Saturday, December 5, 2015

JENIS TEPUNG

Tepung High Protein (Tepung Roti)
Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi.  Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan kek


Tepung Red Rose (Cookies Flour)
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies.  Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.  Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.  Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut


Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh.  Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan :  Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Hoen Kwee
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.  Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan :  Kuih-muih dan puding.

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu.  Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut. 

Sumber dari : http://citarasawan.blogspot.my/2010/07/jenis-jenis-tepung-dan-kegunaannya.html

Selamatkan kami



Hi,tambang ktm naik lagi.Hanya mampu berhahaha dan berhuhuhu.Aku yang bujang ni pun dah terasa panas dan sesak nafas dengan apa yang diannounce baru-baru ni.Dengan subsidi yang ditarik lagi.Allah,,nak mengadu pun tak mampu dah dik.Hanya mampu mengadu pada Allah supaya mereka-mereka itu dibuka pintu hati.Supaya hidup-hidup kami rakyat marhaen ini tidak diperkotak-katikkan lagi.Sungguh doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan oleh Allah.Cepat atau lambat,kita jangan pernah berhenti berdoa.

All the best pada semua yang tengah bersemput-semput untuk survive hidup. Demi anak kecil yang perlu disuap.Demi ibu ayah dikampung yang sudah kurang kudratnya.Buat diri sendiri yang terlalu kental jiwanya mengharungi penipuan demi penipuan.Yang kita tak tahu bila akan berakhir.

Allah kata ujian itu tanda kasih sayang pada hambanya.Selagi kau berpegang pada-Nya,In sha Allah janji Dia untuk beri kau bahagia dia akhirat sana itu memang pasti.Pesan pada hati,selalulah besederhana.kau tak perlu kain mahal untuk membalut tubuhmu.Tak perlu makanan enak untuk mengisi perutmu.Tak perlu rumah sebesar istana untuk tempat beradumu.Kerana kita melihat apa yang terhampar diakhirat itu jauh lebih indah.

Andai hati mula tewas lagi,pesankan padanya,Kita mahu rebut yang disana,bukan yang disini.Sungguh dunia ini hanyalah keseronokan yang penuh dengan tipu daya.

Beruntungnya kita,ujian kita tidak disaksikan dengan darah dan mayat yang bergelimpangan.Tiada tembakan mahupun pembunuhan.Bagaimana ujian Allah pada saudara kita di Syria? 

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

Sakit otak bila hidup dipenuhi hutang .Tabahlah wahai semua yang diuji.Allah sedang rindu pada rintihan kita.

*Nota kaki*
Money is not everything but everything needs money. Hmm