Sunday, June 14, 2015

Honeymoon Backpackers



Untuk mengelakkan dari tersangkut di jalan,kami semua sepakat untuk bertolak dari Nilai menuju ke Manjung seawal 4.30 pagi. kebetulan hari buruh jatuh pada hari jumaat,sudah pastilah ramai antara kita mengambil peluang ini untuk balik ke kampung atau membawa keluarga bercuti.Pukul 6.15 pagi kami semua berhenti di sebuah masjid di daerah tanjung malim untuk menunaikan solat subuh.

akilahiskak.blogspot.com
muka baru bangun tido.eh,muka baru lepas solat subuh.

Yezza,tepat pukul 9 pagi,kami pun akhirnya sampai di depan homestay.Nasib baik sebelum pergi tu sempat masak nasi lemak dan kuih karipap.takdelah membazir masa pulak nak pergi cari kedai makan pagi-pagi tu.perut pun masing-masing dah buat lagu.apa pagi,kita sarapan lah dulu,kumpul tenaga sebelum nak berjimba di pulau pangkor nanti.

Maaflah geng kalau menu sarapan tak begitu menepati citarasa,maklumlah,masak pun masa tengah mamai-mamai. Hee.*ayat cover paling cun.ngaku je lah ko masak pun pakai resepi google.* eh?

Beli tiket kat marina.Harga dia RM11 untuk dewasa dan RM6 rasanya untuk kanak-kanak.kenapa lah dia tak ukur tinggi.kalau tak dapatlah aku diskaun pakai tiket kanak-kanak.Hee.*muka tua ada hati nak jadi kanak-kanak*

akilahiskak.blogspot.com

Kami punya feri dalam pukul 11 pagi.so,masa tu ada setengah jam lagi sebelum pukul 11.so,sempat lah nak selfie-selfie dulu sebelum feri tu sampai.Hekhek.

Sampai je kat jeti,kami pun cari van sewa untuk bergerak ke pulau nipah.sebab dalam banyak-banyak pulau,pulau nipah lah yang paling cantik kat situ.harga sewa van ni RM30/7orang kalau tak silap.almakumlah,sejak-sejak meningkat usia,mudah sangat lupa.hee.

akilahiskak.blogspot.com
kuat berangan lah mamat ni.kita kat pangkor je.bukan kat bali.haha
Sebab haritu dah try banana boat kat Teluk Kemang,maka kali ni kita nak cuba pulak snorkeling.nasib baik semua sporting.simpan beg,ambik equipment,naik bot.Yezza.

akilahiskak.blogspot.com
eh,kat mana kapal terbang tu,kanan ke kiri?

Ni lah dia budak kecik perangai samseng.actually,mak dah telefon dan siap bagi warning lagi malam sebelum pergi tu.

“kila.nanti jangan main jauh-jauh.main air kat tepi pantai tu je.”

“emm,baik mak.” *erkk,main TEPI pantai je?? Hehehe*

akilahiskak.blogspot.com
kaki pijak batu.bolehlah nak tersengih.


Sepanjang snorkeling ni aku asyik nak lemas je.terminum air laut tu tak payah nak sembang lah kan.memang kalau sukat ada lah agaknya dalam `1 jag penuh.haha.MASIN sangat weyh!

Yang si Aman ni duk saja mengumpan aku kata banyak ikan cantik kat sana.ikan nemo lah.ikan hitam belang-belang lah.Grrr.takpe kau aman,nanti esok aku pergi sini dengan husben aku ye,aku  paksa je dia dukung bini dia yang berat ni.haha.

Kat trip kali ni sepatutnya ada 9 orang lelaki,tapi last minute semua cancel.tinggallah mereka bertiga ni.
 
akilahiskak.blogspot.com
ha.yang ni saya kenalkan cikgu muzairie nama dia.Semua anak murid yang dia ajar menyelam,semua lulus.aku je murid tercicir.


Tak boleh!

Tak boleh!

Aku nak lemas ni. 

Aku tarik je jaket dia.nasib baik dia tak tenggelam pulak kan.haha.haru! Baru tahu susahnya dapat anak murid macam aku. Hekhek.

Sekali lagi.

Muz!aku punya google tercabut.

Perhatian:Google ni kalau tercabut,dia akan terus tenggelam.tak terapung.Kalau google tu hilang,kita kena bayar denda RM100 tau.jadi pastikan google tu sentiasa melekat di kepala anda.

Dia pun berenang pergi kat aku.dia bukak jaket dia.dia selam untuk dapatkan balik google aku tu.wahhh! terharunya.rasa nak nangis kat situ jugak. Yang budak-budak lain ni sempat pulak main hashtag cintaku bertemu di pangkor. Aku punya hashtag . . . .mak, nak balik.

                                     akilahiskak.blogspot.com

Muz ni bagus orangnya weyh.dah lah cita-cita tinggi,ada wawasan,baik,gentle,kelakar dan In sya Allah bertanggungjawab. Maka kahwinilah dia.haha.

Balik dari snorekling tu, kami pun terus makan tengahari kat situ.ingatkan sebab lapar diorang tak kasi tukar baju dulu. Rupa-rupanya. . .

akilahiskak.blogspot.com
meet my brother.Aman.hehe

Harini sebenarnya hari lahir aku dan aman.Kebetulan hari lahir jatuh tarikh yang sama.Tapi aman ni ada kembar lain. Whoa. Sebab aku keluar petang,dia keluar pagi.maka dengan ini aku mengisytiharkan,akulah adik dan dialah abang. Pissyo.

Lagi menarik, semua jejaka-jejaka ni memang orang perak. Sorang dari sungkai,sorang dari manjung dan sorang lagi dari ipoh. Tapi yang comel tu semua tak pernah jejak pulau pangkor lagi.Haha. aku pernah lah jugak,tapi masa tu aku baru umur 3 tahun.zaman pakai gaun pendek.jalan pun terhingut-hingut lagi.

akilahiskak.blogspot.com
nak jugak bergambar terik-terik ni. layankan. tapi view dia serius lawa.

Petang tu kitorang singgah dekat teluk batik untuk cari souvernier. Sebab kat sini,ada yang dari Kelantan,Melaka,Johor pun ada. Sempatlah lepak-lepak hilangkan penat sambil makan ABC.

Malam tu kami open table. Ingatkan nak makan seafood.tapi semua kedai penuh.silap jugak sebab kami tak booking awal. Jadi kami pun singgah je lah mana-mana kedai makan kat sekitar situ. Janji sedap.gendang gendut tali kecapi,perut kenyang suka hati! Hoho. 

Esok tu sebelum bertolak balik ke Nilai,kami pun singgah ke teluk intan, tengok menara condong. Bakso kat situ sedap weyh.serius tak tipu. Balik tu kami lalu jalan sabak-bernam sebab diorang nak kena drop kan aku kat rumah. Sori geng susahkan korang! 

akilahiskak.blogspot.com
eh,kenapa tak condong pun?
Teluk intan dengan rumah aku tak jauh pun.Excitednya diorang bila sampai kat rumah aku tu,makanan terhidang depan mata pun diorang boleh tak layan je. Tak sempat keluar kereta dah menjerit ramai-ramai.Nenek! Tok! kami dah balik.haha.

 akilahiskak.blogspot.com

 Masing-masing sibuk nak bergambar.siap naik rumah atas lagi.seronok agaknya dapat main tangga. Sudahnya adik aku yang terpinga-pinga sebab pelik dengan kawan-kawan aku tu. Haha. 

akilahiskak.blogspot.com
frust lah tu aku tak tunjuk tempat nak memancing.

Diorang tak stay lama pun kat rumah tu,lepas makan sambil borak-borak dengan parents aku,diorang pun mintak izin gerak balik ke Nilai.

akilahiskak.blogspot.com

Sebab si anis nak attend kursus kahwin.si muz dengan wan pulak nak kena shoot balik ke sungkai dan ipoh petang tu sebab ada hal.kesian diorang kan.sampai berhenti tepi jalan,tido sekejap sebab penat sangat.

Apepun korang semua memang happening! 

Good Luck guys! 

Tahun depan kita dah intern.babai semua!