Jumaat 28/4/17
10.15 mlm
Aku,Fatin,Hani dan Wan D bertolak ke Ipoh.Sebabkan
masing-masing penat dari tempat kerja kitorang punya tiket pun dah lambat pukul
10.30 memang masing-masing masuk ETS je target nak tidur.Tapi alihnya Wan D
dengan Hani je yang tido.Aku dengan Fatin buat catching up session sebab bulan
ni masing-masing sibuk sangat sampai tak sempat nak jumpa langsung walaupun
tempat kerja sentul – masjid jamek je.Sampai je Ipoh,Sue jemput kitorang.Fatin
dah mula bukak drama, cakap dia tak dapat tido sebab aku paksa dia dengar
cerita aku.Haha.Sampai je rumah sue,Hani dengan Fatin cepat- cepat lari masuk
bilik.Tak sanggup lah tu nak dengar aku bercerita lagi.Haha.Yang kau ni pun nak
bercerita tak beragak.Pukul 1 pagi dah kot masa tu.Esok pagi nak kena bangun
awal nak pergi wedding pulak.Tapi aku tak ngantuk dah.Last-last Sue yang teman
aku borak sampai pukul 2.30 pagi.Itu pun sebab sue tak sanggup tengok aku
mumbling sorang-sorang sambil tengok syiling rumah.
* * *
Sabtu 29/4/17
6.30 pagi
Sebab aku da tak boleh tido,aku duk kacau semua orang suruh
bangun subuh.Fatin memang dah tak mampu nak kata apa lah dapat kawan terlebih
bateri AAA macam aku ni.Haha.Pukul 9 pagi Wan D pun sampai depan rumah sue
untuk pick up kitorang.Sebelum sampai sungkai tu,kitorang singgah Mydin dulu
sebab Wan D ngan Hani tak prepare hadiah untuk pengantin lagi.Then after settle urusan hadiah,kitorang pergi pick up Kak Ain
dekat KTM sungkai sebab Kak Ain gerak pagi dari kl.
12.30 tengahari
Cun lah pulak sampai rumah
pengantin ngam pukul 12.30.Pengantin pun baru nak berarak time kitorang sampai
tu.Then,bagi hadiah,makan-makan,tangkap gambar,dah penat kitorang pun gerak
balik.Kasi can lah pengantin nak rehat.Masa kitorang balik tu pun,kat khemah
tetamu memang dah kosong takde orang.Nasib baik tak kena halau.Hahaa.Ingatkan
petang tu nak singgah Air Panas Sungai Klah tapi tengok langit cam nak
hujan,jadi kitorang pun tukar plan B.
Selamat Pengantin Baru buat Dini & Muz. * * * |
4.30 petang
Tadaa!kitorang dah sampai Kellie’s Castle.Kellie’s Castle ni bukak sampai pukul 6 je.Nasib baik kitorang ada sejam lagi sebelum waktu melawat tu tutup.Kalau tak,tido lah kat situ tunggu kaunter bukak esok pagi.Kasi lah can orang Ipoh nak membongak.Dia kata ni lah Taj Mahal Perak.Iye kan je.Risau nanti kalau tak iye kan ada yang malam ni kena amik bas balik sendiri. :P Tiket masuk dia harga RM5 seorang kalau tunjuk Mykad.
Tadaa!kitorang dah sampai Kellie’s Castle.Kellie’s Castle ni bukak sampai pukul 6 je.Nasib baik kitorang ada sejam lagi sebelum waktu melawat tu tutup.Kalau tak,tido lah kat situ tunggu kaunter bukak esok pagi.Kasi lah can orang Ipoh nak membongak.Dia kata ni lah Taj Mahal Perak.Iye kan je.Risau nanti kalau tak iye kan ada yang malam ni kena amik bas balik sendiri. :P Tiket masuk dia harga RM5 seorang kalau tunjuk Mykad.
Eh,lupa nak intro,nilah barisan superhero kami masa kat Ipoh.Import nundari kl untuk escort kitorang.Tak tahu mana yang taken mana yang single,kalau nak,boleh tanya sendiri lah.Hahhaa. |
Kak Ain,Sue dan Hani. ;) Fatin dan Kila tengah bizi setting camera cari angle cantik.Hehee. |
Intai jodoh tak sampai lagi ke bang? ;P |
* * *
8.00 malam
Malam tu kitorang gi lepak kat Kafe Kontena Akhil Hay.Makan
sampai muntah hashtag dia.Banyak gilossss makanan kat situ weyh.Ok,bab makanan ni
tak boleh describe lama-lama.Nanti korang baca,pastu korang lapar,habis aku
nanti kena belanja korang makan pulak.Hehee.Ingat nak singgah berjalan lagi
malam tu,tapi sebab semua dah tak mampu nak bawak perut,kita balik je lah
sambung ronda esok pagi.
Disclaimer: Gambar ni ditangkap sebelum makanan sampai.Lepas makanan sampai komfim semua tak heran nak tengok kamera. |
* * *
Ahad 30/4/17
7.30 pagi
Aku ngan Sue keluar cari breakfast untuk pagi tu.Elok je
bersila nak makan.Wassap masuk cakap Wan D jemput sarapan kat rumah
dia.Kitorang pun berhuhuhu je lahh tengok roti canai dalam pinggan tu.Apa
kitorang buat kat roti canai tu?Sumbat je lah dalam perut.Takkan nak buang
kot.Pandai lah adjust space dalam perut tu nak bagi muat nasi lemak pulak jap
lagi.Hahaa.Ni jap lagi kalau bot tenggelam tau lah sapa punca nya.Dah sampai
rumah Wan D,kitorang pun try call Wan J and the geng.Pelik jugak lah sebab
diorang tak sampai lagi.Call punya call masing-masing tak berangkat.Hmmm.Baru
tahu rupanya bilik hotel diorang takde air pagi tu.Sejam jugak lah kitorang tunggu
diorang siap.Sempatlah habis satu jag besar teh tarik.Lambat lagi mahu kitorang
ke dapur bancuh lagi satu jag.Huhuu.
* * *
11.00 pagi
Selamat tiba di Taman Rekreasi Gunung Lang.Nak ke taman dia kena seberang naik bot dulu.Tiket dia RM3 untuk dewasa.FOC untuk kanak-kanak bwh 12 tahun.Kat situ boleh lah nak bagi ikan makan-makan.Weyh,gemuk gilosss ikan dia.Kuat betul selera makan ikan-ikan kat sini.Sapa yang ada masalah tak lalu makan tu bolehlah ikhtiar,try campak kan ke dalam ni.Mana tahu selera makan bertambah. :P
Selamat tiba di Taman Rekreasi Gunung Lang.Nak ke taman dia kena seberang naik bot dulu.Tiket dia RM3 untuk dewasa.FOC untuk kanak-kanak bwh 12 tahun.Kat situ boleh lah nak bagi ikan makan-makan.Weyh,gemuk gilosss ikan dia.Kuat betul selera makan ikan-ikan kat sini.Sapa yang ada masalah tak lalu makan tu bolehlah ikhtiar,try campak kan ke dalam ni.Mana tahu selera makan bertambah. :P
2.30 petang
Orang kata Nasi Ganja famous kat sini.Sekali pergi panjangnye lahai barisan weyh.Nasi Ganja tu apa?Nasi Ganja tu Nasi Kandar Ayam Masak Merah.Eh,betul ke orang Ipoh?Hehee.Hashtag sis cuba je.Tapi sebab tiket ETS Kak Ain pukul 3.30 ptg,jadi kitorang
cancel je lah makan kat situ.Kitorang try Nasi Kandar Salim.Kedai dia
dekat-dekat je.Nasi penuh pinggan.Ayam besar.Siap sayur cuma RM5.70.Itupun nasi
separuh + ayam separuh selamat masuk
perut Husni.Tak mampu weyh nak habiskan.Wahhhhh!Nak pindah Ipoh lah cenggini.
* * *
5.00 petang
We have Laksa Telur Bersarang here!Harga dia Cuma RM4
semangkuk.Murah kan kannn?Kat KL telur mata kerbau pun dah RM1.50.Hahaa.Jakun
pulak jumpa makanan murah.Fatin belanjo Durian Crepe.Fuyyoooo rasa durian meletop.Buktinya 3 kali sendawa bau durian.1
kali sendawa bau laksa.Hahaa.Kedai makan ni tak silap bukak dari tengahari sampai pukul
7 petang je.So,sapa nak try kenalah serbu awal hokeyyy!
Laksa Telur Bersarang + Durian Crepe :) * * * |
8.30 malam
Masa makan laksa petang tu kitorang dah cakap.Dapat makan
laksa,malam ni kena pergi Kinta Riverfront pulak main basikal.Lepastu
masing-masing duk cari alasan.Buat muka comel dengan harapan kitorang akan
cancelkan plan main basikal tu.Haishh,ni hakak sado lah.Tak jalan taktik
macamtu.Hahaa.Masa nak tempah basikal tu lagi lah,sumpah kelakar tengok muka
nervous korang.Adoi,dah macam muka adik-adik tunggu turn nak bersunat dah.Nasib
je kitorang tak snap gambar.Kalau tak boleh buat bahan 7 keturunan.Ingatkan nak
nervous sampai balik rupanya sekali dah main,lagi eksited dari kitorang. :p
Yang tinggi tersangkut bumbung,yang rendah tak sampai kaki.Adoi.Macam-macam.Hahaa. |
* * *
11.00 malam
Diorang dah lapar lagi.Hahaha.Teman je lah diorang lepak
dekat area dataran MBI.Lagipun esok pagi nak balik KL dah.So,masa tunggu
makanan tu,Husni cakap nanti Kila bila pukul 12,aku pastikan semua orang kat
sini akan nyanyi lagu happy birthday kat kau kuat-kuat.Aku pun ok kan je
lah.Sekali dah pukul 12,aku tengok mata dia dah separuh je bukak.menyanyi pun
suara pun dah macam angin.Hahahaa.Alahai abam strawberry lover ni.Tahun ni
sambut birthday tak pakai kek tapi pakai Dim Sum.Why should I have a cake when
there is nothing sweeter than you!
Sue jangan sedih-sedih.Nanti kitorang datang lagi okeyhhh. :) |
Seriously, I am really enjoying every second that I had with
all of you.Dalam ETS masa balik tu aku tido je sebab tak nak nangis.Sampai
KL,langit dah tolong nangiskan untuk aku. T.T
Wishing all the best in your career!
Wishing all the best in your career!
See you when I see you. XOXO.