Wednesday, December 31, 2014

WARNA WARNI 2014

akilahiskak.blogspot.com
Kem bersama adik-adik di Imtiyaz Melaka

akilahiskak.blogspot.com
Ecah dan Yaya. My sweetie cuppy cakes. <3

akilahiskak.blogspot.com
ex housemate buat suprise sambut birthday kt seoul garden.thanks semua!
akilahiskak.blogspot.com
si kecik yang memang obses dengan pantai
akilahiskak.blogspot.com
muka macho tapi nampak awek lari peluk mak.haha
akilahiskak.blogspot.com
kenapa lah ramai sangat suka kat aku?aku konfius nak pilih siapa jadi suami aku.-erin
akilahiskak.blogspot.com
ni kak long kawasan kapar.siapa berani mai lah dekat.-nana

akilahiskak.blogspot.com
rumah ni dapat duit raya tak? kalau tak dapat tak nak masuk. -abid dan nafis

akilahiskak.blogspot.com
pasang butang baju pun dekat setengah jam.tumbuk diri sendiri lelaju

akilahiskak.blogspot.com
Family pak su,mak cik dan abah.kepupusan cucu lelaki.haha.



akilahiskak.blogspot.com
My kesayangan-kesayangan sekalian !



akilahiskak.blogspot.com
raya bersama ex classmate masa sekolah rendah.

akilahiskak.blogspot.com
susah senang InsyaAllah bersama.sahabat seperjuangan di Usim.

akilahiskak.blogspot.com
semasa majlis anugerah dekan peringkat  fakulti.

sayang mami sampai bila-bila.hugsss.



akilahiskak.blogspot.com
My bff.bakal-bakal doktor InsyaAllah.

semua demand nak makan.hambik kau.haha
akilahiskak.blogspot.com
My makcik yang tak nak membesar.Btw,tahniah dapat baby baru!

akilahiskak.blogspot.com
kembar saya.tapi saya lagi comel lah.hehe



akilahiskak.blogspot.com
abah yang sangat suka manja-manja dengan anak dia.

akilahiskak.blogspot.com
peace semua!abaikan muka buruk kt belakang tu.huu
akilahiskak.blogspot.com
kampung yang macam dalam lukisan adik.

akilahiskak.blogspot.com
yang ni memang epick.sawan penat beraya katanya.huhu

akilahiskak.blogspot.com
My sis got engaged

akilahiskak.blogspot.com
kenapa aku sama tinggi dengan kau?haha. -aida

    akilahiskak.blogspot.com
    Arnab ni kerek!aku bagi makan dia tak nak.Grrr

akilahiskak.blogspot.com
Kutip duit raya dengan ex classmate zaman sekolah rendah.hehe

akilahiskak.blogspot.com
Kursus kepimpinan di Shah Alam.

akilahiskak.blogspot.com
Hang out kat chemistry cafe.Gempakk.



akilahiskak.blogspot.com
My partner in crime.Hehe.

akilahiskak.blogspot.com
After tournament bowling.Eh, ada crush I laaa.


akilahiskak.blogspot.com
Competition uni chef separuh akhir. Lokasi : Taylor's Uni

akilahiskak.blogspot.com
Karnival sukan nasional

akilahiskak.blogspot.com 
Trip to akademi audit negara. :)


 Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama saya.Thanks for being part of them.

Good bye 2014. Welcome 2015!

xoxo

Tuesday, December 30, 2014

RED VELVET BANANA BREAD

Yield: 1 loaf

Serving Size: 1/10 slices

Ingredients:

1 red velvet cake mix (just the dry mix, not the other ingredients on the box)
3 eggs
1/3 cup canola or vegetable oil
1 cup mashed bananas (about 3 medium bananas)

optional: powdered sugar for dusting

Instructions:

1.Preheat oven to 350ºF. Line a 9x5x3 loaf pan with foil or parchment paper and lightly spray with a     non-stick cooking spray.
2.Mix together all ingredients until batter forms.
3.Pour batter into prepared loaf pan.Bake for 40-50 minutes or until a toothpick inserted comes out mostly clean.
4.Let cool for 10 minutes before removing from loaf pan.
5.Store in airtight container at room temperature for up to one week.

Notes: You could also bake as muffins. Adjust the bake time to 20 minutes.

credited to: http://www.somethingswanky.com

GLAZED APPLE OATMEAL COOKIES

 These Glazed Apple Oatmeal Cookies are filled with apple chunks, spices, and topped with a deliciously sweet glaze.
Prep Time : 15 minutes
Cook Time: 15 minutes
Total Time : 30 minutes

Yield: 3 dozen

Ingredients : 

2 3/4 cups old-fashioned oats
1 1/4 cups all-purpose flour
1 1/2 teaspoons apple pie spice
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon baking soda
3/4 cups butter, softened
1 1/4 cups brown sugar, firmly packed
1 egg
1/4 cups plus 2 tablespoons milk
2 teaspoons vanilla extract
1 cup diced apple (about 2 apples)
1 1/2 cups confectioner's sugar

Instructions: 

1.Preheat oven to 350F. Line baking trays with silpat mat or parchment paper. Set aside.
2.In a medium bowl, mix together the oats, flour, apple pie spice, salt, and baking soda. Set aside.
3.In a large bowl, cream together the butter and brown sugar with a hand mixer until fluffy.
4.Beat in egg, 1/4 cup milk, and vanilla.
5.Gently fold in apples and oat mixture until combined.
6.Drop spoonfuls on baking trays, two inches apart.
7.Bake for 15-18 minutes, or until golden brown.
8.Remove from oven and let cool for 5 minutes, then move to wire racks to cool completely.
9.While cookies are cooling, prepare glaze.
10.In a small bowl, whisk together the confectioner's sugar and 2 tablespoons milk.
11.Drizzle over cooled cookies.
12.Enjoy!

Credited to : http://www.pumpkinnspice.com

Saturday, November 22, 2014

KARANGAN CUTI SEKOLAH

Eh,lepak taman sorang je ke dik? Haha.ko tak tahu betapa lemasnya aku duduk kat rumah tu? Kira ni salah satu inisiatif aku untuk recharging back my energy utk meneruskan kehidupan di hari esok. Ecewah. Dah macam smartphone pulak kau ni.main cas-cas.powerbank takde ke dik? Tengah duduk-duduk sambil tengok si kecil riang berlari-lari.eh,belum.anak orang.aku ni single lagi okeyyy.adalah seorang makcik ni.eh,nk panggil makcik ke akak eh?macam kau tu muda sangat nk pggil orang makcik kannnn.haha.*rasa macam tertumbuk pipi sendiri pulak*okeyy,akak tu teman cucu dia.eh,anak saudara dia.main gelongsor kat taman tu.tau tak gelongsor tu ape? Ok, tak tahu sila google. Jangan nak main angguk-angguk si itk nila.ok, itik nila tu apa pulak? Ok, tak tahu sila google.mula-mula aku jual mahal.acah-acah melayan perasaan macam org putus cinta.lol.putus cinta je pun.tak effect kot.kalau putus tali kasut lainlah.kena beli tali kasut baru.kalau tak cemane nak main lari-lari lagi kannn.bila aku tengok akak tu duk membebel sorang-sorang,aku pun kesat air mata.ecewah.kantoi tadi menangis.eh,mane ada.air hujan dari atas pokok tu jatuh kat mata aku lah.dah rasa lawa tu,aku datang dekat dgn dia.opsss.lampu merah tibe-tibe menyala.kenapa?akak ni orang terengganu.mampuih lah cek nak hadam apa yang dia nak cakap tu.haha.tapi aku ni idak lah kuno sangat.aku paham je dia cerita apa.aku ada kawan dari terengganu okeyyy.dah2,tak yah nak berlagak.orang lain tu kawan dari Turki,tak kecoh pun.akak tu cerita yang ajal maut tu tak mengira usia,bila dan dimana.jadi,kita semua harus bersedia walau kita time tu tengah kat dapur pegang sudip nak goreng ikan.jangan lupa biasakan bismillah.jangan lupa lazimkan istighfar.moga-moga kita mati dalam keadaan yang baik.bagus akak ni.good.very good.extremely good.haha.kau tau dia siap jemput aku datang rumah lagi.haha.ok kak,panjang langkah.sampailah saya ke rumah akak ye.siapkan teh o beng satu.lepas tu aku mendongak ke langit.skema ke?haha.ok,hari pun dah senja.maka selepas mengucapkan selamat tinggal,kami pun bergerak pulang ke rumah masing-masing.sekian karangan 350 patah perkataan saya.

Awak,esok 23 hb. I wish for the miracle. Itupun kalau awak tahu lah apa yang saya maksudkan. Tak tahu? sila google.hekhek.

Friday, November 21, 2014

ABAH + MAK = SAYA


akilahiskak.blogspot.com
inilah superman saya :)

Ya Allah, rindunya aku pada mereka. Abah jangan risau.abah akan sentiasa menjadi hero di mata akak sampai bila-bila.Hebat dan bertuah sungguh mak sebab dapat jumpa dengan abah.Akak tak tahu lah kalau akak masih ada peluang untuk jumpa lelaki sehebat abah.Berikrar untuk sehidup semati hanya dengan seorang wanita.

akilahiskak.blogspot.com
my toughest mom aka penghibur duka lara. :)


Ya Allah ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa dua ibu bapaku kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


Abah, macamana agaknya kalau akak tak kahwin? Abah jangan sedih, tu tandanya Tuhan nak bagi akak peluang untuk jaga abah dan mak sampai hujung nafas akak. Akak nak jaga abah dengan mak baik-baik. Akak tak nak dah tengok abah dengan mak menangis lagi. Akak dah tak nak bagi mak dan abah rasa susah lagi. Akak janji akak akan sentiasa ada dekat dengan abah dan mak. Akak nak kumpul duit banyak-banyak. Akak nak sampaikan abah dan mak ke Mekah pakai duit titik peluh akak sendiri.

akilahiskak.blogspot.com
"Marriage does not guarantee you will be forever.it’s only paper.it takes loves,resepect,trust,understanding,friendship and faith in your relationship to make it last"


remember that Allah only gives his HARDEST battles to his TOUGHEST soldiers. Aja-aja fighting! 


Sunday, November 16, 2014

UNI-CHEF 2014



akilahiskak.blogspot.com
in preparation room
persediaan bahan-bahan sebelum sesi recording :)


Hai semua!

Ili dan Kila sebenarnya telah pun terpilih sebagai peserta untuk pusingan kedua dalam Pertandingan Uni-Chef 2014 : Mencipta Resipi Sihat Antara Pelajar Universiti & Kolej Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Pertandingan ini adalah terbuka untuk semua pelajar yang masih menuntut di universiti dan kolej seluruh Malaysia.

Petandingan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia dan dibantu oleh portal masakan online “TryMasak”. Turut bekerjasama dalam menjayakan pertandingan ini adalah Gas Petronas sebagai penaja utama mereka. 

Uni-Chef berhasrat untuk membantu negara mewujudkan satu masyarakat baru yang lebih peka dan berpengetahuan terhadap pemakanan yang sihat. Ia juga berharap agar resepi-resepi yang dipertandingkan boleh menjadi rujukan dan seterusnya menyuntik idea-idea baru kepada para ibu bapa dalam menyediakan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak mereka.

Yang lagi mengujakan kami, peserta ini bukanlah dari jurusan seni masakan mahupun jurusan yang berkaitan dengan pemakanan .Mereka berdua merupakan penuntut tahun tiga jurusan perakaunan dari Universiti Sains Islam Malaysia.  

akilahiskak.blogspot.com



Alhamdulillah, dalam hampir 300 resepi yang dihantar, resepi mereka berjaya diterima dan terpilih untuk mara ke pusingan seterusnya iaitu “online-voting”.

Oleh yang demikian,kami disini ingin mengajak anda semua untuk turut serta dalam memberi sokongan kepada mereka dengan mengundi rakaman resepi yang telah mereka sediakan di laman web dibawah ini.

Link     : http://trymasak.my/uni-chef
Resepi : Laksa Goreng Tomyam

Undian ini akan mula dibuka pada 10 November 2014 jam 12.00 pagi sehingga 30 November nanti.Undian juga boleh dilakukan pada setiap hari tau.Jadi, jangan lupa untuk undi kami setiap hari.Hee.

Hanya 10 video yang mendapat undian tetinggi akan diterima untuk memasuki pusingan akhir yang akan dilangsungkan pada 6 Disember 2014. Mereka akan mempersembahkan masakan mereka dan pemenang akan dipilih oleh para juri professional.

cook from heart <3


Terima kasih.

Saturday, November 8, 2014

ANDAI SAJA TUHAN TIDAK MENUTUP AIB-AIB KU

akilahiskak.blogspot.com

“Jangan terlalu mencaci pelaku dosa kerana kita tidak pernah tahu pengakhiran hidup kita dan dia. Mungkin di hujung hidupnya dia lebih baik dari kita dan mendapat khusnul khatimah.”

Make it simple. Kita ni sebagai manusia, tak pernah lari dari buat dosa. Lagi-lagi bila nampak kemungkaran berlaku di depan mata, mesti tangan tu laju je nak tepuk orang sebelah.

“Weyh. Ko tengok tu. Ya Allah, teruknya perangai. Ishh,buat malu je lah.mak bapak dia tak ajar ke?"

 Inilah masalah yang dihadapi kita semua.orang yang di kutuk bukan perbuatannya, Astaghfirullah.

“Eiii,aku tak suka lah mamat tu. Dia tu dah lah banyak cakap,tapi satu kerja pun tak gerak.”

“Dia tu kenapa? Sikit-sikit nak hangin. Semua benda tak kena. Semua orang dia nak marah.”

“Dah kenapa dengan minah tu,tergedik-gedik.gelak macam pontianak.ingat sedap sangat suara tu.”


Tadi lepas solat maghrib,masa nak berdoa.tiba-tiba aku rasa..

Ya Allah.Apa aku dah buat selama ni.Banyaknya dosa aku.Rasa-rasa Allah nak ke terima semua doa-doa aku?

Kita ni mudah sangat melatah.Bila tak suka,terus buka cerita.mengadu sana sini.mencari perhatian orang ramai.Apa kita rasa kalau orang lain pulak buat macam tu kat kita? Jaja keburukan kita,bukak aib kita. Allah.Jika Allah SWT sendiri telah menutup aib seorang hamba-Nya Kenapakan kita suka sangat mendedahkan aib orang lain? Kita nampak hebat dimata manusia hanya kerana satu sebab iaitu kerana Allah telah menutup aib kita.

akilahiskak.blogspot.com


 Sebuah kisah benar yang boleh dijadikan iktibar untuk kita:

Di penjara Kuching, ada 3 orang banduan yang bakal dihukum gantung dalam minggu sekian. Dan seperti yang kita tahu, sememangnya hanya jenayah besar yang layak ke tali gantung. Rasanya tiada di kalangan kita didoktrin untuk belas kasihan dengan penjenayah sebegini.

3 orang banduan itu terdiri daripada seorang Iban (bukan Islam), Melayu( Islam) dan Cina (bukan Islam).

HARI PERTAMA:
Banduan yang berbangsa Iban (bukan Islam) itu menjalani hukuman gantung.Usai digantung, mayatnya hanya dihumban ke tepi oleh tukan gantung. Tiada keluarga yang menuntut. Ngeri..Ini disaksikan oleh banduan yang Melayu dan Cina yang bakal menjalani hukuman gantung pada hari berikutnya.

HARI KEDUA:
Sampai giliran banduan yang berbangsa Melayu. Sebelum pengantungan, dia diberi masa untuk pembersihan diri, solat taubat, doa ,istigfar dan mengucap syahadah sebelum digantung. Jenazahnya diurus dengan baik. Banduan yang berbangsa Cina tadi turut menyaksikan.

HARI KETIGA:
Giliran yang berbangsa Cina. Setelah menyaksikan keadaan dua rakannya sebelum ini, dia jadi takut. Dia mahu mayatnya dilayan seperti mana banduan berbangsa Melayu beragama Islam itu tadi. Jadi sebelum digantung, dia meminta untuk melakukan perkara seperti banduan kedua tadi. Dia mengucap syahadah. SubhanaALLAh, Maha Suci ALLAH, dia mati di tali gantung dengan keadaan yang bersih dari dosa. Tanda-tanda husnul khatimah adalah orang yang sebelum mati sempat menyebut kalimah 'la IlahaillALLAH..' di akhir kalam kehidupannya.

Wahai sahabat-sahabat,Bersyukurlah kita kerana Allah tidak memperlihatkan dosa-dosa kita ke hadapan makhluk yang lain, termasuk aib dan kesalahan masa lalu yang pernah dilakukan. Bayangkan jika dosa zalim, dosa berbohong, dosa syirik, dosa zina, dan dosa-dosa lainnya meninggalkan bau busuk nescaya tidak akan ada seorang pun yang akan duduk bersama-sama kita.

Semoga kita semua dapat berubah kearah yang lebih baik kerana-Nya.Sungguh,Tuhan menciptakan kita untuk saling berpesan dan mengingati!

Mati Itu Pasti , Akhirat itu Realiti.

Wallahualam. =)

Thursday, November 6, 2014

SPONGEBOB VS PLANKTON

Dulu,aku bengang sungguh kat sorang mamat ni.serius,ni bukan kes aku suka kamu dari darjah satu tapi aku tak suka kamu walaupun gigi aku cuma tinggal satu. mana tak nye. dia boleh gumbira kutuk kawa-kaw je kawan aku,kata tak reti buat kerja.uhh.hampagas bin hamster.rasa kalau dia ni spesis cicak,dah lama aku tangkap simpan dalam balang letak belakang rumah.hahaha.Dia lah makhluk kejam yg selalu buat aku menangis malam-malam sebelum tido.Sampailah kisah kami menjadi viral dalam batch sendiri.malu?

kau jangan kila,asyik gaduh je.nanti kahwin baru tahu.

ohhh,plissssshhhh! itu cerita dalam novel je okeyyyy. eh,yeke? habis yang dah pandai gelak-gelak berdua tu sape kalau bukan ko dgn dia?

Takpelah.plankton dan spongebob dah berdamai.Biarlah diorang nak jadi kawan.Lagipun plankton dah tak nak curi resepi crabi petty tu sebab plankton dah pandai masak spagheti fettuchinni.

So, hati dah tenang jiwa pun dah sentosa.cuba kalau dari dulu tak gaduh-gaduh.kan lagi bagus.haha.Mungkin masing-masing dah mampu utk menerima kelemahan satu sama lain.so, kalau rasa membara sikit-sikit tu, ape de hal. kasi senyum je lah. istighfar dalam hati laju-laju. Tapi aku pun dah lama tak rasa sakit hati dengan dia. Bila lah agak-agak dia nak buat aku sakit hati lagi ni? lol. jangan menempah. kang nangis tak cukup timba kang.

Welcome to my friendssss zone!

Aci ke dah 4 tahun kenal baru nk welcoming? lol sangat. lol. lol. lol.

Dont dare nk buat aku menangis lagi. Aku sumbat kau sampai lapisan kerak bumi yg paling dalam.haha.

Tuesday, November 4, 2014

COMEL #PART 2

Ingat lagi tak pada si comel? student tutor kesayangan saya. ha, exam kali ni dia dapat nom 3 dalam kelas. whoaaaaaa! tahniah dik. *big clap* Jadi tak sia-sia jugak lah selama ni akak asyik pok pek pok pek je kat comel kann.

"Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah" adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.
َ
Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya"

Man zara'a hasada pula bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya.ْ"

Man yajtahid yanjah pula bererti "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."

Oleh demikian,berusaha, bekerja dan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh amatlah dituntut dalam agama Islam.Perjalanan comel masih terlalu jauh.Satu masa nanti,comel akan capai cita-cita dan impian comel.Tetapi,mungkin juga satu saat yang lain comel akan rasa betapa sakitnya jatuh.Tapi ingatlah bangkit dari kejatuhan itu hanya akan ada pada insan-insan biasa yang sentiasa berfikir secara luar biasa.Gunakan ilmu sebaiknya.Gunakan ilmu untuk agama kita.Berkongsilah selagi mampu.Berkongsilah pada mereka yang memerlukan.Ilmu Allah itu takkan pernah berkurang jika kita berbagi.

Carilah ilmu sebelum jasad berhijrah. Harap-harap ilmu boleh menjadi landasan ke Syurga! 

Selamat malam semua! :)

Saturday, November 1, 2014

HAYYA ALA' FALAH


Hayya ala’ falah : come to success.

Dalam hidup ni,tiada manusia yang mahukan kegagalan. Everyone wish to be success. Sometimes, people define success as wealth. Kejayaan yang diukur melalui banyaknya harta yang dimiliki.

Then,what is your function to be success?

Aku terdiam.Takkan cuma untuk dapatkan kereta idaman lepastu tayang satu dunia,rumah besar ada swimming pool pakej maid yang berlambak-lambak.Lepas tu tiap hujung minggu pergi spa cantikkan diri,then pergi shopping macam orang gila.semua tu nothing.

Yes,its nothing bila kau buat semua tu, tapi at the same time kau letak parents kau untuk duduk dekat old folks.Even the best old folks in the world.Naik BMW tapi hantar mak pergi rumah orang-orang tua.Apekah?

Siapa yang buat kau berjaya? Yes. Kau boleh jawab,aku. Aku yang penat siang malam siapkan esaimen. Kadang-kadang sampai tak sempat tidur untuk kejar submission date.Pagi-pagi datang kuliah dengar lecturer membebel sampai ke petang.Bila tiap exam,habis buku setebal kamus aku khatamkan.

Tu kau punya part,aku tak cakap salah. Tapi ingat tu cuma 20% je. Yang lagi 80% tu semua dari your parents. Kalau duit ptptn kau tak cukup,dengan sapa kau mintak duit nak makan?Your parents.Tapi korang tahu tak mungkin diorang kat rumah tu bertahan lapar sebab semata nak bagi korang kenyang.Doa?Kau ingat kau malaikat.doa sekali Allah dah makbulkan. Kita ni banyak dosa. Sometimes kita tak tahu pun doa kita tersekat kat langit.Tak sampai pun pada tuhan. Tapi doa mak dan ayah? Jangan pernah perkecilkan doa mereka. Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya.Ingat,Dan apabila tertutupnya mata ibu kamu,maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah,iaitu doa seorang ibu.

So,what is your function to be success?


Kejayaan untuk berbakti pada mak dan abah. :)

Terima kasih pakcik kerana ingatkan kami.Semoga Allah merahmati pakcik sekeluarga.


cc: Pakcik yang pagi tadi singgah gerai untuk beli kuih karipap.eh,panjang pulak nama pakcik ni.haha.

BEHIND THE WORD OF 'COUPLE'

Sedang-sedang berblog walking, suddenly i found this article. nice sharing. semoga bermanfaat. 
cc : 

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Saturday, October 25, 2014

MID SEM BREAK

masa nak tunggu mid sem break ni,siap amik marker pen,buat bulatan kt tarikh kalendar besar-besar.lepastu buat reminder.countdown berapa hari lg nk sampai.bila masuk je mid sem break.ouhhhhhhh.rasa nak panjat bangunan klcc lepastu jerit kuat-kuat sebab tak puas hati cuti sikit sangat.hahaha.mana cukup ko bagi aku seminggu je.nak main basikal pusing kampung pun dapat berapa ciput kali je lah.belum tolak lagi sebab hujan.adik ada kelas tambahan.banyak kot wishlist aku.jangan main-main.belum petang-petang pulak nak main badminton acah-acah lee chong wei jr.lepastu dgn nak masuk dapur lagi.nak masak-masak acah-acah chef liza enak bersama ramly.lepastu nak marking kertas periksa student abah lagi yg tggi macam banjaran titiwangsa.eh,banjaran titiwangsa tu tinggi ke?lepastu nak belajar jahit baju dgn mak sebab berangan nak bukak butik.eh kau ni,semalam baru bercita-cita nak bukak kafe,harini nak bukak butik,besok nak bukak kilang buat kapal terbang pulak ke? kemusykilan disini kenapa dia bagi aku cuti sekejap sangat?kenapa?kenapa?tolonglah memahami insan-insan unik seperti kami ni.nak nangis dah ni.*campak beg jauh-jauh* kepada madam2 yg jelita lagi ayu,tolonglah cakap kelas kami takde minggu ni.tolongggglahhhh.wake uppp kila! wake uppp! kau tahu tak kau meroyan hari apa ni? malam tahun baru weyhhh.sepatutnya malam ni lah kau nak selawat banyak-banyak.*dusshhhh*lebam dahi kena lastik dgn adik.Tahun baru,azam pun mesti nak yg baru.tak payah tunggu tahun baru pun takpe klu nk renew azam tu tapi bg aku nampk lagi bermakna lah klu kita buat pada tarikh-tarikh mcmni kan.

lets check it out! senang letak kat sini.nnt lupa-lupa boleh bukak baca.hee.

1. kali ni nak belajar betul-betul.tak nak main-main dah macam dulu.

2. get back my ideal weight! tu lah, sejak-sejak kau duduk rumah sewa ni. bermaharajalela sungguh lemak hang.

3. no lagi cintan-cintun.aku tak nak sebab perkara-perkara ni kau hilang fokus pada impian-impian kau yg lain.

4. tolonglah rajin call mak ngan abah.sila buat reminder besar-besar!

5. buat dhuha setiap hari

6. khatamkan quran setahun 2 kali.

7. sila selalu senyum.senyum tu kan sedekah.

8. no more tears! buat tabung khas.sekali menangis denda seringgit.

9. tidur malam 5 jam je okeyyyy. sila tidur awal.

10.twist your tone.takde lah nnt orang asyik nak kata kau ni marah je kan.byk sgt aduan ni.haha

11.buang lah kedivaan anda tu.kurangkan bercakap benda yang tak berfaedah.

ini azam saya,anda pula bagaimana?
apepun azam anda,kila doakan semoga semuanya successs!

sekian, salam maal hijrah.

tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi.
istiqamah.bersama kita berubah ke arah yg lebih diredhai.
lots of love,nami. :)

Friday, October 10, 2014

SUPRISE YANG WUWUUU

Haritu masa balik kampung raya , makcik ada cakap . kila , jangan lupa amalkan dhuha . dulu makcik pun rasa malas je nak buat . tapi bila dah buat , alhamdulillah . rezeki tu tak pernah nak putus . Kila pun dulu ada buat , tapi on off je . sebab ada kelas lah . ada program lah . rasa macam tak sempat je nak perform walaupun ekceli benda tu 2 rakaat je . tapi bila fikir balik , benda lain sempat pulak kau nak buat. Lately ni , kila cuba untuk muhasabah diri . Apa faedah yang kila dapat kalau cuma untung dunia tapi zero saham akhirat .Allah tak pandang semua tu . Yang kita bawak bila masuk kubur nanti pun semua amalan-amalan kita . dialah yang akan selamatkan kita . hatta orang yang kita sayang pun , takkan mampu nak bantu kita pada saat tu .Macam madam pernah cakap , kita mesti kedekut pahala . so , please take granted for everything yg kita rasa boleh bagi pahala kat kita . macam bagi salam bila jumpa orang? Tak susah mana pun . cuba kira , kalau sehari tu kita boleh jumpa 100 orang . 1 salam = 1 pahala . 100 salam ? kan banyak tu .kisah kila pulak , terlalu banyak kejutan yang kila dapat minggu ni . Alhamdulillah . first thing , rezeki kesihatan . akhirnya , Allah bagi juga kila kesembuhan dari demam . second thing , rezeki kasih sayang . kila  masih  dapat peluk dan cium my parents yang kila sayang ketat-ketat tu . semoga Allah terus memanjangkan usia kami . Aminnn . yang ketiga ? kila dapat masuk TOP 40 utk uni-chef punya pertandingan memasak !joget sikit*dah lah masuk pun saje suka-suka . tak sangka pulak dia terima . haha . doakan Kila dapat ke final . nebes pulak . huu .

akilahiskak.blogspot.com
we are USIMIANS :)
Yang keempat , YB I dah setuju nak bg sponsor utk trip kami ke Melbourne !!! yang kelima , kami dapat tender masak untuk iftar kuliah  lagi. yang keenam , kami dapat order baru coklat untuk majlis aqiqah . mungkin berkat dhuha . Alhamdulillah . Segala puji hanya bagi Allah .. :)

Wednesday, October 8, 2014

BASIC HATI ITU FRAGILE

kenapa dia yang beria jumpa madam . tak nampk ke yang aku ni sebelah dia . big clap . aku anggap je lah macam kau nak tolong aku . tapi , walaupun rasa benda tu sangat kecik dan tak perlu jadi isu pun but it still buat aku rasa macam aku ni sangat useless . tak reti langsung nk buat kerja dan tak reti langsung nak jalankan tugas aku . sebab tu lah kau tolong aku kannnn . kau lah the perfects one ! aku nak menangis . aku nak jerit depan kau . tapi , aku simpan je rasa tu . aku tak nak orang judge yg bukan -bukan . tapi aku tahu kau nampak aku kat situ . aku yakin . yet , kau takkan lalu sebelah aku dan says , ketepi boleh . aku nak keluar , jumpa madam ? oh . its my pelasure my dear . keluar lah . keluar . keluar teus dari hidup aku . inilah spesis yg aku dah nampak ciri-ciri n rampas suami orang esok lusa .

aku yang confess kat kau ? auch . means selama ni aku lah yang terhegeh-hegeh kejar kau . terhegeh-hegeh untuk dapatkan cinta kau . kalau kau memang anggap aku sama macam perempuan lain . yang hanya gilakan pada harta yang kau ada . tahniah . tapi hati aku takkan pernah terbeli dgn segala harta yang kau ada . aku sedar aku bukan orang kaya. tapi aku takkan gadaikan diri aku semata untuk dapatkan harta kau . dalam doa aku , tak pernah aku impikan dapat suami yang kaya melainkan biarlah suami dan zuriat kami nnt seorang yang beriman dan menjadi penyejuk mata buat aku .  sebab mereka tu lebih berharga dari harta dunia yang aku miliki . tak pernah terdetik pada aku kau nak cerita macam tu sekali pada orang lain . aku pun tak cerita pasal kita kat orang lain . even zek yang bestfriends forever aku tu pun cuma dapat tahu sikit sangat . sangat-sangat sikit .aku malas nk cerita pada orang . aku cuma tak nak sape-sape cuba menghakimi cerita kita . cukuplah Allah itu ada . Aku rasa terhina sangat dengan penyataan kau . sangat-sangat terhina . aku pernah berharap yang biarlah kau menjadi lelaki yang terkahir dalam hidup aku . tanggal 23/12/13 , ice room menjadi saksi pertemuan kita . tanggal 26/2/14 secret resepi menjadi saksi perpisahan kita . aku tahu aku tak adil sebab cuma dengar penjelasan dari sebelah pihak je . habis tu selama ni yang kau kata kau sayang aku tu ? apa ? apa makna semua tu ? kau ajak aku utk jumpa parents kau . kau janji nak setia pada aku . kau mintak aku utk setia pada kau . percaya pada kau . apa ? apa makna semua tu ? kau main dengan maruah aku . untuk sekarang , kau tak perlu nak risau lagi . sebab aku sendiri janji akan pergi dari hidup kau . aku anggap kisah kita cuma sebuah mimpi . yang akan hilang bila aku sedar dari lena . terima kasih kerana pernah mengajar aku erti kesetiaan . terima kasih .

Saturday, September 27, 2014

HATIKU BUKAN DISITU

Ingatkan , bila dapat ikut seminar , terisi lah sikit weekend tu , tapi , sebaliknya pulak yang terjadi . tak tahu pihak mana yang harus dipersalahkan . seriously , aku rasa masa aku terbazir macam tu saje . pulak tu minggu depan dah ada kuiz , buku komfem tak mampu dan sempat untuk dibuka lagi . ni lah perkara-perkara yg kadang buat aku rasa fobia dan lemah bila berhadapan dengan seminar ataupun kursus . for the first , its look sangat berbaloi , yelah , marketing strategy kata kau , semua nak manis je . tapi bila kita datang . errr . haru . dia jugak yg kata , student account ni super perfectinious dan skema . then ,  kenapa lah korang-korang pihak penganjur tu boleh create something yang hmmm . niat dihati malam ni jugak nk stop join seminar tu . rindu mak , rindu abah , rindu adik . rindu rumah !!!

Ya Allah , lindungilah mereka yang aku sayang . :')

Tuesday, September 23, 2014

HEY YOUU .


Acah , did you stalking me ? hahaha .
*ha. tak baik bohong . sebab recently, aku dpt banyak gileeee viewer dari china*



 I’m quite okeyy here .  Walaupun kadang-kadang aku tewas dengan air mata aku sendiri . Tapi ! aku still gagah forever and always . haha . Kau jugak yang dulu ajar aku menangis ni kannn . haha .Tapi kalau kau ada , mesti aku lagi seronok . Sejak kau balik Beijing tu , aku tak menyempat lagi nak contact kau . dan aku harap kau akan sentiasa baik-baik sahaja . Rindu kau ? Allah . rindu aku pada kau dah cecah tahap infinity cah !  Rindu nak peluk kau . Rindu nak dengar suara kau . Rindu nak dengar ko panggil NAMI. Hmm , see . aku dah nangis lagi ! I should better stop here . Kalau tak , it will getting even worse . dan semua orang akan start bertanya , kila ! kenapa dengan mata tu ? kenaapa kau menangis ? sapa yang buat kau menangis ni ? hahaha .


akilahiskak.blogspot.com
missing deadly everyone in da picture . seriously .

PUNTEN !


PUNTEN adalah makanan popular orang jawa di Sabak Bernam . Its look like nasi impit tapi dia ada rasa lemak gituww. Selalunya dimakan ketika sarapan pagi . Boleh dimakan bersama ayam goreng ataupun telur dadar . Act , kitorang adik beradik ni  tak pernah tahu pun pasal kewujudan makanan ni ,flashback balik masa first time abah masakkan punten tu untuk kitorang , kitorang adik beradik semua was likeeee . ermm . ni makanan apa abah ? sedap ke ? Rasa dia macamana ?

Tapi lepas masuk je dalam mulut . masing-masing macam….. abah ! abah ! sedap ! esok buatkan lagi pleaseeee!

Bila intai abah masuk dapur , lah . senang je buat dia rupenye . haha . Haritu masa balik rumah kawan kat johor , aku saja cuba-cuba masakkan ni untuk family dia . Keterujaan melampau bila dapat tahu yang adik dia boleh request  kat mak dia suruh masak punten tu lagi . Yuhuuu !

“ Mama! Nanti masakkan Haikal nasi yang haritu kawan kak ngah buat tu .”

“Siapa ? Kak Tipah ? Kak Teha ?”

“Bukan lah ma . Ala , yang masak nasi tu. Nasi  ape ye mama ? Haikal pun tak ingat .”

“Ouh . Nasi Punten ?”

“Ha! Betul , betul , betul !”


Meh saya kongsikan resepi PUNTEN yang lemak berkrim tu ! Biar lepas ni semua orang boleh cuba .


Bahan2 (untuk 2 orang) :

1 cawan beras (sebaiknya beras biasa..)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - macam buat nasi lemak)
Air yang banyak (saya letak 1/3 periuk 1.8 ltr)

**Sambal :
-Bawang besar
-Bawang putih
-Cili hijau
-Garam
-Gula.
-Bilis
-Halia

Cara:
1)  Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam. Prefer guna periuk biasa sebab nanti senang nak kacau
2)  Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan2 dengan daun pisang atau plastik.  Ratakan . Mula2 memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok. tekan2 sampai rata dan padat.  Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.

**Sambal :
1)  Kisarkan bawang merah , putih dan  cili hijau .
2) Tumiskan bahan kisar.
3) Masukkan bilis
4) Masukkan halia , garam dan gula .
5) Kacau sehingga kering .

Okeyyy. . Selamat mencuba ! J




20 FACTS ABOUT ME !

Waa~ rasa nak menangis je harini . tahniah ! kamu semua berjaya buat hati saya sakit . sungguh lah , sebaik mana pun kawan tu , serapat mana pun kawan tu , tiba masnya , dia pasti akan buat kamu terluka . itulah yang aku rasa masa sekarang ni . aku rasa kawan tu cuma wujud bila kita tengah gembira . aku selalu ingatkan diri aku , jangan pernah mengharap balasan bila tiap kali kita nak bantu orang. ikhlas tu penting . tapi , tak semua orang serupa macam kita . sebab tu prinsip hidup aku , biar aku susah , asalkan tak menyusahkan orang . yeahh !

#20 facts about me

01. Tak nak jadi doktor sebab nanti nampak darah .
02. first impression orang bila kenal dengan aku ? aku ni terlalu pendiam dan sombong . erkk .
03. i'm accounting student tapi banyak orang cakap yang aku ni medical student . haha .
04. bila aku rasa sedih atau geram , aku akan masuk dapur dan memasak untuk stabilkan perasaan aku .
05. aku akan baca novel dalam bilik sebab aku baca novel mesti akan selalu menangis .
06. akan berusaha utk dapatkan sesuatu benda yg dia nak tanpa mintak tolong dari orang sekeliling.
07. masa form 4 tukar aliran sastera sebab semata-mata tak sanggup tengok buku budak sains tebal sangat .
08. tak boleh tengok ada barang bersepah , orang buat kerja lambat dan terhegeh-hegeh .
09. tak suka menunggu dan tak suka buat orang tertunggu-tunggu.
10 .bila terlalu risaukan sesuatu mesti akan masuk dalam mimpi.
11. sangat obses dengan handbag dan kasut.
12. Tak boleh tidur kalau takde kipas sebab rasa macam lemas .
13. teringin nak ada kafe sendiri.
14. tak kisah kalau perlu berkorban untuk keluarga.
15. boleh menjahit tapi tak pandai nak gunting kain .
16. Takut nak melintas jalan sorang-sorang sebab takut kena langgar macam dalam drama .
17. Teringin nak naik cruise sebab terpengaruh tengok cerita titanic masa kecik-kecik dulu .
18. selalu tunggu orang yg mulakan conversation dulu sebab nanti malu sangat bila kita mesej dia tak balas . lol
19. Rela dimadu asalkan perempuan tu baik dan tak ambil kesempatan kepada keluarga dan suami kita .
20. kalau dah tak suka dengan orang tu , aku takkan layan pun apa dia cakap .

Friday, September 5, 2014

KITA


saya lah anak nombor DUAAAA tu !

1.ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

ME : But aku rasa aku anak abah. Acano ni. Haha.okeyy, takpe2. Sabo. Banyak lagi kt bawah tu.
Tak kisah lah anak abah ke anak mak ke. Aku tetap sayang dua2. No kompromi !

2.ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. kemahuan dia kuat. kalau buat sesuatu sungguh2. kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

ME : accepted ! Haha. Sangat degil. Keras kepala dan tak nak dengar kata orang. Masa kecik-kecik dulu suka sangat buat jenayah. Lengan kakak aku pernah luka sebab kena gigit dengan aku. Sape suruh kacau aku tengok tv. Haha. Tangan adik lelaki aku pulak pernah patah sebab jatuh masa kena kejar dengan aku. Adik perempuan aku? Mangsa paling tragis . Aku pernah tikam tangan dia guna gunting sebab abah tak belikan aku durian. Sungguh lah kalau esok anak aku degil. Aku dah tahu ikut genetik  sape . Satu lagi perangai aku yang aku tak leh lupa sampai harini. Ade ke patut aku gunting semua baju aku semata-mata nak dapat baju baru. Lol sangat. Lepas tu mengadu kat mak, kata baju koyak. Sah-sah lah tu kesan gunting ! rasa nak tumbuk-tumbuk  je muka sendiri.

3.TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.

ME : jangan harap . memang takkan dapat . lagi kau merajuk . lagi dia buat tak tahu . haha . sebab I’m not a sweet talker. Paling-paling rajin pun . Dia google ayat sedap-sedap sikit . pastu paste. Sent ! The end. Oppsss !

4.BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia . sanggup berkorban .

ME : kerna hati ini cuma satu , untuk dimiliki awak selamanya !

5.HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam tu  hitamlah . kalau putih , putihlah . degil tak boleh toleransi

ME : ada juga part toleransi . bukan takde langsung . tapi tipis la.

6.HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras . tp hati dia lembut juga . SATU lagi peel dia , dia tak boleh ditegur . kalau kita tegur dia mesti tarik muka .

ME : lagi kalau memang sah bukan salah dia . bukan setakat tarik muka . seluruh urat saraf dia tarik . haha. Sampai lah orang tu  sendiri  datang  mintak maaf .

7.BERDIKARI
very independent . mmg betul . tp kalau terlebih indepent pun payah . tapi mudah bergaul . campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan . very take care of her brother and all stuff belonging family .

ME : haha . memang aku lah tu . makcik jumpa kat bus stop ke . pakcik jual aiskrim ke. Mamak roti canai ke . semua aku sembang . gelak-gelak .  buat gaya macam 10 tahun kenal . patut pun cikgu-cikgu  masa sekolah asyik bg aku masuk pertandingan bercerita je .  tak nak bagi aku masuk pertandingan nasyid.

8.ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan . dia lebih suka buat hal sendiri . pendek kata . tak boleh kerja ngan org . ramai anak no 2 ni keje sendiri .

ME : jadi bos lahh syiokkk ! takde lah nak asyik kene bebel je kan . haha .*angkat-angkat kening*

9.PEMAAF & CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring . TAPI awas jgn bg diorg marah . kalau depa marah faham sajer lah .

ME : tak baik buat orang rasa bersalah lama-lama . hee . baik kan kite ! kita je caring kat orang . tapi orang ? hmmm .


anak kedua, walaupun keras kepala tapi dia akan selalu banyak berkorban . hadapi pengabaian ibubapa yang selalu menganggap mereka kuat . mereka juga sering memikul tanggungjawab anak sulung, dan menjadi penasihat dalam keluarga . 

okeyy.
see u when i see u againgggg ! 

BISKUT FAMOUS AMOS

 

sepanjang 21 tahun hidup. inilah kali pertama aku buat cookies. haha. tapi oleh kerana ada seseorang yang craving and demanding nak makan cookies ni masa raya haritu . aku pun try lah jugak buat. kang ada pulak yang mengadu kata aku tak sayang dia. eh, tak-tak. jauh disudut hati, aku ikhlas buat. jangan rasa ragu dan sangsi. hehe. dan oleh kerana aku ni pun jarang nak makan cookies high end ni kan. maka , aku pun dengan buta nya ikut je lah apa resepi yang ada. nasib baik dia kata sedap ! wooo. terharu ! lap sikit hingus. mula-mula masa bagi rasa tu, aku cuma cakap ''nah! ni cookies yg aku buat tu.'' tak berani woo nak sebut nama cookies tu! takut syok sendiri pulak kan. haha. bila dia balik. dia wassap aku. ''sedap lah. rasa macam famous amos. dah nak habis satu balang! '' sesaat lepas tu terus aku rasa seolah-olah puteri salju yang sedang duduk ditengah-tengah tasik biru dikelilingi bintang-bintang yang bersinar dan menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa sambil ditemani irama lagu yang beralun indah . indahnya rasa tu. okey. yang tu over . over sangat. haha . Tapi kan, jujur lah. bagi aku kebahagiaan tu aku dapat rasa bila aku dapat bagi orang-orang yang aku sayang makan apa yang aku masak dengan kudrat aku sendiri . walaupun hakikatnya aku ni masih amartur. tapi aku janji, aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik . sabar ye anak-anak ummi semua . huu .  bebel punya bebel. mana resepi? ada kat bawah tu . sapa rasa nak jadi puteri salju, boleh lah cuba. hehe.

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:

1.Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

2.Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

3.Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

okeyy.
selamat mencuba !

                                                                                                                     
                                                                                                            lots of loves, 
                                                                                                            chef senduk kayu. :)