauh lagi.Sebab korang rajin belajar bukan macam aku.Hihii.Semoga berjaya capai cita-cita yang korang impikan.Please keep yours kelakar part ya.Huhu.Mesti lepas ni aku akan rindu punya.Wish you all the best.Jiayou!

Untuk Fatin yang sentiasa caring dengan aku walaupun kadang-kadang terpaksa tahan sabar tengok perangai giler aku.Aku rasa suka bila tengok kau buat muka annoying tu..Lepas ni jangan buat muka macam tu kat orang lain,mimik muka tu special untuk aku sorang je.Aku harap supaya kau jumpa kawan baru yang spesen macam aku.Hahaa.

Nisah,aku akan sentiasa menantikan saat tandatangan kau berada diatas duit kertas aku.Nanti dah jadi gabenor,kerja baik-baik,jangan asyik nak tengok movie je.Hihii.

Ain dan Sue,sori sebab aku lupa cita-cita korang nak jadi apa.Hihii.Maafkan aku please.Apepun aku doakan korang berdua success dan dipertemukan jodoh yang baik dan soleh.Move-on is not the best part but forgiving and accepting is much better because it is the sign of a gentle nature. Don’t go for revenge because it is the sign of a savage nature.

Buat Sha,Izzah dan Nik yang petah berkata-kata.Teruskan berjuang.Keep your head up and stay focused on the end goals.Lepas ni rindu lah nak dengar korang kecoh-kecoh macam kat kelas tu.

Ulayya,Linda dan Bibah jaga diri baik-baik.Seorang kat johor,sorang lagi kat Pulau Pinang,Yang lagi sorang kat Kedah.Lahai,jauhnya lah aku nak melawat.Tapi takpe,kenduri korang nanti in sha Allah aku sampai.Yeay!Boleh jalan-jalan honeymoon sekali.Hihii.

Lets growth old  together. :’)

Saturday, January 2, 2016

Goodbye


Bila dah nak berpisah ni,masing-masing nak rebel.Nak ajak keluar pun payah kate ko.Nak ajak pergi makan pun kena research sampai seminggu.Banyak pulak syarat dia.Kalau ikut aku,dah lama aku heret je kome gi makan kfc tuh.Hahaa.*kejam tak kejam lah kan*

Dan sebab akulah  insan yang selalu timbulkan idea untuk berlepaking ni,jadi dengan rasmi tak rasmi lah kan aku dinaik pangkat jadi pengarah.Maka bermulalah episod Rambut aku dah habis gugur ke?

Bila dah kata nak keluar makan tu,memang idok le makan je.konfim nak ada aktiviti lain jugak untuk take part dalam tu sekali.Proses mengambil kesempatan pun haruslah bermula.Takde maknenye aku nak lepaskan korang balik lepas perut korang tu kenyang.Hahaaha.

Korang tak nampak ke kasih sayang aku pada korang? Aku nak kita semua ada kenangan.Kenangan yang boleh kau cerita kat anak cucu kau bila diorang membesar nanti.Unless lah korang nak jadi datuk dan nenek yang garang smpi cucu nak duduk sebelah pun takkan berani.Atau korang terpaksa berpura-pura garang seumur hidup sebab tak nak bagi anak cucu korang tanya macam-macam kisah zaman muda korang sebab korang memang takde cerita best pun untuk dikongsi.Masa tu tolong jangan wassap aku cakap kau menyesal.Tak de guna dah.Aku biarkan je blue-tick tu.Hahaaha.

Sebab tu bila orang ajak aku keluar,aku selalu on kan je.Tak perlu lah weyh berlakon jadi tua pada saat-ssat muda kau.Enjoy your life selagi kau mampu.Sebab hanya kenangan tu je yang boleh  teman kau.menjadi penguat diri kau bila orang-orang yang dalam kenangan tu telah pergi tinggalkan kau.Seriusly,kau tak dapat rasa sekarang.Tapi one day aku jamin kau akan..

Kawan,seburuk mana pun perangai yang kau ada,aku takkan pernah menyesal untuk anggap kau sebagai kawan aku.

Nak tahu kenapa?

Sebab aku tahu korang tak berpura-pura jadi diri korang dan yang paling penting korang nampak kiut dengan cara macam tu.Ecewahhhh.

Soon,masing-masing akan membawa diri.mulakan kehidupan masing-masing.Aku akan pasti sentiasa rindukan saat-saat kita bersama. Doa pada Allah,moga kita akan dipertemukan lagi. :’)

Friday, January 1, 2016

Azam 2016


Hi,selamat tahun baru semua.Apa azam tahun baru korang?Hihii.Sibuk je kan nak tahu orang punye.Jujurnya I tak ready pun lagi nak melangkah ke tahun baru.Hmmm.Hati masih sayang 2015 katenye.Cerita pasal azam.Aku ada azam ke weyhhhh?

Azam aku satu je.Nak cari suami bernama Azam.Yeayy!Eh.Sbenarnya azam aku tahun ni adalah utk menjadi online businesswoman yang berjaya.Ecewahh.Sejak-sejak ada permintaan untuk buat bunga tangan ni kann,I pun rasa macam TERkena lah dgn jiwa ni.Hee.Dengan harapan supaya hati pun akan dipenuhi bunga-bungaan lah kan bila dah duduk dikelilingi bunga ni.Takde lah asyik dipenuhi dgn lalang dan rumput je kan.= =”

Azam nak kurus?Emm.lupakan je lah.Hahaa.*sambil suap pizza masuk mulut*

Lagi satu,I nak cakap lah kan,kawan-kawan I semua dah nk dapat baby.Bestnyeeee.Tapi saya tak de lah nak salahkan awak sebab datang lambat kan.saya bersyukur jugak sebab saya pun tak ready lagi. Awak nak ke dpt isteri yang pemalas ni.Nanti semua kerja awak yg kena buat.Saya nak duduk depan TV je sambil main candy crush. Lagi satu,klu awak nak tahu,baby klu jumpa saya konfim menangis meraung-raung.So,boleh lah kot saya conclude sendiri muka saya ni garang macam mak tiri.Hekhek.

Hey,semalam dua kali saya mimpi saya dapat cincin.Awak nak sampai dah ke?Nnti jangan lupa misscall okeyy.

Selamat tahun baru semua.apepun azam dan goals anda,moga semuanya dapat dicapai dengan jayanya. :)

Lagi satu,terima kasih sebab setia untuk baca sampai habis!Hekhek.