Monday, June 29, 2015

KEMBARA DI BUMI MELBOURNE


Hai.Dah 4 bulan pergi baru nak hupdate kan.Basi lah dah cerita tu weyh. Tapi tak kira,nak story jugak.Haha.Awal bulan Februari haritu,kila dengan classmates ada pergi jalan-jalan ke Melbourne.Ecewah.jalan-jalan kau nokss.Banyak duit sangat dah tu sampai mampu nak membazir ke sana.Bhahaha.

Melbourne!! Mu tunggu kami DATANG.
Ekceli pihak universiti dah pesan suruh pergi yang dekat-dekat je.Tapi kau tahulah darah muda kan.Singapore rejected.Thailand rejected.Indonesia rejected.Semua Negara kat asia tenggara ni dia nak reject.Alasan dia,alang-alang nak travel baik pergi yang jauh terus.Mana tahu ini yang pertama dan terakhir.*ayat nak drama saje*
ni classmate saya.boleh panggil dia siti.
Flight kami depart pukul 8.15 mlm waktu Malaysia.Masa nak depart tu pun ko tahu lah bolah pulak kitorang lost arah nak pergi kate gate tu.Tengok jam dah pukul 8.05,mencicit semua lari.Tup-tup yang jadi mangsanya aku lah jugak.si wanita berkaki pendek ni.eh.wanita berkaki comel ni.Hahaha.Nasib baik tak jadi Cinderella kat situ.

Sampai je Melbourne airport,masa tu dalam pukul 7 pagi waktu sana.Awal 3 jam dari Malaysia.Selesai urusan amik luggage,kami pun disambut dengan agen dari sana.Nama dia En Hamzah.Dia ni asal orang Malaysia tapi dah menetap kat sana lama.Mula-mula sekali,kami check in hotel.Kami menginap di hotel budget je sepanjang kat situ tapi not bad lah.TV ada.Aircond pun ada.Turun je dari hotel,depan tu terus ada tram untuk pergi jalan-jalan kat sana.

ni lah hotel budget kami sepanjang di sana.
macam ni lah rupa dalam bilik dia.

cantik kann tram dia.
 ***
Hari pertama tu dia bawa kami pergi ke Queen Victoria Market.Tempat shopping famous kat sana.Eh,baru sampai dah kena shopping.Kahkahkah.Kitorang survey-survey je dulu,sebab dia nak tunjuk jalan je.Dia cakap lepas ni boleh pergi sendiri sebab dekat sangat dengan hotel kami tu.

Queen Victoria Market
 Naik tram berapa station je.Tram tu pun setiap 5 minit ada.Senang hidup weyh.Takde lah istilah nak mereput-reput,Haha.

menghayati hari pertama di negara orang
Lepas makan tengahari,dia bawa pulak kami lepak dekat Federation Square.Kira kalau kat sini macam Dataran Merdeka.maybe? Beli aiskrim $5.Dalam hati mintak-mintaklah takde orang yang terlebih rajin nak convert duit malaysia.Tak sampai 5 saat.Hah? kau beli aiskrim ni rm15?*flip tudung*

University of Melbourne
 ***
Keesokan harinya,kami dibawa pula pergi melawat University Melbourne dan Muzium Islam disana.Disebabkan masa kami datang tu musim summer.


So,diorang pun tengah cuti sebenarnya.Jadi kami sempat jalan-jalan sekitar universiti tu je.Dan tak dapat peluang nak jumpa student kat sana.T.T
Islamic Museum of Melbourne
Muzium ni dia banyak simpan history pasal kedatangan islam ke Australia. Tempat paling best nak snap gambar adalah masa kat dalam muzium ni. Yela,kami ni dah lah student Accounting,tengok art memang macam tengok kamus bergambar je lah.Dua jam dia cerita,kami duk anguk-angguk geleng-geleng.Nasib baik tak tercabut kepala.Haha.

Ready for dinner.Yeayy.

night market in QVM
 Cun pulak malam tu ada pasar malam kannn.Aishh.makin panjanglah langkah kaki.Dengan malam yang  sentiasa muda.Eh,masih muda.Kahkah.Nak beli Churros tapi tak da rezeki.Ramai sangat orang kat pasar malam tu.Hmmm.
Lindt chocolate
nak jugak tangkap gambar walaupun kat belakang tu sesak dengan orang.
 ***
Hari ketiga,kami pergi jalan-jalan ke Maru Koala Park,Churchill Island,Panny Chocolate Factory dan Penguin Parade.
entrance area
Dekat Maru Koala Park ni ada banyak jenis binatang. Ada Koala,Kanggaru,Emus,Combat.Hmm.Hanya itu yang tinggal dalam memori.maafin ibuk ya.


Arahan: Sila fokus yang di belakang.bukan yang di depan.maaf.
 Kami pun sempat tengok live macamana bulu kambing biri-biri kena cukur.Kami tak tahu bulu tu busuk,jadi kami pegang je lah.Sekali cium balik tangan.wuaaa.rasa nak nangis.

Fakta: kanggaru tu kalau berdiri lebih tinggi dari aku.

Churchill island ni pulak tempat rekreasi.Scene dia cantik sangat Subhanallah.Tapi kat sini ada lah jugak tersesat kuda,ayam.Ha,ayam pun ada tau kat sini.Jangan tak percaya.Tapi diorang letak dalam kandang.Baru aku tahu yang kita tak boleh jalan sebelah kuda. Nanti kena tendang,habis lerai gigi 24 batang.Balik malaysia pakat pakai gigi emas.Lol.

Churcill Island : 1,2,3 lompat..!!



 
Panny Chocolate Factory

Coklat dari Panny Factory

Dekat maghrib tu,kami pun sampai lah pula kat Penguin Parade.Penguin ni dia cuma akan balik ke rumah pada waktu senja.Kat sini tak dibenarkan tangkap gambar sebab penguin sebenarnya teralu sensitif pada cahaya.Nanti kalau dia nampak cahaya banyak-banyak,dia follow cahaya tu dan akhirnya sesat.Dah lah penguin kat sini memang baka penguin yang terkecil.Ada lah kot besar tapak tangan kita.

Diorang ni aku syak ada pasang bateri AAA kat badan.Haha.

 ***
Hari keempat,kami dibawa ke Puffying Billy dan Ladang Lavender.Bersiar-siar di Puffying Billy menaiki train.Walaupun panas tahap tak boleh nak bukak mata,jiwa tetap kena eksited.Bhahaha.

sementara menunggu train sampai
Puffying Billy Train
Pekerja ladang baru.Hoho
Ladang Lavender ni kecik je.Kami pun baru dapat tahu yang rupa-rupanya musim Lavender baru je habis.Jadi Lavender tu tak kembang cantik.Sedih.sedih.sedih.
 
Meh kita kasi belanja sikit gmabar Lavender.Hee.

Kat sini diorang  ada jual produk dari Lavender.Contoh macam losyen.bedak,perfume.Lagi satu bau lavender ni sebenarnya agak strong.jadi tak semua orang boleh jatuh cinta dengan bau dia.Tapi aku suka je.Dan aku sempat lagi rasa gula-gula lavender dia.

salah satu pokok Peach yang ada disitu.

Destinasi terakhir kami hari tu adalah Peach Farm.Yeah.Dapat rasa macam-macam jenis buah Peach.Ada yang juicy.Ada yang masam.Bestnya kalau ada ladang macam ni kat belakang rumah.Hari-hari boleh makan buah.Buah ni kan ada musim,kebetulan bulan Februari adalah musim buah Peach.Dapatlah kami semua merasa buah Peach sebenar.Pissyo.Sebenarnya banyak je lagi buah yang dia tanam kat sini macam buah kiwi,buah Epal,Aprikot,Plums dan banyak lagi.


makan.jangan tak makan.haha.
Lunch terakhir di Melbourne. Senyum.padahal dalam hati semua craving nasi.Kahkah

malam terakhir di Kota Melbourne.T.T
Esok tu kami dah nak balik Malaysia sebenarnya.Tapi malam tu baru ada masa nak shopping dekat mall dia.Tak bestnya shopping dalam keadaan rushing.Dah lah mall dia pukul 9 dah tutup.Awal kann.Kesian kat Dr Yazis tak sempat nak belikan handbag untuk wife dia.

Balas dendam sebab malam tadi tak sempat borong coklat.Hehe.
Kisahnya kami berdua ni tadi kena tahan kat imegrisen.Mungkin sebab dia rasa kami ni budak bawah umur tanpa pengawasan penjaga.Grrr.Tak nampak muka mak orang dah ni.Haha.


Flight kami kena delay.Hampir satu jam jugak lah sebab cuaca tak berapa elok kat luar tu.Alhamdulillah,akhirnya kami berjaya juga touch down di KLIA pukul 4 petang waktu Malaysia.Terima kasih kepada member-member yang sangat supportive. 

Ada duit lagi,kita buat trip 2.0 pulak hokeyyy.Hehe.

Saturday, June 27, 2015

SENDIRI LEBIH BAIK


Ermmm..kau tak kuat atau kau sengaja paksa diri kau untuk tak kuat?

. . .

Kemmon kila.

Kecewa sekali bukan bermakna kau akan kecewa selamanya.Ingat tu.

Kalau bukan jodoh,kau usaha lah macamana pun tetap tak mengubah takdir yang dah tertulis

Mungkin kau rasa sakit macam ni sebab kau terlalu berharap yang dia akan menjadi sebahagian dari kehidupan kau pada masa depan.

Tapi kau dah silap.

Sekarang.

Kau sendiri lagi?

Takut?

Ada masa kau rasa yang kau memang tak perlukan seorang LELAKI untuk mengisi hidup kau.

Tapi kadang kau tetap tewas dengan perasaan kau sendiri.

Kau menangis lagi dan lagi.

Dan dihujung air mata itu,apa yang kau rasa.cuma PENAT.

Penat mengahadapi DUNIA.

. . .

Aku memilih untuk meneruskan hikayat hidup ini SENDIRI.

Oh Tuhan,berikan aku cebisan KEBAHAGIAAN itu !

Thursday, June 25, 2015

APA ITU FIBROADENOMA?




Inilah yang perempuan WAJIB tahu dan BACA. 



Apakah Fibroadenoma?

Fibroadenoma adalah ketulan licin yang abnormal pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous). Ketulan tersebut kenyal dan terasa boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dirujuk sebagai 'tetikus payu dara'.

Fibroadenoma adalah tumor yang tidak merbahaya dan paling biasa di kalangan wanita di bawah umur 30 tahun.Ketulan fibroadenoma biasanya ditemui hanya satu ketulan, walau bagaimanapun 10 - 15% wanita boleh mempunyai beberapa ketulan dan boleh melibatkan kedua-dua payu dara.

Punca Fibroadenoma?

Punca sebenar fibroadenoma tidak diketahui.Fibroadenoma boleh dipengaruhi oleh hormon estrogen, kerana fibroadenoma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pre-menopausal atau hamil, atau wanita yang menopaus atau yang mengambil terapi hormon gantian (HRT).Ketulan fibroadenoma boleh ada dan hilang semasa kitaran haid, apabila tahap hormon anda berubah.

Bilakah Fibroadenoma muncul?

Fibroadenoma biasanya ditemui di kalangan wanita muda yang berumur 15 hingga 30 tahun dan wanita hamil.Fibroadenoma berlaku pada 10 peratus daripada semua wanita, tetapi 20 peratus daripada wanita Afrika-Amerika.Fibroadenoma jarang ditemui di kalangan wanita menopaus, melainkan jika wanita tersebut mengambil terapi estrogen.Kira-kira 10 peratus daripada semua fibroadenoma akan hilang dari masa ke semasa dan 20 peratus daripada mereka akan berulang.Jika ketulan fibroadenoma tidak hilang, ketulan tersebut biasanya berhenti membesar apabila saiz ketulan sampai dua atau tiga sentimeter.

Adakah anda boleh rasa ketulan fibroadenoma?

Semasa melakukan pemeriksaan sendiri payu dara (PSP), anda akan mungkin terasa ketulan fibroadenoma di payu dara. Ketulan fibroadenoma terasa kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak. Ketulan fibroadenoma tidak melekat pada tisu di sekeliling dan boleh bergerak  apabila di periksa dengan jari.Ketulan fibroadenoam mungkin terasa sakit, terutama sebelum waktu kedatangan haid, dan ketulan fibroadenaoma boleh membengkak akibat daripada perubahan hormon.

Apakah saiz ketulan fibroadenoma?

Saiz ketulan  fibroadenoma adalah antara 1-5 sentimeter. Ketulan fibroadenoma gergasi boleh membesar sehingga menjadi saiz sebiji buah limau kecil, iaitu kira-kira 15 cm.


Pemeriksaan dan ujian:

Selepas pemeriksaan fizikal yang dilakukan dengan teliti, satu atau kedua-dua ujian berikut biasanya dilakukan untuk mendapat maklumat lanjut:

-Ultrasound payudara
-Mamogram untuk wanita yang mempunyai risiko kanser payu dara
-Biopsi ketulan fibroadenoma diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat. Biopsi aspirasi menggunakan jarum halus (‘fine needle aspiration biopsy’) yang sering dilakukan.
-Lain-lain jenis biopsi payu dara yang boleh dilakukan adalah:

  ‘Core needle biopsy’
   biopsi payu dara – Stereotactic
   biopsi payu dara - ultrasound (core needle)
   biopsi payu dara – terbuka

Nota: Wanita di usia remaja atau awal 20-an mungkin tidak perlu biopsi jika ketulan fibroadenoma hilang dengan sendiri. (Boleh berlaku jika garis pusat ketulan adalah kurang daripada 1 sentimetre diameter)

Komplikasi

Jika ketulan fibroadenoma dibiarkan tanpa pembedahan dan diperiksa secara berkala, ia mungkin perlu dikeluarkan di kemudian hari jika saiz ketulan semakin membesar atau tidak hilang.Fibroadenoma jarang bertukar menjadi kanser.

RAWATAN

Rawatan atau Pembedahan Fibroadenoma: Ketulan fibroadenoma adalah tidak merbahaya (benign), rawatan akan berbeza bergantung kepada diagnosa.
Jika saiz ketulan adalah kecil, tidak menyakitkan, kekal saiz yang sama, dan biopsi menunjukkan tiada masalah, anda tidak memerlukan rawatan lanjut, tetapi mungkin mempunyai rawatan susulan bagi pemeriksaan ultrasound (biasanya saiz ketulan kurang daripada 1cm).

Walau bagaimanapun, jika ketulan adalah besar (melebihi 2 cm), menyakitkan, semakin membesar,  atau keputusan biopsi menunjukan sel-sel atipikal (sangat aktif), anda boleh merawatnya dengan membuang ketulan fibroadenoma melalui pembedahan atau dengan menjalani pembedahan lumpektomi.
Jika anda layak, ketulan fibroadenoma boleh dikeluarkan dengan mammotome (tidak terdapat di Malaysia). Prosedur ini meninggalkan parut kecil, dan cepat sembuh. Walau bagaimanapun prosedur ini berisiko pembuangan ketulan fibroadenoama yang tidak sempurna.

sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/sakit-dada/masalah-dada/2760

Alhamdulillah,setelah sekian lama mencari jawapan,akhirnya berjumpa juga.Terima kasih kepada website-website yang sudi membantu.:)

Silakan share.

'MISSED CALL' DARI TUHAN


Terpanggil untuk menaip entry ini walaupun jadual dan masa sebenarnya masih padat untuk memenuhi panggilan dari unversiti a.k.a final semester exam.

Eh,Kenapa kalau nak masuk exam tu,bila pengawas tu panggil,jerit sekali je.semua berlari cepat-cepat masuk dewan.Risau lewat masuk kena disqualified ke adik-adik,abang-abang dan kakak-kakak?Tapi bila Allah yang panggil.Sekali?Dua kali?Hai.bermacam sungguh rasa.masa tu lah tiba-tiba rasa berat mata ni,kita pun tidur dulu.masa tu jugalah kita nak rasa lapar,kita pun pergi dapur untuk mengisi perut dulu,masa tu lah jugak tiba-tiba ada siaran langsung bola kat TV,aishh,sat lagi lah.Depa main pun tak sampai 2 jam.Tak habis lagi waktu solat.Dan tak dan lah kann.Agak-agak korang lah kalau tiba-tiba malaikat maut yang panggil? Boleh ke nak cakap,encik balik dulu ye,nanti lagi satu jam baru datang semula sebab saya belum solat lagi ni.Jangan MIMPI.Tu kisah bab solat.Kisah bab haji.Tiap kali tahun baru,azam nak pergi haji.Tapi bila duit sikit lagi nak cukup,tiba-tiba kawan datang tunjuk model kereta Mitsubishi yang baru launch tak sampai dua minggu.Eh,takpa,Kaabah tu ada je lagi tahun depan.Kereta ni limited edition.Eh,nyawa encik tu rasa-rasa sampai ke lagi ke tahun depan tu?

3 panggilan penting dari Allah:

1. PANGGILAN SOLAT KETIKA ADZAN

Sahabat Ibnu Abbas adalah orang yang sering menangis ketika mendengar panggilan adzan bergema. Serbannya sering basah oleh titisan air matanya yang terus mengalir mengiringi aluanan suara sang muadzin.Ketika ditanya kenapa sampai begitu?

Ibnu Abbas menjawab : seandainya setiap orang tahu makna seruan sang muadzin itu, pasti mereka tidak akan dapat beristirahat dan tidur dengan nyenyak. Kalimah Allahuakbar sahaja mengandungi makna panggilan kepada orang yang beriman yang sedang sibuk menguruskan harta duniawi agar berhenti sejenak mengistirahatkan badan dan segera beramal demi meraih kepentingan dan kebahagiaan yang hakiki

2. PANGGILAN HAJI

Firman Allah : " Dan berseterulah kepada manusia untuk mengerjakan haji niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang datang dari segenap penjuru" (AL-Hajj (22:27)

Oleh karena itulah mereka yang menunaikan ibadah haji menjawab seruan itu dengan kalimat talbiyah : Labbaika Allahuma Labbaik, Labbaika la syarika laka labbaik, inal Hamda wanni mata laka wal mulk la syarika laka.

Ertinya : Aku penuhi panggilan-MU ya Allah, aku penuhi, aku penuhi panggilan-MU tiada sekutu bagi-MU. Aku penuhi panggilan-MU. sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan hanyalah milik-MU semata. Tiada sekutu bagi-MU

3. PANGGILAN KEMATIAN

Manusia sering kali menunda nunda panggilan adzan, begitu juga ketika panggilan haji telah tiba. Ia belum tergerak untuk memenuhinya walau sudah mampu sekalipun. Tapi, terhadap panggilan yang satu ini tak ada satupun yang sanggup menghalanginya apalagi menundanya.

Firman Allah "Dan Allah sekali kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah maha mengetahui apa apa yang kamu kerjakan" Al-Munafiqun(63:11)

Firman Allah lagi “Di mana pun kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian, kendatipun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh” An Nisa’(5: 78)

Baru 8 hari kita di bulan Ramadhan,saya telah pun dikejutkan dengan dua buah kematian.Sungguh,mungkinkah itu ‘missed call’ dari Allah untuk saya?

Jangan ingat kematian itu hanya mendatangi  kepada mereka yang uzur dan terlantar sahaja.Mereka itulah dalam golongan yang lebih beruntung kerana sesungguhnya Allah masih memberi dan membuka ruang kepada mereka untuk beramal dan bersujud taubat.Sedangkan ada dari kita yang diambil nyawanya tanpa kita bersedia. Tanpa sempat menerima isyarat mahupun ‘missed call’ dari si pencabut nyawa.

Dan ingatlah sesungguhnya kematian itu tidak pernah melihat pada umur mahupun jantina.Bila malaikat Izrail datang menjemput,maka tamatlah sudah hadiah percutian dari Allah.Beruntunglah mereka yang sempat membawa bekalan iaitu amalan-amalan baik sepanjang hidupnya maka rugilah bagi mereka yang hanya berseronok menikmati percutian itu tanpa sempat membawa apa-apa melainkan hanya sebuah jasad yang kaku.

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.Semoga kita semua juga akan mati dalam Khusnul Khatimah hendak-Nya.Saya doakan juga semoga semua ahli keluarga arwah dipinjamkan sedikit kekuatan dan juga meredhai akan dengan pemergian mereka menuju ke syurga Ilahi.In Sha Allah.

Pernah ditanya Abu Bakar R.A. tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: Roh itu menuju ketujuh tempat :

01. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
02. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
03. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
04. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
05. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
06. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
07. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga ke hari Kiamat.

Dengan penuh kesedaran diri dan keinsafan iman marilah kita penuhi panggilan Allah berupa solat,ketika adzan memanggil, berhaji bagi yang mampu, dan demikian pula halnya dengan panggilan kebaikan-kebaikan lainnya. sebelum datang panggilan yang tidak dapat ditunda lagi,iaitu KEMATIAN.

Selamat menduduki peperiksaan,selamat berpuasa dan selamat sentiasa hendak-Nya.Aminn.