Friday, November 20, 2015

Buang masa


Hi,lama rasa tak menyinggan kat sini.agak-agak penyu pun sempat menetas dah.hihii.terlalu banyak sebenarnya cerita nak kongsi, tu yang sampai tak terkongsi tuu.Time flies so fast.harini rasa baru hari isnin.tapi esok tgk dah hari khamis.Bila masa makin cepat bergerak,kita pun kena lagi berkali pantas bergerak.kalau tak,kita juga yang rugi.bila masa terlalu cepat ni,mula lah rasa nak bukak quran pun tak sempat.nak solat sunat pun rasa tak cukup masa.

Kadang bila ada kuliah,mulalah terdetik kat hati.doa biar lecturer cancel kelas dengan niat nak siapkan esaimen.Sebab masa dah terhad sangat ni.Tapi bila kelas betul-betul cancel,ada pulak masa sempat nak tengok movie dalam laptop.Hihi.

Bila lecturer bagi esaimen lebih sikit,mula masing-masing datang merayu,bagi alasan ada program tu lah ini lah kerja lecturer lain bagi dah banyak sangat lah.Itulah sikap kita manusia penuh dengan alasan.Tiada masa merungut,bila diberi masa ia dibazirkan.

Bersyukurkah kita? Allah.saya pun bukan nye baik sangat nak nasihat orang lain,tapi saya selalu ingatkan diri saya bahawa setiap apa yang saya tulis di dalam ini adalah refleksi dan teguran buat diri saya sendiri jugak.

Syaitan itu amat suka untuk menampakkan kesibukan kita agar hubungan kita jadi semakin jauh dari Allah.Jadi mari sama-sama kita berdoa agar kita semua dijauhkan dari tipu helah mereka dan sama-sama berubah menjadi yang lebih baik.In sha Allah.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS. Al ‘Ashr)

Teman,saat air mata tidak dapat menahan segalanya.Mintalah pada Allah untuk pulihkan segalanya.Sesungguhnya Allah yang memegang setiap hati manusia. :)

*Homesick* T.T



Saturday, October 3, 2015

SEBELUM AKU BERNIKAH


CINTA yang sebenar-benar cinta itu adalah cinta cinta kerana Allah, Cinta yang hendak bersama hingga ke SyurgaNYA. Apa-apa yang membawa ke nerakaNYA itu bukanlah CINTA! Jadi bagaimana hendak bercinta sampai syurga? saya kongsiikan sedikit persoalan untuk kamu tanyakan pada diri kamu sendiri sebelum kamu melafazkan tiga perkataan hikmah “AKU TERIMA NIKAHNYA”

Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma’thurat) seperti Rasullullah?
Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
Adakah saya melazimi puasa isnin dan khamis?

Persiapan sebelum kahwin yang sebenar adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan.

Weyh,kalau lepas subuh pun asyik nak fikir sambung tidur balik.Kalau sarapan pun paling awal pukul 10.Kalau nak lipat baju pun tunggu berbakul.Kalau nak sapu rumah pun tunggu habuk tebal sedepa.Kalau kasut sendiri pun tak pandai susun lagi.Kalau orang marah pun kita selamba tengking balik.Kalau kawan mintak tolong pun kita berkira.Kalau nak telefon mak ayah tanya kabar pun sebulan sekali.Kalau dhuha pun asyik on off je dengan alasan iman tak menentu.Kalau ganti puasa pun nak tunggu berbulan-bulan baru nak ganti.Kalau duit pun asyik tabur merata entah apa yang dibelinya.Habis duit mintak mak pulak.

Eh,Banyak lagi rupanya yang aku kena belajar sebelum kahwin ni. Kalau nak harap ilmu didapur sahaja,memang tak layak lagi rasanya nak kahwin oi.Baik lupakan je lah cita-cita tu.

Sekian,

Keluhan dari seorang yang bernama akilah.