Saturday, November 11, 2017

Resepi 6 : Bihun goreng Singapore

Bahan-bahan

1/2 bungkus bihun - direndam hingga lembut dan toskan.
1 cawan udang basah - dibuang kulit (supaya mudah makan lah..
1 keping dada ayam - dihiris nipis-nipis
1 keping fish cake - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk lada hitam - saya guna yang kasar (kalau nak yg tumbuk sendiri pun boleh)
1 cawan taugeh - (saya tak boh sebab tak suka)
1 batang karot - parut kasar
2 sudu makan sos tiram
2 biji telur
1 cawan air
Garam
Serbuk perasa
Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

Cara memasak

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ke tepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan udang, ayam dan fish cake. Goreng sebentar, Masukkan air.
4. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, garam dan serbuk perasa.
5. Masukkan bihun, taugeh dan karot. Gaul sebati dan bihun masak.
6. Masukkan telur hancur tadi, gaul rata, tutup api dan masukkan ke dalam pinggan hidang.
7. Taburkan bawang goreng, cili merah, daun bawang dan daun sup. Juga hirisan limau kasturi.
8. Jika suka pedas, boleh juga dinikmati bersama cili hiris-kicap.

Resepi 5 : Mee goreng basah

Bahan-Bahan:

500gm mee kuning (celur 5 minit)
100gm ayam (bahagian dada; potong dadu
100gm udang kecil
100gm sotong kecil
Daun Kucai dipotong 2 cm (beberapa helai)
1 camca tepung jagung (bancuh dgn 2 sudu air masak)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap masin secukup rasa
3 sudu minyak masak
Garam (terpulang:biasanya tidak perlu)
Setengah cawan air masak

Cara Memasak:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bila naik bau letak ayam, udang dan sotong. Bila separuh masak, masukkan bahan sos diikuti air masak. Kemudian masukkan mee serta daun kucai. Kemudian, kicap dan akhir sekali bancuhan tepung jagung.

Resepi 4 : Mee goreng mamak

BAHAN-BAHAN :

Mee kuning 1 bungkus
Udang sederhana (buang kulit)
Bawang Putih(hiris)
Bawang Merah(hiris)
Kicap cair & pekat
Sos cili
Sos tiram
Cili Bo
Tauhu(digoreng dahulu)
Kentang(potong dadu & goreng)
Taugeh 
Daun Kubis
Tomato
3 biji telur(pecah & kacau)
Fish cake(hiris)
Cili(hiris)
Serbuk perasa Knorr/Maggi

CARA MEMASAK MEE GORENG

Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili bo sehingga naik minyak.

Then tambah sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap.

Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + daun kubis.

Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati.

Lastly masukkan tomato + taugeh + cili. Perasakan dengan serbuk perasa & kicap cair jika perlu.

Hidang bersama perahan limau kasturi + bawang goreng:)

Resepi 3 : Nasi goreng tomyam

Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi putih 
- ½ biji bawang besar, dicincang kasar 
- 4 ulas bawang putih, dicincang kasar
- 1 batang serai, dihiris 
- 1 biji cili merah, dihiris 
- 2 sudu besar pes tom yam Life
- 1 sudu besar kicap masin Life
- 1 sudu besar sos tiram Life
- 1 sudu besar sos ikan 
- Udang 
- Crab stick 
- Sayur campur 
- Garam 
- Lada putih 
- Daun limau purut

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, serai, dan cili merah. 
2. Masukkan pes tom yam, kicap masin, dan sos tiram; tumis. 
3. Masukkan udang dan crab stick dan gaul hingga masak. 
4. Masukkan sayur campur; gaul. 
5. Kuatkan api; masukkan nasi dan gaul hingga rata dan sedikit kering. 
6. Masukkan garam dan lada; gaul. 
7. Masukkan sos ikan dan daun limau purut; gaul dan tutup api. 
8. Hidang panas-panas dengan limau dan bawang goreng.

Resepi 2 : Nasi goreng cina

Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi putih
- 4 ulas bawang putih 
- 1/2 biji bawang merah 
- Ayam 
- Udang 
- 2 biji telur 
- Sayur campur 
- Garam 
- Lada putih 
- Minyak bijan 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak bijan. 
2. Tumis bawang putih dan bawang merah.
3. Masukkan ayam dan tumis hingga masak. 
4. Masukkan udang dan tumis hingga masak. 
5. Masukkan sayur campur; gaul. 
6. Masukkan garam dan lada putih; gaul. 
7. Masukkan telur, dan biarkan masak. 
8. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. 
9. Hidang!

Resepi 1 : Nasi goreng kampung

Bahan-bahan:
- 2 sudu besar ikan bilis
- 6 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- Dada ayam
- ½ ikat kangkung
- 1 sudu garam
- Nasi
- 3 sudu besar ikan bilis goreng

Cara-cara:
1. Blend ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
2. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan dada ayam dan kacau hingga masak.
4. Masukkan kangkung dan kacau hingga masak.
5. Masukkan garam dan kacau.
6. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
7. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul.
8. Siap untuk dihidang.