Tuesday, May 23, 2017

SEKETUL BUDAK NAKAL

Bila duduk sorang kat rumah ni.sunyi nya lah rasa.Kalau boleh sekarang jugak nak balik kampung. Duduk je bawah ketiak mak abah. Bestnyeeeeee! Kalau nak diingat memori zaman kecik, bermacam rasa ada. Lagi-lagi sebab aku yang banyak buat perangai ni. Akulah taiko besar kt rumah tu. Kalau jadi je kes, mak abah dah tahu dah nak rotan sapa dulu.

Dulu mak belikan baju kurung nak pakai raya pertama. Mengamuk aku nak gaun kembang paras lutut ala-ala princess tu.Harapnya besar bolehlah jadi princess tapi hampeh.Dah lah gemuk.Pendek pulak tu. Hahaaa.Tu lah akibat melawan permintaan mak.Ntah2 kan memang dari hari ko rebel tu lagi dia dah terdetik kt hati dan  berdoa biar ko gemuk sampai besar. Biar ko dah tak boleh pakai gaun sampai bila-bila. 😂

Dulu berebut remote TV dengan kakak sebab nak tengok kartoon.Tau apa aku buat.Aku gigit tangan dia sampai biru berbekas.Jelas boleh kira aku gigit dia pakai berapa batang gigi. 😅

Dulu aku dengan adik laki aku pulak kitorang memang tak boleh jumpa. Jumpa je gaduh. Jumpa je gaduh. Satu hari tu, elok aku tengah kejar dia *ok, masa tu kurus lagi* Pappp. dia jatuh tergelincir sebab ada air kat atas lantai masa tu. Lari tulang bahu dia. Haha.

Sungguh aku ni seorang yang adil lagi saksama.semua adik beradik aku berdebar tunggu turn diorang. Yang ni pulak kes tak dapat durian punya pasal. Malam tu aku mintak abah beli durian. Tapi abah tak nak belikan sebab dah malam.So aku pun duduk tepi tiang main gunting.*emosi mmg dh tak stabil dah masa tu* Mak dah bau.So,dia pesan kat adik perempuan aku supaya jangan dekat dengan aku.Tapi dia degil. Merangkak jugak datang kat aku.Nah.Berdarah tangan dia.Salah aku ke tu? Hehee. Tapi malam tu aku dapat jugak makan durian.Craving satisfied! 😀

Kalau nak ikut episod dia. Mau beratus episod ni. Belum episod aku tolak mak aku dari buaian sampai keguguran.Aku jatuhkan motor ayah aku kt sekolah tapi aku tak angkat balik.Aku sabotaj kawan aku biar takde orang nak geng dengan dia sampai mak aku suruh pindah sekolah. Aku gunting baju sebab nak baju baru. Aku campak botol susu kat muka nenek aku sebab nak suruh buatkan susu.Belum lagi dengan nak melayan habit pelik aku yang wajib minum air panas setiap malam sebelum tido.Dah lah tak nak buat sendiri. Lepastu suka pulak dia tumpahkan. Mak abah sampai fed up sampai diorang panggil aku Bok Pah. 😋

Tapi masa tu best, kalau cari pasal je, aku ada port baikkk nak selamatkan diri. Dulu aku dengan kakak ada bilik air sorang satu.Jadi tak kacau pun lah kalau aku menyorok dalam tu sehari hatta seminggu.Elok je aku dengar mak aku berdehem.

Lariiiiii!Lepastu mulalah mak dengan sesi menakut-menakutkan dia tu.Kata dalam tu ada katak lah.Ada biawak lah.Memang aku takut weyh. Tapi ada yang lebih menakutkan dari binatang tu semua. Tu yang kat luar yang tengah menunggu tu lagi menakutkan. Hahaa.Kalau iman aku tak kuat, aku keluar jugak konfim harini lauk aku biru.Dia punya cubitan tu perghhhh demam semua saraf.Tu kalau cari pasal masa pagi. Kalau cari pasal masa tengah malam. Hamik kau, abah angkat tinggalkan kat luar.Lepastu dia kunci pintu.

Terima kasih Allah sebab kurniakan aku kedua ibu bapa yang sangat menyayangi aku walaupun aku kerap kali menyakiti mereka.Semoga aku juga akan diberi kekuatan dan kesabaran untuk melayan kerenah anakku nanti seperi mana mereka bersabar melayan kerenahku semasa kecil. 😊

p/s: Harapnya anak kita nanti takdelah yang mewarisi perangai saya ye.Cukuplah mewarisi kecantikan saya, itu saya tak kisah.Hahaa. 😁