Hi,tambang
ktm naik lagi.Hanya mampu berhahaha dan berhuhuhu.Aku yang bujang ni pun dah
terasa panas dan sesak nafas dengan apa yang diannounce baru-baru ni.Dengan
subsidi yang ditarik lagi.Allah,,nak mengadu pun tak mampu dah dik.Hanya mampu mengadu
pada Allah supaya mereka-mereka itu dibuka pintu hati.Supaya hidup-hidup kami
rakyat marhaen ini tidak diperkotak-katikkan lagi.Sungguh doa orang yang
dizalimi itu akan dimakbulkan oleh Allah.Cepat atau lambat,kita jangan pernah
berhenti berdoa.
All the
best pada semua yang tengah bersemput-semput untuk survive hidup. Demi anak
kecil yang perlu disuap.Demi ibu ayah dikampung yang sudah kurang kudratnya.Buat
diri sendiri yang terlalu kental jiwanya mengharungi penipuan demi
penipuan.Yang kita tak tahu bila akan berakhir.
Allah kata
ujian itu tanda kasih sayang pada hambanya.Selagi kau berpegang pada-Nya,In sha
Allah janji Dia untuk beri kau bahagia dia akhirat sana itu memang pasti.Pesan
pada hati,selalulah besederhana.kau tak perlu kain mahal untuk membalut
tubuhmu.Tak perlu makanan enak untuk mengisi perutmu.Tak perlu rumah sebesar
istana untuk tempat beradumu.Kerana kita melihat apa yang terhampar diakhirat
itu jauh lebih indah.
Andai hati mula tewas lagi,pesankan padanya,Kita mahu
rebut yang disana,bukan yang disini.Sungguh dunia ini hanyalah keseronokan yang
penuh dengan tipu daya.
Beruntungnya
kita,ujian kita tidak disaksikan dengan darah dan mayat yang bergelimpangan.Tiada
tembakan mahupun pembunuhan.Bagaimana ujian Allah pada saudara kita di Syria?
Apakah
manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman,
sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)
Sakit otak bila
hidup dipenuhi hutang .Tabahlah wahai semua yang diuji.Allah sedang rindu pada
rintihan kita.
*Nota kaki*
Money is
not everything but everything needs money. Hmm