Friday, July 28, 2017

PIBEDAY ZEK

Hai Zek! (read: Syaza Syahirah)

P/s: Nami nak call tapi zek tengah celebrate dengan family.Its okey. Have fun Zek.Nami dah ngantuk.Esok (read: pagi ni) pun kena kerja.Nanti nami free, nami call okey.Selamat membaca bebelan nami yang merapu ni.

Gambar tak perlu masuk dalam post ni sebab Zek is taken.Hehe.Nami tak nak bertanggungjawab dalam sesi rampasan haram ni.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-24 sayang.Rasanya memang kita tak pernah pun sambut birthday berdua walaupun dah 6 tahun kenal.Haaha.No tipikal bunga. No tipikal coklat.No tipikal belon belon. Zek budak baik. Hadiah pun tak pernah mintak. Nami pun baik jugak. Nak mintak hadiah,tapi 24 tahun hidup, tak pernah nak ada birthday wishlist. Harini nampak baju cantik nak baju. Esok nampak beg cantik nak beg.Tiap hari nak hadiah. So, tak yah lah bagi hadiah birthday kat nami. Birthday Nami akan jatuh pada hari-hari dimana Nami diperangkap dan dibawa ke shopping mall.Mungkin dalam setahun tu adalah 148 kali sambut birthday.Sempatlah kita kawin nanti collection handbag sayang dah ada 200 jenis. Baju je dah ada 6 almari. Kasut dah ada 120 pasang.Masa tu pun rasanya sayang dah tak larat nak shopping.Haaha.Kalau malas nak bg hadiah pun boleh recycle collection yang sayang dah ada. Tinggal letak dalam kotak ikat riben. Rasa sayang pun boleh tertipu. Hahaa. Itu Nami dan bukan Zek.

Zek kalau masuk super market. Plishhhh jangan berangan kau nak window window dari tempat barang basah ke barang make up. Belok kiri menuju ke kawasan baju. Belok kanan ke kawasan makanan ringan.Dah penuh troli baru terbuka hijab nampak kaunter bayaran. Zek kalau dia shopping, dia cakap nak beli sos cili dengan susu dutch lady dengan garam. Memang itulah yang dia akan bawak sampak ke kaunter. Akhirnya kau pun menangis tersendu sendu sambil kesat hingus kat baju akak cashier tu.

Zek bila dia wassap kau cakap ajak makan, tu maksudnya dia lapar tapi tak tahu nak makan apa dan kat mana. Kau yang sama kebulur tu pun buat muka kool sambil berfikir secara rasional kat mana tempat makan yang sesuai untuk seorang zek.Maka selalu lah berlaku kejadian mencurigakan dimana dua wanita diva didapati sedang berkeliaran di roundbout dan traffic light sekitar Bandar Baru Nilai.

Zek ni rajin budaknya. Nami ni pulak seketul budak yang malas nak study.Kalau Nami study. Nota dia paling tebal 10 helai utk satu semester dengan pen sebatang.Tapi Zek, dia punya study pen highlighter dia je dah ada 20 batang.Buku dia je dah separuh dari berat aku.Aku budak akaun tapi Zek budak kimia. Tapi bila study week, kitorang akan study bersama.Tak study mana pun kalau dah nami jumpa dengan zek ni.Sikit sikit pot pet pot pet. Pastu lapar tutup buku cari kedai makan.Hehehee.Nasib baik dua dua ketul dah selamat grad. selamat pengantin baru je belum lagi. Eh.

Zek,pengalaman dia bercinta 7 tahun. Aku pengalaman  bercinta 7 hari pun belum lepas.Ada sekali tu dia gaduh.Gaduh punya gaduh dia tinggal i phone dia kat laki tu. Lepas tu dia blah. Nangis-nangis datang rumah aku cerita yang dia tumbuk laki tu. Aku tanya, habis i phone kau mana sekarang ? Tau dia jawab apa, mi, tolong aku amik balik i phone tu boleh tak.lol.Gigih lah aku nak kena mesej housemate laki tu semata nak amik balik i phone tu.

Zek ni kalau tengok wayang. Dia dua je,samada nak tengok cerita English yang sampai lapanbelas siri tu atau dia akan pilih untuk tengok Cartoon.Nami lah selalu kena paksa tengok cerita lapanbelas siri dia tu. Avengers lah. Fast and Furious lah. Gila kau, dari siri 1 tak tengok. Tiba beli tiket tengok siri 8 terus.Memang google pun tak faham lah.Maka Zek lah yang gigih akan cerita balik siri-siri sebelum tu dan jugak memperkenalkan semua watak dan para pelakon cerita tu.Gigih kan seorang Zek ni.Sekarang aku dah tak pergi wayang.Dengan alasan hmm, dah besar lah zek.Tapi bila zek naik KL ajak jugak tengok wayang.Ngeh, ok, kita masih remaja Zek. Haaha.

Terima kasih Zek sebab selalu jadi uber untuk nami ke sana dan kesini.Dekat KL ni MRT ke ikea dah siap.Bolehlah Nami nak makan meatball hari-hari.Terminal TBS pun masih kukuh tegak terpacak.Tadi dah cek tiket ke Muar masih ada.Makin kelam lah harapan Zek nak tengok Nami drive bawak Zek jalan-jalan.Huhuu.

Terima kasih Zek selalu tak menghampakan harapan nami untuk tengok makanan yang dia masak habis licin dimakan orang.Dekat KL ni sudip mahal. Kuali pun asyik out of stock je.Resepi nak goreng telur pun nami dah lupa. Nami rasa dah give up untuk memasak. So nye, Nami mengambil keputusan untuk jadi pelanggan setia sushi king, nandos, dakgalbi, texas dan senagkatan dengannya disini.

Banyak lagi perubahan Nami kat sini. Cuma satu je yang masih belum nampak perubahn iaitu komposisi lemak dalam badan Nami. Nak buat fat donation, tapi belum ada NGO yang uruskan.

Hai Zek, sempena menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 24, aku doakan semoga kau sentiasa bahagia dan gembira selalu. Terima kasih sebab pernah dan selamanya jadi kawan, teman dan sahabat yang baik untuk aku.Andai di beri Zek yang kedua. Ia pasti takkan sama dengan Zek yang pertama aku kenal dalam hidup aku.Zek yang sentiasa membahagiakan, menenangkan,menguatkan dan yang  selalu membuat nami tersenyum menghadapi hari-harinya.

Thanks for everything dear! Maaf sebab tak selalu ada bersama.

Kalau tak dapat jumpa lagi kat dunia. Jumpa kat syurga nanti jangan lupa hallo hallo tau! Hehee :)

Yang jauh,
(Nami yang berusaha untuk jiwang demi zek.)