Wednesday, June 17, 2015

RAMADHAN 1436H


Alhamdulillah,malam ni dah mula solat terawih.esok kita semua dah mula berpuasa ramadhan.teringat pulak kisah berpuasa zaman asrama dulu.balik je dari prep petang akan ada tadarus ramai-ramai di surau.lepastu naik bilik,bolehlah nak mandi,baring-baring sementara nak tunggu waktu berbuka nanti.kalau kena pada hari bertugas hidang makanan kat dewan makan.hmmm.memang lupakan je lah angan-angan nak main guling-guling atas katil.pukul 7 semua mesti ada kat surau.kita baca mathurat ramai-ramai,lepastu berbuka dengan kurma dan air kosong. Kalau dapat senior yang kerek.dia ambik sepinggan lepastu bawak lari.dengan lemahnya kau pun capai je lah segelas air kosong depan kau.tu pun kalau dia tak bawak lari sekali lah.selesai solat maghrib,baru masing-masing berlari ke dewan makan.bukan sebab makanan tak cukup.tapi sebab nak pilih ayam!takut dapat bahagian ayam yang kita tak berkenan.emm.aku terlibat lah jugak.tapi kadang-kadang je.hee. Lepastu kan paling tak suka bila tiba-tiba ada announcement pelajar perempuan kena solat terawih dekat surau lelaki.dah pulak kena sarung jubah.pakai stokin lagi.aishhh.panas hoi.habis tak khusyuk solat kita.opps.ada lagi kisah curi-curi bukak koperasi sebab nak makan aiskrim tengah-tengahari.kisah tak turun  terawih kat surau sebab demam,eh.tak.malas sebenarnya sebab tu pura-pura demam. Apepun zaman asrama lah jugak sebenarnya zaman berpuasa yang paling seronok.bukan masa puasa je.tapi sepanjang masa.kisah sembunyi dalam toilet sebab tak nak join merentas desa.sorok dalam loker sebab tak nak jogging pagi.makan keropok dalam selimut sebab tak nak bagi orang lain mintak.padahal berbunyi je masa ko kunyah tu.jatuh toilet sebab tak boleh terima kawan kena buang sekolah.kena ketuk ketampi sampai kentut sebab bising masa belajar. Toreh kamus sebab nak sorok hp daripada kena rampas.hehe. Yang penting setiap tahun yang pergi  pasti meniggalkan kisahnya yang tersendiri. rindu nak lepak ramai-ramai.belajar ramai-ramai.makan ramai-ramai.paling win,mandi ramai-ramai kat kolah masa orang lain tengah prep malam.hai!sayalah budak yang nakal tu. :3

Selamat menjalani ibadah puasa semua. !

Moga-moga ibadah kita semua diterima oleh Allah hendak-Nya. Aminn. :)