Monday, December 7, 2015

Jenis bawang


1. Bawang Kuning / Bawang Besar Holland
Digunakan untuk memberi rasa yang sedap kepada sup, masakan daging, tumisan yang menggunakan api yang tinggi (saute), dan stew. Jika dalam resepi menyatakan bawang, selalunya paling selamat gunalah bawang kuning ini. Bawang ini memberikan imbangan rasanya yang sedap dan lebih manis selesai memasak, Semakin lama anda memasak ia, semakin sedap masakn anda Bawang ini mempunyai sifat yang menyengat menyebabkan mata kita berair. Apabila memasak, ia memmberikan rasa yang sedap dalam masakan.

2. Bawang merah
Dalam masakan melayu, kita banyak menggunakan bawang merah. Tetapi selalunya bawang ini  boleh dimakan begitu sahaja, seperti untuk penyediaan salad dan sandwiches. Bawang merah mempunyai kulit yang berwarna purple-merah dan di antara kebanyakan bawang, ia mempunyai rasa yang paling lembut dan manis. Untuk masakan yang menggunakan api seperti menumis, bawang merah ini kurang menghasilkan rasa yang sesedap bawang kuning dalam masakan. Memasak dengan menggunakan bawang merah menghilangkan rasanya yang lembut tetapi meningkatkan rasa pada makanan di sekitarnya.

3. Bawang merah kecil / shallot
Selalunya digunakan sebagai bawang goreng untuk hiasan soto, sup atau nasi goreng. Ia mempunyai saiz lebih kecil dan berbentuk bujur berbanding bawang merah. Ia mempunyai rasa yang lebih lembur dari bawang merah.

CARA PEMILIHAN BAWANG YANG ELOK KETIKA MEMBELI BELAH :

1. Bau dan berat. Yang terbaik pilihlah bawang yang padat dan rasa berat di tangan anda mempunyai kulit luar yang merekah dan mempunyai bau yang tidak kuat. Bau yang kuat memberi tanda bahawa bawang itu mula untuk rosak dan dah lama.

2. Elakkan bawang yang mempunyai tanda/ titik yang gelap (dark spot) atau kulat.

3. Jika boleh, belilah bawang yang fresh dan guna sebaik sahaja setelah membelinya.

4. Penyimpanan bawang didalam tempapt yang sedikit sejuk, dan gelap tetapi bukan di dalam peti ais. Ini kerana bau bawang boleh menggangu bau makanan  yang berada dalam peti ais anda.

Sumber dari : http://ismiuwais.blogspot.my/2015/05/perbezaan-jenis-bawang-dalam-masakan.html

Saturday, December 5, 2015

JENIS TEPUNG

Tepung High Protein (Tepung Roti)
Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi.  Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan kek


Tepung Red Rose (Cookies Flour)
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies.  Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.  Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.  Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut


Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh.  Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan :  Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Hoen Kwee
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.  Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan :  Kuih-muih dan puding.

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu.  Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut. 

Sumber dari : http://citarasawan.blogspot.my/2010/07/jenis-jenis-tepung-dan-kegunaannya.html